Ni nak cerita pasal hari tu saya dan anak-anak pergi bank dekat area rumah kami ni..bank natang rima tu..hehehe...ada beberapa urusan yang saya kena settle kan. Sebelum tu saya masukkan duit syiling dalam coin machine,,,huhuu..bereteh bunyi syiling menyebabkan ada beberapa mata yang memerhati kami..anak-anak pulak duk menunggu ibu dia ni..apa la ibu buat ni..sebelum ni saya tak tahu pun ada mesin duit syiling ni.. so duit-duit syiling yang ada kat rumah di biar camtu aje dan kadang-kadang saya amik pi tukar kat kedai..hurmm hari tu dapat jugak la dalam seratus lebih gitu. syukur..banyak juga..ingat tak sampai seratus! dah lama simpan duit tu, masa mengandungkan anak sulong lagi.
Untuk pengetahuan, anda tak perlu asingkan duit syiling anda tu,,tak perlu, mesin tu yang siap-siap asingkan..cuma tuangkan aje atas tempatnya tu..bergerak dan jatuh lah syiling-syiling tu pada tempatnya..
Ni lah resit yang keluar bila dah habis semua syiling kita tu...then apa nak buat? |
Seterusnya anda kena pergi amik nombor giliran untuk deposit kan duit syiling kita ke dalam akaun anda...ok..mudah sahaja. Jadi anda tak dapat duit tunai, tapi kalau nak duit tu just pergi je kat ATM machine tu..hehe.. Best plak...sekarang ni ada lagi duit-duit syiling ni..tunggu masa yang sesuai baru pergi masuk mesin lagi...kira-kira hari tu ratus jugaklah..ermm..alhamdulillah...pasni makin rajin kumpul duit syiling..anak-anak pun sama..pantang jumpa syiling bagi ibu..hihii.. Oppss...Ibuu...ingat tau duit kat atas tu simpan tuk anak-anak yer..so kiranya entri saya ni untuk diingati dan sebagai rujukan buat anak-anak kelak. |
No comments:
Post a Comment