Teman-teman, para ibu yang cantik menawan...hari ini saya ada teman setaman hantar kan wish salam maal hijrah,,,wow alhamdulillah..sebenarnya saya hampir terlupa..memang tak ingat pun tarikh-tarikh dalam bulan Islam ni,, kat rumah pulak tak ada Tv, 2 hari lepas dapatlah jugak tengok Tv di rumah kakak di Putrajaya, jadi masa itu saya baru tahu yang 1 Muharam jatuh pada 25 Oktober, yakni Sabtu ini..esok..
Teman setaman ni adalah ibu kepada anak murid saya, yang mana saya pernah ajarkan anak perempuannya mengaji, tak silap saya dalam 2 bulan lebih begitu..selepas itu, Puan..(saya panggilnya dengan panggilan Puan sahaja..) minta untuk cuti dari mengaji..jadi saya ok sahaja.. sampai sekarang tak datang, jadi saya anggap mungkin anak nya sudah tidak berminat lagi. Saya ok sahaja, bila-bila masa nak datang boleh..nak bayar ke tak nak bayar pun tak mengapa, saya anggapnya sebagai kerja amal. hehe..
Di sini saya ingin kongsikan doa yang boleh kita baca pada petang Jumaat ini, boleh mula baca selepas Asar (doa akhir tahun) dan selepas Mahgrib (doa Awal tahun)..
Mintalah apa-apa dari Yang Maha Esa..pasti DIA akan kabulkan sama ada cepat atau lambat.
tapi yang sebenarnya tak ada pun doa yang spesifik, kita boleh doa apa sahaja asalkan membawa kebaikan kepada kita dan semua.
No comments:
Post a Comment