Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

New Baby


Balancing Moisturizer dari Shaklee Enfuselle



Assalamualaikum wbt...................

Haaa....nampak tak tu? Hari sabtu malam...saya ada buat order produk Shaklee untuk pelanggan kesayangan,,waktu tu saya agak kalut juga ambil order di sebabkan Shaklee ada buat promotion Vitamin C 500mg, seperti biasa beli 6 percuma 1. Kenapa ada promotion Vitamin C pula ni? bukan ke Bulan Oktober promosi ESP dan Meal Shakes?? Haaaa...nak tau kenapa? hari tu Shaklee ada buat event, iaitu Majlis Perasmian HQ Shaklee yang baru yang terletak di Pinnacle Bandar Sunway. Dengar kata sambutannya meriah dan seronok. Mereka yang pergi tu dapat macam-macam barangan Ekslusif Shaklee..jelous saya tengok! Seronok tau dapat barang free...hihiii...
Untuk berita promosi Vitamin C 500mg ni saya dapat tahu lambat sangat..petang dalam pukul 5pm camtu baru saya tahu. hehe, Almaklumlah hanset saya tu belum register mobile data lagi, saya pula keluar jalan-jalan temankan suami berjumpa rakan niaga dia. Seusai tahu mengenai promotion hebat ni, saya pun apa lagi update lah status di wall fb..dan private message mana-mana customer yang sentiasa diingati selalu..ececeehh..pada awal nya saya plan nak mintak tolong dari 'mak' Shaklee belikan..tapi last minute, alhamdulillah cukup 1 set bermakna 7 botol Vitamin C bertuan. So saya buatlah order sendiri, walaupun para customer saya belum masukkan duit mereka lagi, jadi saya terpaksa dulukan duit saya dahulu. (selalu begini) Allah Maha Kaya....dan insyaAllah pasti Allah tolong saya, akaun rimau saya gemuk gedempul(LUA) walaupun saya hanyalah seorang permaisuri rumah...HAhAaa...
Dalam order saya tu, saya sempat selitkan produk kat atas tuuhh..hehe..BM..Balancing Moisturizer by Shaklee Enfuselle. Dah lama saya mengidam nak cuba produk Enfuselle ni..sebab saya tengok dekat Youtube banyak sangat respon yang baik dari minah-minah saleh....rata-rata, kata muka lambat nampak tua...I mean awet muda la...hisshh tak sabar..nanti bila saya dah consume saya akan cerita lebih lanjut. hopefully sesuai dengan kulit muka saya...saya ni bukan nak kulit cerah putih gebus,,tapi saya nak kulit muka saya cantik berseri,,anjal..dan kelihatan muda..kihkihhh...eh lupa, saya ada pakai cleanser dari Shaklee jugak tapi brand NutriWhite,, yang tu pun best jugak guna, tak pedih dan sangat JIMAT sebab tak habis-habis pun lagi. Walaupun kita beli pada harga yang agak mahal tetapi tahan lama dan kualiti produk nya terjamin. 
Haaa...kalau korang nak tahu lanjut lagi pasal produk-produk Shaklee ni jangan segan-segan text me...0192604595,, boleh sharing cerita lebih melebih.hihii.

 Cleanser dari Nutriwhite


Enfuselle Basic System Normal-Oily


Enfuselle Basic System Normal-Dry

Ini set lengkap dari enfuselle, setakat ini saya just pakai moisturizer nya sahaja, ada rezeki boleh la kot nak pakai one set..hehe.
Pengalaman pakai moiturizer ni, memula muka saya rasa agak pedih, dalam beberapa hari lah juga, kemudian dah ok,, tak rasa pedih sangat. Walaupun duk rumah aje, saya tetap pakai juga...hehe..nak bagi kulit moisttt gitu..kann..yihuu.
.

Tuesday, September 9, 2014

Kolagen

assalamualaikum..

hari ni saya nak coret sikit tentang kolagen,,anda tahu bila masa yang sesuai untuk ambil kolagen ni? ok kebiasaan nya masa yang paling sesuai ambil adalah Sebelum tidur, Masa ni proses regenarasi kulit berlaku semasa kita tidur ATAU sewaktu Bangun dari tidur sebelum anda makan apa-apa maksudnya peerut masih kosong. Ini kerana kadar serapan nya adalah lebih berkesan. 

Okay bagi mereka yang bajet tapi masih ingik kekal kelihatan cantik saya cadangkan ambil suplemen seperti Vitamin ACE, CBE pun okay juga..atau mengamalkan EPO @ GLA complex yang ini mesti kita amal dari muda sebab apa tau aritu ada member saya cakap dia tanya sorang Indian girl ni kan umor dah 40 an camtu tapi kulitnya waahh..gorges!! rahsianya dari zaman remaja ambil epo ni. Kalau anda tak nak juga saya cadangkan ambillah viatmin C coz vitamin C pun boleh menghasilkan kolagen semulajadi dan berterusan.....takpun boleh makan oranges bebanyak. ahaakkss,,,@..@


Jika nak tahu lagi boleh jenguk ke kedai alam maya saya
pages ; Diari Sihat Ibu

Monday, September 8, 2014

Awet Muda

Saya percaya ramai wanita mementingkan kecantikan dan kesihatan but most probably wanita ni akan jaga kecantikan lebih lagi daripada kesihatan. hehee. Nak awet muda? Oh mostilaahh kan. So how? Cantik ni is a very subjective. Betol? Kalau tak, tak kan suami kita pilih kita..hehe. Mestilah di mata suami kita tu..isteri ku cantik. Suka tak? Suka tak? ok cantik, muka tangan and all tak kekal lama pun. so kita sebagai wanita kenalah sentiasa titik beratkan soal kecantikan ini. dan kecantikan akhlak peribadi seorang muslimah tu yang paling utama. Mungkin dulu kita bukanlah solehah sangat. Now bila dah semakin matang atau dah terbuka hijab tu kita cuba untuk menjadi solehah as we ask for temukan aku dengan suami yang soleh...hehe..dulukan masa anak dara selalu doa macam ni kan. Bila dah kahwin..eh apa dah aku merepek ni...hisshhh

Anda tahu yang di dalam badan kita ada kolagen? setiap tahun eh..seiring dengan peningkatan usia kita kandungan kolagen di dalam badan akan berkurang. sekarang ada bermacam-macam jenis kolagen keluaran pelbagai syarikat. apa penting nya?untuk apa? actually kolagen ni tuk buat kita kelihatan muda. begitulah bahasa mudahnya. Antara ciri-ciri kalogen yang bagus camni :-

  • ringan& saiz molekul kolagen yang kecil supaya badan senang serap
  • sumber kolagen berasaskan haiwan adalah kolagen yang kuat,sisik ikan vs kacang soya mana yang lebih kuat?
  • cara pengambilan secara oral, bukan nya tempek sebab kolagen ni molekul nya besar sukar nak tembus masuk kulit.
So buat kaum hawa sekalian..anda dah ada amik any of collagens? or anda ada petua untuk kekal awet muda? benda ni kalau kita tak cuba tak amal kita tak tahu kan. so cubalah berkolagen dan menjaga kecantikan luar dan dalam samada nak guna pakai petua orang lama atau pun guna pakai cara moden, nak amal any of supplements, jamu, makjun...hehe. semua nya terserah pada diri sendiri.
Buat masa sekarang saya memang amalkan produk2 keluaran Shaklee dan ada juga ambil madu,habatussauda,minyak zaitun dari hadramawt. semua ni tuk terus kekal sihat bertenaga dan cantik luar dan dalam. Nak tau apa suplemen untuk cantik boleh cek di kedai saya ni www.kedaisuplemen.com.my 

Oppssss...Bulan ini September 2014 ada double promotion dari Shaklee iaitu Collagen Powder Beli 6 Percuma 1 dan juga Meal Shakes  Beli 3 Percuma 1.....pssstttt murah murah murah....boleh lah hubungi saya untuk buat belian atau pun ingin join ahli Shaklee hari ini. whatsapp/sms 0192604595

Sunday, September 7, 2014

Hari Wanita

Assalamualaikum............

Hari ni 8 September 2014 adalah Hari Wanita. Oh baru ku tahu, ni pun kebetulan saya duk dengar radio IKIM.fm online. Okay,,agak-agaknya apakah bentuk penghargaan yang sesuai buat seorang wanita? Tahu tak wanita pertama yang syahid kerana Islam adalah siapa?? Sumaiiyah...hurmmm baru saya tahu patutlah ada lagu Sumaiiyah by Hijjaz kan. best lagu tu. Ini saya jumpa lagu nasyid yang sesuai tuk wanita....untuk kita-kita ajer.. Engkaulah Wanita


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lirik Wanita - Dehearty @ Lirikami

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-wanita-dehearty.html#ixzz3ChnBKdBp


Beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan. Walaupun adakalanya menjaga anak perempuan lebih mencabar, namun pahalanya juga lebih besar. Jom kita lihat kelebihan anak perempuan dalam Islam..
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Begitu banyak kelebihan anak perempuan dalam Islam.. SubhanaAllah..
credit :www.farahalias.com
`````SELAMAT HARI WANITA`````
www.kedaisuplemen.com.my