Salam Khamis yang penuh magik!!
Pagi ini saya bangun dengan agak lemah pada awal nya,,seperti biasa solat subuh..termenung sejenak layan perasaan..(hukk sokmo) kemudian iron baju tuk suami..hari ni iron 2 pasang..hajat nak iron seluar sekali tapi stop dulu memandangkan suami dah nak gerak..pegi kerja. Tika ku layan meng iron baju suami ku,,dalam hati teringat akan diri sendiri yang tak mampu lagi memberi apa-apa buat mak dan ayah kandung ku..hehe..kena sebut kandung sebab sekarang kan ada mak ayah mertua..hehe. Tak tau kenapa ia relate juga dengan bisnes yang saya sedang buat sekarang iaitu bisnes Shaklee.. ok sebenarnya diri ini berhajat nak berikan satu produk Shaklee yang sangat power dan paling mahal lah kalau ikut suplemen tu iaitu si tonik ajaib VIVIX. Ia Vivix..nak tau harganya berapa? kalau harga ahli RM380 sebotol. Sebotol tu boleh tahan selama sebulan! hehe..bagi saya harganya agak mahal tetapi sebenarnya amat berbaloi juga anda tahu akan khasiat nya. Ramai yang mengamalkan nya untuk kekalkan tahap kesihatan yang baik. Sangat bagus untuk mereka yang ada penyakit yang kronik dan terutama yang ada penyakit buah pinggang. Sebabnya produk ni tak perlukan anda minum air kosong yang banyak. Ada juga yang bebas kanser bila mengamalkan Vivix ni. Salah seorang Master Chinese dalam Shaklee telah berjaya bebas dari penyakit kanser yang dihidapi nya..Selain Vivix Master tu ada ambil Alfalfa Complex juga sangat elok untuk diamalkan..dan saya juga memang mengamalkannya selepas bersalin anak kedua tempoh hari hinggalah ke hari ini..
Kenapa nak bagi Vivix kat mak ayah? Kerana saya tahu umur mereka makin meningkat,,tahap kesihatan pun dah tak sama cam kita yang muda mudi ni..sementelah ayah pulak dah dikenal pasti ada kencing manis, darah tinggi pun ada gak. Asalnya ayah ada penyakit jantung. teringat 3 tahun lepas ayah kritikal di CCU..tak sedar sehari kot..tak ingat dah..camna boleh jadi camtu? dulu mak kata ayah selalu ngadu sakit dada dan selalu panas-panas badan dan satu lagi selalu rasa nak tidur aje. Satu hari tu mulut ayah jadi herot, sib baik abang ipar ada..terus bawak pegi hospital besar. Kami adik beradik risau giler..masing-masing menangis sebab benda ni mengejut. Time tu saya tengah pregnant kan anak sulong.
Saya sangat berharap agar apa yang dihajati ni tercapai jugak sebelum saya atau mereka pergi selamanya. Tapi terdetik juga adakah adik beradik ku yang lain bagi permission tuk mak dan ayah amal suplemen dari shaklee ni?bukan soal duit,,tapi soal akan keselamatan atau gerenti, adakah produk itu mampu menambah baik tahap kesihatan mereka? atau apa simptom-simptom yang bakal mak dan ayah lalui. Sebab kata testi-testi pengguna Vivix, mereka akan mengalami healing crisis...yang sabar dan faham is ok lah kan...huhu. Entahlah..daku ada juga mencadangkan produk-produk shaklee yang lain tapi semua adik beradik ku diam membisu tanpa sebarang komen. Tak tau la apa yang ada dalam hati mereka. Kita ni bukan lah nak bagi laku produk pun,,just nak share yang produk tu ok, why not cuba,,saya tahula shaklee produk USA tapi kalau ia membawa manfaat yang besar kepada kita jadi apa masalah nya?jauh di sudut hati saya,,,sangat sedih. dan saya tak berani nak cakap apa-apa dah. Sorang kakak saya tu mencadangkan ayah mengamalkan suplemen tradisional...takpelah buat lah mana yang terbaik tuk parents kita. Tiada siapa pun yang ingin mendengar buah fikiran malahan buah bicara ku. siapalah aku yang hanya suri rumah yang hari-hari mengadap anak-anak dan kelihatan kolot, tidak up to date..dan macam-macam lagi.
cukup sekadar itu sahaja coretan ku,,,
Salam Sayang
No comments:
Post a Comment