Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Thursday, October 30, 2014

Menjana Pendapatan Dengan Shaklee


Carian Google Jer ..=)


Haii,,Untuk entri kali ini, saya ingin ceritakan tentang Shaklee..mungkin masih ramai lagi rakyat Malaysia yang belum kenal lagi Shaklee, mungkin ada yang pernah dengar tapi tak tahu apa yang benda Shaklee ni? hehe..Ok secara umumnya Shaklee adalah sebuah syarikat MLM antarabangsa dari USA yang mengeluarkan produk-produk pemakanan sihat, penjagaan berat badan,penjagaan diri dan kecantikan dan juga penjagaan rumah. Mungkin sebelum ini ramai yang ingat Shaklee hanya mengeluarkan suplemen semata-mata, tapi sebenarnya ada juga produk untuk penjagaan rumah dan juga untuk kecantikan kulit. Kalau anda nak tengok lebih detail produk-produk yang di tawarkan boleh layari http://www.shaklee.com.my/ms/products/ semua produknya best-best. 

Bagaimana nak menjana pendapatan dengan Shaklee?

Haaa...yang ni bahagian paling best, apabila anda mendaftar sebagai ahli, anda akan ketahui bagaimana Shaklee membuka ruang dan peluang kepada kita bagaimana ingin tingkatkan taraf kewangan kita. Boleh cari mana-mana pengedar Shaklee yang berdaftar dan aktif, supaya anda di beri tunjuk ajar yang betul. Nak berada bersama-sama saya pun boleh. Di bawah Group Permata Jutawan, di terajui oleh Master Ummu Ainan @ Tuan Nurul Ain. Hebat orangnya..muda lagi tau..sebaya ku..huahuaa...

Bagaimana nak mula bisnes ni sebenarnya anda sendiri mestilah pengguna produk Shaklee, bila anda dah merasai kehebatan produk-produk nya jadi tiada masalah untuk anda berkongsi kebaikannya kepada orang lain, sama ada kepada ahli keluarga, teman-teman, jiran tetangga dan seluruh rakyat jelata..hehe..

Ada banyak ganjaran yang Shaklee tawarkan selain daripada hasil bonus jualan bulanan yang diberi setiap pertengahan bulan. Di mana Shaklee menawarkan peluang untuk memperoleh ganjaran daripada beberapa aktiviti pembangunan perniagaan. Peratusan ganjaran adalah berdasarkan jualan produk dan juga kejayaan anda melahirkan pemimpin perniagaan yang akan mengemudi pasukannya untuk menduplikasikan usaha anda. Lebih besar kumpulan anda, maka lebih banyak ganjaran yang anda peroleh! Peluang ini ternyata tiada hadnya.

Antaranya Program Kereta...begini...
Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif tajaan Shaklee untuk semua Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Pemimpin Jualan yang layak akan memperoleh kredit kereta setiap bulan apabila mereka memenuhi syarat prestasi minimum untuk Program Subsidi Kereta.

Dan satu lagi adalah Program Insentif...Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda boleh mula memperoleh mata ganjaran dalam Program Insentif, yang memberikan pelbagai keistimewaan termasuk pelancongan eksklusif yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.
Ermm banyak kan? Jadi sekiranya ada yang berminat untuk menjadi pengedar bebas Shaklee atau pun nak mendapatkan produk Shaklee bolehlah hubungi mana-mana pengedar pilihan anda, Ingin menyebarkan kebaikan sambil menambah sumber kewangan ? ayuh mulakan dari sekarang!


Pendaftaran hanya RM65 dan Caj RM10 untuk kos pos member kit dan tiada yuran bulanan atau tahunan dikenakan...anda bakal menikmati kelebihan seperti mendapat produk pada harga ahli yang jauh lebih murah dari harga runcit, anda akan mendapat tawaran-tawaran promosi bulanan dari Shaklee dan mungkin anda bakal mendapat ganjaran bonus bulanan pula..

Nurjannah Nordin
Pengedar Sah Shaklee
Id: 886788
019-2604595
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan


Tentang Shaklee


Carian Google yer
Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa SelamatSentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.

Keunikan Tentang Shaklee

Sentiasa Selamat

Sentiasa Berkesan

Sentiasa Mesra Alam

Falsafah Produk Shaklee 


Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

Always Safe, Always Work, Always Green




Amanat

Muslimah yang Gojes..google je ni..=)

Haii..selamat pagi... sebenarnya nak kongsikan kata-kata dari Jutawan Shaklee iaitu Kak Cery@MamaFaiz, yang sangat popular di abad ini..hehe..kerana dia Shaklee menjadi fenomena tauu...
Kak Cery ni selalu bagi kata-kata semangat dorongan dan macam-macam kat anak-anak buah Shaklee nya..Ok, saya ada satu jam untuk buat entri ni, terus kepada catatan dari Kak Cery,

Saya sayang anda semua... saya doakan yang terbaik buat anda semua... saya harap walau busy cemana pun anda, walau apa pun rank anda, walau apa pun dream anda, walau siapa pun anda, walau shaklee hanya part time.. walau apa pun lah... SAYA HARAP.. semoga rutin harian berikut takkan pernah anda tinggalkan.. kalau tak dapat kesemuanya, at least 80% daripadanya menjadi rutin
>> Istigfar 100x setiap hari.. amalkan pagi dan sepanjang hari dikala sedih suka duka pahit manis masin.. Istigfar tanda kita hambaNYA, Istigfar tanda kita tak alpa.. Istigfar tanda kita memerlukanNYA... tanda DIA dihati kita
>> Selawat 100x-1000x
>> Solat sunat taubat setiap malam sebelum tidur..
>>Solat tahajud
>>Solat Dhuha
>> Sebut yang positif2 sentiasa ..PAKSA DIRI UNTUK SEBUT YG POSITIF TENTANG DIRI ANDA, TENTANG APA YG ANDA NAK(tak kira tengah sedih atau tengah happpy.. Untuk buang rasa takut anda perlu ada KEYAKINAN,, dan untuk ada keyakinan ni , anda PERLU TANAM yg positif2 dalam minda dan diri anda).. bukan orang lain yg perlu tanam.. TAPI DIRI ANDA SENDIRI
Semua di atas bukan semata2 untuk bisnes, tapi secara tak langsung ia mnggerakan kita ke arah yg lebih baik .
Sekali lagi.. saya sayang anda semua...Jadi saya nak anda semua sayangilah diri anda.. HIdup kita didunia tak lama.... Dunia pun dah 'tua'.. Jadi kalau kita tak buat rutin tu semua,tak start BERUBAH.. bila lagi.. yer tak..
withlove
PM-C

Semoga entri ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, selamat beramal..moga Allah redha

Wednesday, October 29, 2014

Cerita Hari Ini

Mak Tok & Tok Wan bersama cucu pertamanya
Bergambar kenangan bertiga, hari tahnik anak sulong

Haii..Assalamualaikum..

Sebenarnya saja suka-suka aje letak gambar di atas.. tak de kaitan untuk cerita hari ini, tapi nak celah sikit tentang gambar di atas, Di tenung gambar ni, muka kami se akan sama kan? hehe..Perancang Allah Azzawajala sebaik-baiknya. Saat ni hati sangat gembira, seronok tengok zuriat pertama kami. Ya Allah sempurnanya. Halus aje, semuanya kiut-kiut..hehe..hidungnya mancung oohh..sakitnya melahirkan insan comel,handsome, soleh..insyaAllah al Hafiz..di beri nama Muhammad Izz Nuruddin...sebenarnya nak bagi nama Muhammad Nuruddin aje..tapi ibu nya gatal nak jugak letak Izz(kuat), memandangkan sepanjang hamil ibu nya sangat kuat. Istilah kuat tu nanti ada masa tenang-tenang akan saya kongsikan di sini, untuk tatapan abang suatu hari nanti. Oh yer, hajat di hati untuk tahnik kan anak pertama kami dengan orang alim,alhamdulillah tercapai. Siapa? hehee...Dato' Ustaz Harun Din. Allahuakbar,,terima kasih Allah atas peluang ini..Masjid Al Falah USJ 9 menjadi saksi. 

Saattt...nak cerita hal pagi ni, ok saya sakit perut,,memulas mulas mungkin sebab makan tengahari di kedai semalam agaknya, sebabnya anak sulong pun sama..berak-berak dia..hahaa..nasib suami melayan malam tadi. Tapi hairannya yang adik takde pulak, kami berdua aje yang ukk ukkk...hihi.

Tapi yang bagusnya abang pergi sekolah hari ni..(tadika),,eh lupa plak pasal cerita lagi satu,,masa suami nak gerak pergi kerja..dia ada bagitau, duit nya shot RM5000,,ermm,,dalam hati ada la tu,,salah kira kot.. bila dia sampai ofis nya, dapat whatsapp dari Hubbyku Syg...'Syg...shot 25K la..' adoiii...nak terkejut sangat tak boleh..tak tau nak kata...hanya doa dalam hati mudah-mudahan ada duit tu...Rabbi Yassir Wala Tu assir...hopefully ada lah duit tu..ehh bukan duit suami saya tau...itu semua duit rakan niaga suami..duit kami takde la sebanyak tu..uruskan duit orang aje kerja suami ku itu, InsyaAllah sampai masa nya kami pun dapat merasa duit lebih dari itu..ameen..

Bahayanya entri ku ini, cerita pasal duit aje noo...hehe..eh,,bukan saya sorang aje atas duit ni cakap pasal duit tau,,,tapi semua orang! semua orang ada duit, tengok duit, pegang duit, kira duit,,ahhh...hari-hari mesti mau ada duit kan? yelah nak apa-apa mesti perlukan duit. Jadi kena lah buat sesuatu, maksudnya kerja, usaha, doa dan tawakkal kepada Nya,,,saya kerja ni kerana Mu Ya Allah,,,aku ada banyak tanggungjawab..jadi aku kena lah bekerja..untuk menyenangkan orang-orang yang aku sayang, juga untuk mengkayakan ummah aku sendiri.

Saya doakan orang Islam Kaya Raya, dan tidak tergolong dalam kalangan orang yang kedekut..ingat bayar zakat, sedekah, buat amal kebajikan...

ok cikedouttt...sampai di sini sahaja untuk entri kali ini..insyaAllah saya akan terus menulis untuk tatapan suami,anak-anak dan mereka yang saya kenali mahupun tidak. Ilham itu datang dari Allah untuk dikongsi bersama. Yang baik datang dariNya, yang lemah itu saya..

Abang di tahnik Oleh Ustaz Harun Din





Salam Sayang










Tuesday, October 28, 2014

Kenapa ESP ni??

Minuman Soya Non -GMO dari Shaklee


Haii,, Assalamualaikum,,selamat pagi..

Hari ni rasa semangat nak berkongsi tentang minuman berkhasiat lagi bernutrisi yang saya malkan semenjak hamil anak kedua hinggalah sekarang, walaupun sekarang saya tidaklah se konsisten semasa hamil..hehee...tapi bekalan ESP (Energizing Soy Protein) tak pernah putus...memang sentiasa ada di rumah. Mau tak nya, satu canister tu tahan lama, berbulan-bulan.
Kebiasaannya saya minum bersama minuman coklat, kalau dulu semasa hamil saya ambil susu coklat mama mamil, dan sekarang masih menyusukan anak...saya ambil Cinch Shake perisa Chocolate dan kadang-kadang saya ambil bersama susu kambing mukmin, ataupun ReeVo(minuman malt coklat). Milo? Saya memang bukan pengguna Milo, memang takde dalam rumah sama ada isu boikot tengah hangat atau tidak...dari dulu saya tak amalkan Milo. Tak tahu kenapa...mak pun tak ajar minum Milo.

Ok kenapa ambil ESP ni?? Kalau ikut kan tanpa memikir atau kaji lebih jauh tentang ESP ni..senang cerita, bila saya minum, rasa kenyang lebih lama, susu badan lebih pekat, lebih berkhasiat, kulit saya tak lembik, malahan kulit anak pun tak lembik,lagi satu..kulit anak lebih cerah..hehee..
Kalau saya tak sempat nak masak, lambat masak, atau malas masak/makan saya memang ambik segelas ESP ni..tapi cara ambil nya, jangan guna air yang panas,,suam-suam ok boleh..ataupun sejuk lagi best!!..Buat smoothie pun sedap!!


Ooohhh...Jangan tak tahu ESP ni kita boleh buat masker tau...senang aje, ambil satu sudu serbuk ESP ni dan campurkan bersama air suam atau air paip pun boleh..hihii...kemudian sapulah kat muka..hurmm..lepas tu rasa lah kulit muka anda..tegang!

Untuk tambah ilmu tentang ESP ni, anda boleh baca seperti di bawah..

Mengapa memilih ESP?

• NON- GMO : tidak diubah secara genetik. Macam mana nak tahu?
Lihat sahaja buah tembikai hari ini, kalau tembikai organik buah kecil, biji hitam dan banyak.
Kalau GMO, buah besar, biji masih putih kecil-kecil.
• Shaklee mempunyai ahli botani sendiri yang memantau setiap ingredients tumbuhan semulajadi dan berkesan.
• GI rendah
• 14g Protein
• Tanpa Laktosa
• Tanpa kolesterol semulajadi
• 9 jenis amino asid perlu. Lagi 11 jenis asid amino badan boleh keluarkan sendiri.
Fungsi asid amino;
• bantu hasilkan sel-sel baru.
Pernah tengok daki?
Daki sebenarnya contoh sel kulit mati.
• Untuk kulit yang cantik dan sihat ambil protein yang sihat.
• Mengawal paras gula darah supaya sihat
• menyokong paras LDL
• membina kulit yang cantik dan berseri
• jika pengamalan konsisten ia mencukupi keperluan protein harian.
• Isoflavone - mengurangkan risiko kanser payudara dan prostat.
•Melegakan gejala menopous

Di dalam ESP ada Phytohormone.
Fungsinya ialah;
• akan seimbangkan hormon lelaki dan perempuan (tidak meningkatkan hormon terlalu tinggi)
Kehamilan
• Menyokong perkembangan bayi bagi ibu hamil.
Selepas bersalin
• di dalam ESP ada kalsium. Pertambahan kalsium dalam makanan akan meningkatkan penghasilan susu ibu.
• menjadikan susu ibu penuh nutrisi
Susu ibu mengandungi 40% kalsium.
Phytohormone di dalam ESP akan seimbangkan hormon ibh.
-------
Nota daripada Health Talk.
Semoga bermanfaat. Lagi 3 hari Promo ESP, rugi rasanya kalau kita tak beli..

Ada iklan sikit...muaahaahaa...
Info ni saya dapat dari Master Ain, upline saya dalam ber Shaklee..^_^
Sekiranya ada yang berminat untuk dapatkannya, jangan segan-segan WA 0192604595 atau hubungi saya melalui FB : Nurjannah Nordin 

Segmen Blogwalking by Budak Kilabret

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)
- See more at: http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/1st-segmen-blogwalking-by-budak-kilabret.html#sthash.yqmf5IUI.dpuf

Haii..malam ni baru berkesempatan menulis di sini. Seharian hari ni mylappy dapat kat anak, hehe...sempat jugak ber blogwalking, actually dari semalam lagi, dan sempatlah simpan beberapa blog yang best-best, dah follow pun. Saya ni masih baru dalam dunia blog, hadirnya blog ini untuk dikongsi bersama anak-anak suatu hari nanti..
Entri kali ni saya join contest ni..hehee,,,,suka-suka je ni..hope dapat jumpa ramai kawan dalam dunia alam maya ni. ..
ok baiii...^_^'


Sunday, October 26, 2014

Petua Hilangkan Bau Mesin Blender Anda

My blender-Panasonic 


Haii...assalamualaikum...hari ni terpanggil untuk berkongsi satu tip yang saya selalu buat bila di dapur. Asalnya tak tahu macam mana nak bagi hilangkan bau mesin pengisar ni, ye lah ada satu aje bekas nya tu,eh..silap saya ada dua bekas pengisar nya tu tapi simpan dalam stor..guna satu aje lah..yang itu lah guna untuk mesin bawang, buah dan segala macam lagi. Mau nya tak berbau kan? satu hari tu saya masukkan cecair Hand Dish Wash dari Shaklee kemudian saya kisarkan. Tengok tu berbuih-buih kann...sebelum ni saya hanya basuh guna span cuci pinggan ala macam biasa la. tapi still ada bau lagi. Selepas buat cara macam ni dah takde bau-bau..jadi tak lah risau sangat kalau sebelum tu saya kisar bawang,,then guna tuk kisar buah pulak..hehee..so anda bolehlah cuba letak apa-apa sabun cucian yang anda guna di rumah, Seperti saya,,guna sabun cuci pinggan dari Shaklee. Best sabun nya halus di tangan, buih pun banyak, dan yang penting selamat. Harga pun berbaloi lah sebab tahan lama.


Hand Dish Wash


Saya copy&paste dari web shaklee yea apa yang bagusnya produk ini

The Shaklee Difference
Safe
  • Nontoxic
  • Hypoallergenic
  • No chlorine
  • Mild on your hands
  • pH balanced
  • No hazardous chemicals
  • Powerful
Powerful
  • Tough on grease
  • Concentrated — wash more dishes with less
  • Long-lasting suds
  • Green
  • Green
  • Natural, sustainably sourced ingredients — derived from corn and coconuts
  • Biodegradable
  • No phosphates
  • No dyes
  • Recyclable packaging
  • Safe for septic systems and gray water

Kalau anda berminat nak cuba Hand Dish Wash ni boleh klik link ni...boleh bagi hadiah buat orang tersayang...beli lah lebih dari satu anda pasti tak kan menyesal,,,heheheee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=17a5521f02c96ba003e028f278e3ab15


Salam Sayang

Resepi Kek Pisang

Kek Pisang


Assalamualaikum wbt...........haii...apa khabar? Malam tadi kami sekeluarga tak makan nasi, just makan pengat keladi dan juga kek pisang. Sebenarnya dah lama nak buat kek pisang ni tapi ada aje alasannya..hehe. Ni pisang yang dari kampung tempoh hari. Nama pisang ni pisang putor, memang manis dan sedap di buat jeput... ada banyak lagi pisang, saya dah frozen kan pun. ermm...nanti boleh buat apam pisang pula. haaiissh banyak benar pisang yang mak kirim kali ni. hihii
ok untuk resepi kek pisang ni saya rujuk dari blog Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com/2012/11/kek-pisang-cepat-siap.html dan saya buat olahan sikit-sikit memandangkan stok telur hanya tinggal sebiji aje lagi..hahaa.

Ini Resepi Saya...

+ Pisang Putor 6 biji
+ 1 Biji Telur
+ 1 sudu kecil Ovarlate
+ 10 sudu besar Gula Perang
+ Secubit Garam
+ 1 sudu besar Soda Bikarbonat (ayak)
+ 1 1/2 cawan Tepung Gandum Bakers Choice (ayak)
+ 1/2 cawan Minyak Masak

Cara-caranya.....

Blend semua pisang, telur, ovalate, gula perang dan garam. Kemudian tuangkan bancuhan tadi ke dalam bekas, kacau rata, masukkan soda bikarbonat dan tepung gandum sedikit demi sedikit. kemudian minyak masak,,,gaul rata dengan menggunakan sudip, kemudian gunakan whisker supaya bancuhan lebih rata.
Masukkan ke dalam acuan pilihan..bakar 170 celcius selama 40 minit,,yang ni bergantung juga kepada oven yang anda guna..biar kan sejuk seketika okeyy..

Kek Pisang ni makin lama makin sedap makan tau...hehe..
ternyata sedaplah kek saya kali ni..tak sangka juga..sebabnya saya dah banyak ubah-ubah terutamanya gula dan juga telur,,main agak-agak. bolehlah untuk anak-anak makan..hihii..

Kat sini saya paste kan yang CMG punye untuk rujukan kemudian hari..(=..=)

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
  2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
  3. Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

Lebihan Adunan Letak dalam cawan ni...jadilah seperti muffin..ngeeehhh

Thursday, October 23, 2014

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Assalamualaikum w.b.t.............

Teman-teman, para ibu yang cantik menawan...hari ini saya ada teman setaman hantar kan wish salam maal hijrah,,,wow alhamdulillah..sebenarnya saya hampir terlupa..memang tak ingat pun tarikh-tarikh dalam bulan Islam ni,, kat rumah pulak tak ada Tv, 2 hari lepas dapatlah jugak tengok Tv di rumah kakak di Putrajaya, jadi masa itu saya baru tahu yang 1 Muharam jatuh pada 25 Oktober, yakni Sabtu ini..esok..
Teman setaman ni adalah ibu kepada anak murid saya, yang mana saya pernah ajarkan anak perempuannya mengaji, tak silap saya dalam 2 bulan lebih begitu..selepas itu, Puan..(saya panggilnya dengan panggilan Puan sahaja..) minta untuk cuti dari mengaji..jadi saya ok sahaja.. sampai sekarang tak datang, jadi saya anggap mungkin anak nya sudah tidak berminat lagi. Saya ok sahaja, bila-bila masa nak datang boleh..nak bayar ke tak nak bayar pun tak mengapa, saya anggapnya sebagai kerja amal. hehe..

Di sini saya ingin kongsikan doa yang boleh kita baca pada petang Jumaat ini, boleh mula baca selepas Asar (doa akhir tahun) dan selepas Mahgrib (doa Awal tahun)..
Mintalah apa-apa dari Yang Maha Esa..pasti DIA akan kabulkan sama ada cepat atau lambat.
tapi yang sebenarnya tak ada pun doa yang spesifik, kita boleh doa apa sahaja asalkan membawa kebaikan kepada kita dan semua.





Tengok Muka Anak Rasa Nak Marah Aje....

Salam Jumaat yang penuh Barakah,, 

Esok 1 Muharam 1436H, jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun...:)

Hari ni saya nak share satu tip yang saya dapat dari email,,mana tau kalian juga bakal mendapat manfaatnya. Perkara baik harus di kongsi bersama. Dan InsyaAllah akan datang lebih banyak lagi perkongsian tips keibu bapaan yang ingin di kongsikan di sini. Saya pun masih baru muda belia lagi....baru nak belajar,,hehe..

Kisah si Haqim

Ayat lembut atau kasar semua dia buat layan tak layan je.
Tapi ayat jelas dan memberikan gambaran lokasi yang tepat betul2 berkesan;
.
Mama: Nanti pukul 10 Haqim ambil bantal dan selimut, bawa tepi tayar kereta ya. Haqim tidur di tayar sebelah kiri. Dekat dengan rak kasut. Kat situ sejuk. Lena tidur situ.

Haqim (Anak): Kenapa kena tidur sana?
.
Mama: Sebab dah hafal kemudian lupa dan malas pula nak ulangbaca al-waqiah itu. Kalau lupa hafazan Quran, akan buat Quran sedih. Nanti dia tak suka kita. Macamana Quran nak temankan kita dalam kubur kalau dia tak suka kita? Nanti sorang2 dalam kubur. Jadi praktisla dulu tidur sorang2 kat luar tu.
.
Haqim: oh? Ok la ok la baca sekarang
.
Mama: yeahhhh taktik menjadik!!
-
==========================================
.
Ayat lembut lebih menyentap dan memberi pengajaran kepada anak.

Jika dipukul, mereka akan berdendam dengan kita

Adakah anda mengamalkan didikan sebegini?

Salam Sayang!!

Tuesday, October 21, 2014

New Baby


Balancing Moisturizer dari Shaklee Enfuselle



Assalamualaikum wbt...................

Haaa....nampak tak tu? Hari sabtu malam...saya ada buat order produk Shaklee untuk pelanggan kesayangan,,waktu tu saya agak kalut juga ambil order di sebabkan Shaklee ada buat promotion Vitamin C 500mg, seperti biasa beli 6 percuma 1. Kenapa ada promotion Vitamin C pula ni? bukan ke Bulan Oktober promosi ESP dan Meal Shakes?? Haaaa...nak tau kenapa? hari tu Shaklee ada buat event, iaitu Majlis Perasmian HQ Shaklee yang baru yang terletak di Pinnacle Bandar Sunway. Dengar kata sambutannya meriah dan seronok. Mereka yang pergi tu dapat macam-macam barangan Ekslusif Shaklee..jelous saya tengok! Seronok tau dapat barang free...hihiii...
Untuk berita promosi Vitamin C 500mg ni saya dapat tahu lambat sangat..petang dalam pukul 5pm camtu baru saya tahu. hehe, Almaklumlah hanset saya tu belum register mobile data lagi, saya pula keluar jalan-jalan temankan suami berjumpa rakan niaga dia. Seusai tahu mengenai promotion hebat ni, saya pun apa lagi update lah status di wall fb..dan private message mana-mana customer yang sentiasa diingati selalu..ececeehh..pada awal nya saya plan nak mintak tolong dari 'mak' Shaklee belikan..tapi last minute, alhamdulillah cukup 1 set bermakna 7 botol Vitamin C bertuan. So saya buatlah order sendiri, walaupun para customer saya belum masukkan duit mereka lagi, jadi saya terpaksa dulukan duit saya dahulu. (selalu begini) Allah Maha Kaya....dan insyaAllah pasti Allah tolong saya, akaun rimau saya gemuk gedempul(LUA) walaupun saya hanyalah seorang permaisuri rumah...HAhAaa...
Dalam order saya tu, saya sempat selitkan produk kat atas tuuhh..hehe..BM..Balancing Moisturizer by Shaklee Enfuselle. Dah lama saya mengidam nak cuba produk Enfuselle ni..sebab saya tengok dekat Youtube banyak sangat respon yang baik dari minah-minah saleh....rata-rata, kata muka lambat nampak tua...I mean awet muda la...hisshh tak sabar..nanti bila saya dah consume saya akan cerita lebih lanjut. hopefully sesuai dengan kulit muka saya...saya ni bukan nak kulit cerah putih gebus,,tapi saya nak kulit muka saya cantik berseri,,anjal..dan kelihatan muda..kihkihhh...eh lupa, saya ada pakai cleanser dari Shaklee jugak tapi brand NutriWhite,, yang tu pun best jugak guna, tak pedih dan sangat JIMAT sebab tak habis-habis pun lagi. Walaupun kita beli pada harga yang agak mahal tetapi tahan lama dan kualiti produk nya terjamin. 
Haaa...kalau korang nak tahu lanjut lagi pasal produk-produk Shaklee ni jangan segan-segan text me...0192604595,, boleh sharing cerita lebih melebih.hihii.

 Cleanser dari Nutriwhite


Enfuselle Basic System Normal-Oily


Enfuselle Basic System Normal-Dry

Ini set lengkap dari enfuselle, setakat ini saya just pakai moisturizer nya sahaja, ada rezeki boleh la kot nak pakai one set..hehe.
Pengalaman pakai moiturizer ni, memula muka saya rasa agak pedih, dalam beberapa hari lah juga, kemudian dah ok,, tak rasa pedih sangat. Walaupun duk rumah aje, saya tetap pakai juga...hehe..nak bagi kulit moisttt gitu..kann..yihuu.
.

Monday, October 20, 2014

Doa Meminta Perlindungan Dari Nyanyuk



Doa Minta Perlindungan dari terlalu tua menjadi Nyanyuk 
& dari Mati Mengejut, tak sempat bertaubat atau mengucap Syahadah!!


Semoga Allah Selamatkan kita semua!

Doa ini saya ambil dari fanpages Dr Abu Anas Madani, semoga kita beramal dengan doa ini.

Salam Sayang


Roti Arab



Roti arab @ roti puri
FB: Jom Belajar Memasak
Blog: www.koleksiresepi.net

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (boleh kurangkan jika tak suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air (jika perlu)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata,ketepikan.
2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja.
4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti (breadcrumb )
5. Jika perlu, tambahkn air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat kat tangan dan menjadi doh
6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu. Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
7. Seterusnya, bahagikan doh pd 12 bhgian bulat yg kecil.
8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap.
9. siap utk digoreng, goreng sebiji sebiji ok.

★Tips menggoreng :
- gunakan api yg kecil / sederhana .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni tak mengelembong / naik kembong.
-Semasa menggoreng hendaklah disimbah-simbahkan minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembung baru lah diterbalikkan ...


Selamat Mencuba!!!
Saya Pasti Akan Cuba ...T.T

Mari Buat Tapai

Tapai Daun Getah

Elloo...ni nak citer bab masak memasak lagi...sementara 2 beradik ni tengah lena di ulit mimpi. huuhh..Pukul 5.30 si abang baru tidur itu pun setelah ibu marah main-main kat luar, marah abang kunci pintu gril biar kan adik di luar...adik pulak menangis sambil golek-golek atas lantai!!

Kena marah jugak yang adik ni sebab main tak hinggat oii,,,comot tangan, itam habis..itu dah mandi pergi main lagi. Macam duk kampung dah anak-anakku ini.

Ok, saya nak citer camna boleh terbuat TAPAI ni?? 
Alkisah nya hari tu raya aidiladha kami beraya di Terengganu rumah mak ayah saya lah..tokki& mok wer..mymom buat tapai, tapi buat lewat sehari bermakna takleh makan masa hari raya tu..(ahad)..dek kerana dia lupa nak cari daun getah,..jadi hari tu saya sempatlah belajar camna nak buat tapai. Tengok la mak buat. Tapi mak buat banyak, rasanya 2 kilo beras pulut kot..sempat juga tolong bungkuskan bersama adik beradik yang lain. Tapai ni ambil masa 2 malam untuk benar-benar masak ranum..hehee...manis yang amat. SEDAP!! 

Kami balik KL hari Isnin, hari raya kedua..mak dah siap-siap packing tapai untuk anak-anaknya yang lain..(ada 2 orang lagi kakak ku yang ada di KL ni) so masing-masing dapat bahagiannya. Fuhh,, bukan hanya tapai tau.. ada lagi,,dokong, rambutan dan tak ketinggalan pisang hasil tanaman mak. hehe..penuh bonet kereta kami...agaknya lagi besar kereta kami lagi banyak barangan dari kampung dimuat nya..hadoiii...cam gitu lah orang tua kami. Alhamdulillah atas kurniaan nikmat hasil berbudi pada tanah.

Nak tau tak macam mana buat tapai?? Ohhh senang aje rupanya..hehe.. sebelum tu saya dah siap-siap beli ragi di kampung..murahnya ragi tu 3 ketul 90sen sahaja! beli di kedai runcit yang femes lagi maju..Kedai Runcit Sattar...itu yang kami panggil lah...nama betul kedai tu saya tak pasti lah pulak..berdekatan dengan kedai hardware abang dan kakak sulong ku.

Daun getah dan lidi pun saya ambil yang baki mak buat hari tu...cuma beras pulut aje saya tak beli sebabnya dah sedia ada...selalu saya beli 2 kilo beras pulut..(memang suka)

Cara-caranya:

1. Beras Pulut di basuh dan di toskan untuk beberapa ketika

2. Kemudian kukus beras itu, selalu cek beras..jika dah nampak bergembur boleh angkat dan tuangkan ke dalam bekas.

3. Ambil 1-2 cawan air dan tuangkan ke atas beras sedikit demi sedikit, guna sodep untuk balik-balik kan beras itu.

4. Biarkan seketika, 5 minit mungkin, kemudian kukus semula.

5. Perhatikan beras, ambil sedikit dan rasa.(masak atau belum). Jika sudah..tutup api, kemudian tuangkan beras ke dalam dulang..dan ratakan nasi itu.

6. Untuk Ragi, penyek-penyekkan ragi di dalam tapis air supaya menjadi seperti serbuk. Kemudian lalukan di atas nasi tadi. Lalu kesemua bahagian atas...

7. Ambil sodep, balik kan nasi itu, lalukan serbuk ragi tadi ke bahagian yang telah di balikkan.Supaya semua bahagian nasi terkena serbuk ragi.

8. Ambil 1-2 sudu gula dan taburkan ke permukaan nasi, balik-balikkan nasi itu.

9. Sekarang anda boleh lah masukkan nasi ke dalam daun getah@ apa sahaja acuan tapai mengikut kesukaan hati anda. Menggunakan sudu,,bukan guna tangan jari tau! Tutup daun menggunakan lidi.

10. Susun atur cantik-cantik di dalam bekas simpanan, jika ada lebihan daun getah tadi boleh buat pelapik dan juga penutup. Dan simpan tapai di tempat yang tersembunyi, biasanya orang-orang tua suka selimutkan dengan kain batik..
tapi saya tutp aje dengan penutup bekas plastik..simpan tinggi..kan anak ambik pulakss

Ini saya isi dalam tapperware, sebab dah habis daunnya...makan dengan sudu, sejuk-sejuk...yammyyy
Tapai Daun Getah


Yang ni saya buat 2 cawan beras pulut, banyak jugak dapat nya..pergghhh sedap weiiyy..tak tipu..tapi yang mak punya lagi sedap kot..hehe..suami kata lain sikit rasanyer..haha...memang ler..tu dia mintak buat guna daun pisang..makk aaii mana nak cari daun pisang tengah malam-malam. Saya buat ni masa anak-anak tak tidur lagi..nasib baik diorang ok tak lah mengacau tahap serius..kalau tak seterehh mak! Tapai ni sedap sangat kalau kita letak dalam peti sejuk..makan tak nak berhenti tauu!!
Jadi lepas ni saya boleh ambik tempahan tapai pulut!!! ,mai mai sape nak ?? hehe..
huhuuu...mohon maaf lah...ada ke yang nak tempah?menakutkan!!..saya masak memasak ni just untuk famili, takde lah nak berjual beli...Jemput datang rumah kalau nak rasa, tapi kenalah bagitahu awal-awal..seminggu awal dari masa nya..sebab tapai ni ambil masa 2 malam untuk diperam masak.


Selamat Mencuba!!

Cucur Nasi

Cucur Nasi@ Jeput Nasi



Pagi tadi asalnya nak buat nasi goreng tapi sekali bukak periuk nasi tu...lahai sikit nya nasi...jadi nya tak jadi buat.. Teringat yang kawan aka 'mak' Shaklee saya ada buat cucur @ jeput nasi. Lantas ku buat lah, senang aje tau..

Ini resepi nya...ini cara saya, maybe anda pun boleh buat ikut citarasa sendiri

  • blend nasi bersama sedikit air
  • kemudian air garam,gula 
  • masukkan daun bawang
  • sedikit parutan ubi kentang
  • tepung gandum 
Mudah sahaja...gaulkan semua..jangan terlalu cair yer nanti tak sedap..
Goreng dalam minyak yang banyak dan panas...So dah siap bolehlah makan dengan anak-anak, jadi kenyang jugaklah jeput ni sebab dari nasi kan..hehe. 


Ranggup tau..berbanding jeput bawang..


Selamat Mencuba!!


Sunday, October 19, 2014

Duit Syiling Kami...

Ni nak cerita pasal hari tu saya dan anak-anak pergi bank dekat area rumah kami ni..bank natang rima tu..hehehe...ada beberapa urusan yang saya kena settle kan. Sebelum tu saya masukkan duit syiling dalam coin machine,,,huhuu..bereteh bunyi syiling menyebabkan ada beberapa mata yang memerhati kami..anak-anak pulak duk menunggu ibu dia ni..apa la ibu buat ni..sebelum ni saya tak tahu pun ada mesin duit syiling ni.. so duit-duit syiling yang ada kat rumah di biar camtu aje dan kadang-kadang saya amik pi tukar kat kedai..hurmm hari tu dapat jugak la dalam seratus lebih gitu. syukur..banyak juga..ingat tak sampai seratus! dah lama simpan duit tu, masa mengandungkan anak sulong lagi.
Untuk pengetahuan, anda tak perlu asingkan duit syiling anda tu,,tak perlu, mesin tu yang siap-siap asingkan..cuma tuangkan aje atas tempatnya tu..bergerak dan jatuh lah syiling-syiling tu pada tempatnya..




Ni lah resit yang keluar bila dah habis semua syiling kita tu...then apa nak buat?




Seterusnya anda kena pergi amik nombor giliran untuk deposit kan duit syiling kita ke dalam akaun anda...ok..mudah sahaja. Jadi anda tak dapat duit tunai, tapi kalau nak duit tu just pergi je kat ATM machine tu..hehe..
Best plak...sekarang ni ada lagi duit-duit syiling ni..tunggu masa yang sesuai baru pergi masuk mesin lagi...kira-kira hari tu ratus jugaklah..ermm..alhamdulillah...pasni makin rajin kumpul duit syiling..anak-anak pun sama..pantang jumpa syiling bagi ibu..hihii..
Oppss...Ibuu...ingat tau duit kat atas tu simpan tuk anak-anak yer..so kiranya entri saya ni untuk diingati dan sebagai rujukan buat anak-anak kelak.


Cara Mendidik Anak yang Degil

Assalamu'alaikum....

Hari ni saya jumpa satu link dari fb...terus saya bukak dan baca..sesuai sangat apa yang saya hadapi hari ini...perasaan geram dan amarah kepada anak sulong ku yang semakin hari semakin tak mendengar cakap ibu malahan abi nya juga..

3 Bulan



3 Tahun Baru Buat Sambutan Hari Lahir di Tadika Gemilang
Tulisan di bawah saya copy&paste sahaja..sebagai rujukan buat saya dan keluarga dan sesiapa sahaja...

Ramai yg mohon tip kaedah didik anak yg nakal. Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di di sangkakan/ fikirkan oleh hambaNya.

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:
1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman & Allah angkat hijab kpd doa ibubapa.

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll. Pesan kpd anak lelaki utk elak kencing berdiri. Pesan kpd anak utk ISTIBRA' selepas kencing. Lelaki dgn berdehem 3 kali & perempuan dgn urut dari pusat ke bwh.

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an & lancarkan penhadaman. Vit C membantu tenangkan fikiran di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an & ganggu proses penghadaman!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda (tel 03-89255292).

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Utk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem dpn anak sblm menasihati anak yg agak "degil". In sya Allah mrk akan mudah dengar nasihat!

20. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

21. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

22. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Moga Allah rahmati & bantu kita semua. Aameen, wassalam.


By : Dato Fadzilah Kamsah

Salam Sayang