Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Bisnes Shaklee ku. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Shaklee ku. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

Kelas From Zero To Hero

Helloooo............^_^


Hari ni saya nak berkongsi mengenai kelas yang saya hadiri pada Ahad 23.11.14 baru-baru ini. Kelas? kelas apa tu? hehe..sebenarnya saya agak terlambat dapat info tentang kelas ni..kebetulan pada sehari sebelum kelas saya ada terlihat posting di fb Kak Umee Suziana tentang kelas Shaklee ni. Kelas ni untuk mereka yang susur galur di bawah WonderMum Network dan Permata Jutawan. 
Teringin juga untuk pergi, sebab rasa cam lemau sikit dan lagipun tempat kelas tu dekat je dengan rumah. Terus mesej suami ku, dan suami bagi tau ada kenduri kahwin kawan dia dekat Seremban. Hurmm...macam mana tu..di tanya-tanya pukul berapa kalau nak pergi kenduri. Langsung tak dijawabnya. Lastly dia cakap ok, 'pergi lah kelas...esok b nak pergi kedai tayar, tukar tayar kereta..b bawak anak-anak sekali'..huhuu...mekasih ya..always bagi peluang and support. Tapi saya bawa yang kecik, adik..ke kelas tu..dan abang ikut abi nya. 
Kelas itu bermula jam 9.30 hingga 3 petang dan ada solat dhuha sekali. Tapi saya dah siap-siap dhuha di rumah. Sesampai je, tengok orang tak ramai lagi jadi sempatlah saya bersarapan bersama-sama suami dan anak-anak di kedai mamak berdekatan FaizLand. Oh yer..FaizLand ni terletak di The Atmosphere, bangunan kedai yang agak baru dan ada banyak wall art dekat situ. Landmark nya berdekatan Giant Seri Kembangan dan juga Downtown Tropika. 

Kelas bermula sekitar jam 10 pagi, dan pembukaannya di mulai dengan sedikit pengenalan sejarah Shaklee oleh Kak Umee, yang merupakan orang kuat program ni..hehe..kira pengajurlah kan..Kak Umee pun tak kurang hebat orangnya, Key Coodinator makna nya ada satu tangga lagi nak daki maka layak lah bergelar Master di dalam Shaklee.. nama group nya Sinar Jutawan..cayalah! anak 7 ni..tau..saya memang salute ar kak umee ni..hihii
yang hadir ni masing-masing kena present tau..haa amik ko..memula tu kan ingat just datang je and tadah je telinga..hehe..so saya pun kena jugak lah present tentang produk..Vitalea..bersama lagi 2 orang peserta.. itu pun kenal masa tu la..ok lah sebab peserta pun tak lah sampai berpuluh-puluh orang..lupa kira ada bape orang tapi yang pasti ada 2 orang lelaki, iaitu suami kepada peserta. Supportive betul suami diorang ni..hehe sudi masuk kelas yang di konker pompuan!

Kumpulan kami present yang pertama, sebab slide dah ada..mujur kawan tu dah tau..maklumlah saya nye whatsapp dah takleh guna..saya main cakap ajer, dan ada cerita serba sedikit tentang pengalaman ambil multivitamin aka Vitalea ni sewaktu hamil dan juga sekarang pun masih ambil tapi kadang-kadang, bila perlu. Ada sesi soal jawab juga, sesiapa yang jawab tu dapatla kolagen 1..hehe..saya pun tak lepas peluang mencuba..so dapatla 1 sachet. Mahal tu 1 sachet tu dah sekitar RM15++ kot..tambah lagi 2 sachet pemberian dari Presidential Master Kak Cery, iaitu pemilik FaizLand dan juga merupakan pengasas kumpulan MamaFaiz & Jutawan Shaklee...

ehh..lupa jemputan 2 orang speaker iaitu Tuan Nurul Ain (Master Permata Jutawan) dan Dila Roslan (Master Wondermum Network) turut berkongsi ilmu kepada kami. Apa yang dikongsi oleh Master Dila adalah kalau tak silap saya lah..hehe..malas nak ambik buku pi tengok k.. Magnet Rezeki manakala Master Ain, Marketing..Tribe..apa lagi ek..huhu..
Masa diorang present pun dah agak terlewat, jam melebihi 3 petang..masing-masing perut pun dah bunyi-bunyian, kami tak dang makan lagi sebabnya makanan yang di tempah lambat sampai dek kerana tersesat..huhu..nasi kerabu oh nasi kerabu..
Kelas habis dalam pukul 3.30 begitu..suami ku asyik sms bila nak habis, sebabnya dia duk menunggu, dan dia pulak belum solat zohor lagi...abang pulak ketiduran...
Lepas bersalam-salaman, saya terus ambil nasi dan meninggalkan kelas..ye lah kesian kat suami lama menunggu..apa pun kelas ni sedikit sebanyak buat hati saya gembira. Dapat berkongsi ilmu, dapat kekuatan, dapat bersosial...dan insyaAllah setiap apa yang kita buat pasti membawa ganjaran dari Allah swt jika ia memberi kebaikan kepada kita ye dak?

Ok, layan lah foto-foto yang sempat di ambil sepanjang kelas. 

Ini lah Kak Umee Suziana, sambil dukung anak ke-7 tu..power kak umee, key coordinator okeyy!!

Ini pula Kak Syikin Hashim, seorang Cikgu sejarah yang lancar berbicara, Supervisor begitu bersemangat sekali datang dari Johor 

Waktu ni kami menyanyi kot!

Daku tengah berdiri di depan present pasal VitaLea si Multivitamin pertama dari Shaklee

Semua pompuan TAPII...nampak tak? ade boboi di situ..ngeee =)

Master Dila Roslan sharing tentang keajaiban menjemput rezeki

Master Ain sharing tentang macam mana nak jadi diri sendiri, nak menjual..macam2 lah 


Haiiiiii yoooo!!!

Smileeee..........TIGAAAAAAAA =)))))

Guuuuddddddd....Besttttttttttt

                                                   
Di tangannya ada mufin pisang, disuapnya kat baby tu...

Pening arrgghh apa la mok cik cakap ni..laju benoorr

Oklah....conteng ajer laahhh

*** dapat gudi beg tau, ada buku nota, pen dan 2 sachet kolagen shaklee dari Mama Faiz aka Kak Cery, Presidential Master sudaaa....bermakna bonus bulanannya 6 angka yer..dengar-dengar menghampiri 1million...huuuhhh...fuhhh..lap peluh!!

OK best tak? BeSt ke BEST?


Saturday, November 22, 2014

Bagaimana Ingin Kekalkan Pengeluaran Susu Badan?

Bagaimana Mengekalkan Pengeluaran Susu Badan?

Tuan Puan, 

Anak saya sudah menjangkau usia 1 tahun 8 bulan bermakna sepanjang usianya saya berikan susu badan dan kadang kala dia juga diberi susu formula@susu kambing kepunyaan abang nya..sebab jelous tengok abang dapat minum botol,itu pun sekadar main2..susu ibu juga menjadi pilihannya.

Alhamdulillah, pengeluaran susu saya maintain..baju saya masih basah tapi tidaklah seteruk dulu sebelum anak saya mula makan makanan pejal hingga kan saya terpaksa kerap kali tukar baju.

Saya enjoy bf anak saya, yer..terutamanya bila fikiran saya tenang dan hanya fokuskan dia..selalunya malam, waktu nak tidur. Ketika itu lah saya dapat panjat kan rasa syukur dan rasa sangat bertuah di kurniakan susu badan yang banyak.

Tempoh penyusuan ini mungkin tak kan berjaya saya lalui jika saya langsung tak ada sokongan suami dan suplemen yang saya ambil. Ya. Suplemen! Suplemen mampu menokok tambah kan apa nutrisi yang kurang dalam badan saya. Tapi semuanya dengan izinNya jua. Apa-apa pun mintalah dari Allah swt.

Niat asal saya mengambil suplemen atau makanan tambahan adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan yang baik demi anak-anak dan keluarga tercinta. Selebihnya datang dariNya.

Sekian sharing dari saya petang ini. Semoga beroleh manfaat.


P/s: Saya ambil suplemen Shaklee, antaranya ESP, MealShakes, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard...dan ada beberapa vitamin yang kadang-kadang saya ambil bila perlu sahaja seperti Vitalea With Iron, Ostematrix, B Complex.....banyak ke sikit? hehee...bukan nya ambil hari-hari atau sekaligus..normally saya memang rajin makan Vita C, Omega dan Alfalfa..(^V^)'



Friday, November 14, 2014

Dah Cuba Minyak Ikan?






Huuurrmm...tajuk bukan main..minyak ikan tu apa? minyak yang ada ikan yer? hihii...sebenarnya hari ni saya ada iklankan produk minyak ikan terbaik dari Shaklee. Saya iklankan di dua tempat iklan free, saja je nak test macam mana kan.. dan saya ada update info baru di sini http://kedaisuplemen.com.my/minyak-ikan-terbaik-dunia/ klik lah untuk ketahui lanjut.

Minyak ikan ni bagus jika kita sentiasa ambil, dan jadikan sebagai suplemen harian kita. Orang dewasa ambil 3 biji sehari, manakala kanak-kanak 1 biji sehari pun dah cukup. Tapi yang umur 1 tahun hingga 3 tahun pun boleh juga ambil, 1 biji selang sehari..pandai-pandai lah mak-mak bagi anak makan, ada yang picit kapsul dan di letakkan di dalam susu, dan ada juga di letakkan di dalam makanan. Satu botol minyak ikan ni boleh share untuk satu keluarga. Jadi sangat jimat dan berbaloi membelinya. Mengikut apa yang saya baca-baca kan..

Wanita hamil, sangat bagus mengambil minyak ikan bagi membantu perkembangan otak si manja,dan mencegah alahan kulit si bayi,  

Ibu yang Menyusu pula mengambilnya boleh membantu sel-sel otak si manja berhubung, perkembangan anak menjadi lebih cepat berbanding si ibu tidak mengambil apa-apa suplemen. (ni pada pandangan saya lah).

Suami yang mengambil Minyak Ikan mampu mengawal kolesterol dan darah tinggi, Isteri pula
boleh jaga kulit..moist2 gitu, nak bakar lemak..hurmmm..bestt wooo.
Para pelajar pula bila ambil minyak ikan ni untuk cergaskan minda, stabil emosi insyaAllah pencapaian tidak lah mengecewakan..hehehe...

Atok ambil Minyak ikan nak cegah bengkak sendi akibat gout, ehh,,,bukan atok pun dah ada jugak yang kena  sakit gout ni...seriau kan
Nenek ambil minyak ikan untuk bantu melicinkan sendi tulang

Kanak-kanak hyperaktif dan autisme yang ambil Minyak ikan untuk tumpuan ,fokus dan kestabilan emosi

Yang gatal kulit, alergi, ekzema ambil Minyak ikan nak dapatkan kulit yang sihat..anti radang 
Yang batuk, asthma, lelah ,bronkitis ambil MInyak ikan untuk kuatkan paru paru....eh banyaknya...ermm kan dah kata banyak manfaat Minyak ikan ni..seisi keluarga boleh ambil dan amalkan.. jadi tak rugi pun
That is why i'm taking fish oil...and i choose brand from Shaklee..sebab satu saya SID, satu lagi banyak yang review kata bagus.. nak kata mahal tu..tak lah MAK ai MAHAL nya..lagi pun produknya berkualiti. hurmm....terpulang nak pilih yang mana..pilihan di tangan anda. 
ok..bai baii...^_^

Thursday, October 30, 2014

Menjana Pendapatan Dengan Shaklee


Carian Google Jer ..=)


Haii,,Untuk entri kali ini, saya ingin ceritakan tentang Shaklee..mungkin masih ramai lagi rakyat Malaysia yang belum kenal lagi Shaklee, mungkin ada yang pernah dengar tapi tak tahu apa yang benda Shaklee ni? hehe..Ok secara umumnya Shaklee adalah sebuah syarikat MLM antarabangsa dari USA yang mengeluarkan produk-produk pemakanan sihat, penjagaan berat badan,penjagaan diri dan kecantikan dan juga penjagaan rumah. Mungkin sebelum ini ramai yang ingat Shaklee hanya mengeluarkan suplemen semata-mata, tapi sebenarnya ada juga produk untuk penjagaan rumah dan juga untuk kecantikan kulit. Kalau anda nak tengok lebih detail produk-produk yang di tawarkan boleh layari http://www.shaklee.com.my/ms/products/ semua produknya best-best. 

Bagaimana nak menjana pendapatan dengan Shaklee?

Haaa...yang ni bahagian paling best, apabila anda mendaftar sebagai ahli, anda akan ketahui bagaimana Shaklee membuka ruang dan peluang kepada kita bagaimana ingin tingkatkan taraf kewangan kita. Boleh cari mana-mana pengedar Shaklee yang berdaftar dan aktif, supaya anda di beri tunjuk ajar yang betul. Nak berada bersama-sama saya pun boleh. Di bawah Group Permata Jutawan, di terajui oleh Master Ummu Ainan @ Tuan Nurul Ain. Hebat orangnya..muda lagi tau..sebaya ku..huahuaa...

Bagaimana nak mula bisnes ni sebenarnya anda sendiri mestilah pengguna produk Shaklee, bila anda dah merasai kehebatan produk-produk nya jadi tiada masalah untuk anda berkongsi kebaikannya kepada orang lain, sama ada kepada ahli keluarga, teman-teman, jiran tetangga dan seluruh rakyat jelata..hehe..

Ada banyak ganjaran yang Shaklee tawarkan selain daripada hasil bonus jualan bulanan yang diberi setiap pertengahan bulan. Di mana Shaklee menawarkan peluang untuk memperoleh ganjaran daripada beberapa aktiviti pembangunan perniagaan. Peratusan ganjaran adalah berdasarkan jualan produk dan juga kejayaan anda melahirkan pemimpin perniagaan yang akan mengemudi pasukannya untuk menduplikasikan usaha anda. Lebih besar kumpulan anda, maka lebih banyak ganjaran yang anda peroleh! Peluang ini ternyata tiada hadnya.

Antaranya Program Kereta...begini...
Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif tajaan Shaklee untuk semua Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Pemimpin Jualan yang layak akan memperoleh kredit kereta setiap bulan apabila mereka memenuhi syarat prestasi minimum untuk Program Subsidi Kereta.

Dan satu lagi adalah Program Insentif...Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda boleh mula memperoleh mata ganjaran dalam Program Insentif, yang memberikan pelbagai keistimewaan termasuk pelancongan eksklusif yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.
Ermm banyak kan? Jadi sekiranya ada yang berminat untuk menjadi pengedar bebas Shaklee atau pun nak mendapatkan produk Shaklee bolehlah hubungi mana-mana pengedar pilihan anda, Ingin menyebarkan kebaikan sambil menambah sumber kewangan ? ayuh mulakan dari sekarang!


Pendaftaran hanya RM65 dan Caj RM10 untuk kos pos member kit dan tiada yuran bulanan atau tahunan dikenakan...anda bakal menikmati kelebihan seperti mendapat produk pada harga ahli yang jauh lebih murah dari harga runcit, anda akan mendapat tawaran-tawaran promosi bulanan dari Shaklee dan mungkin anda bakal mendapat ganjaran bonus bulanan pula..

Nurjannah Nordin
Pengedar Sah Shaklee
Id: 886788
019-2604595
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan


Tentang Shaklee


Carian Google yer
Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa SelamatSentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.

Keunikan Tentang Shaklee

Sentiasa Selamat

Sentiasa Berkesan

Sentiasa Mesra Alam

Falsafah Produk Shaklee 


Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

Always Safe, Always Work, Always Green