Tapai Daun Getah
Elloo...ni nak citer bab masak memasak lagi...sementara 2 beradik ni tengah lena di ulit mimpi. huuhh..Pukul 5.30 si abang baru tidur itu pun setelah ibu marah main-main kat luar, marah abang kunci pintu gril biar kan adik di luar...adik pulak menangis sambil golek-golek atas lantai!!
Kena marah jugak yang adik ni sebab main tak hinggat oii,,,comot tangan, itam habis..itu dah mandi pergi main lagi. Macam duk kampung dah anak-anakku ini.
Ok, saya nak citer camna boleh terbuat TAPAI ni??
Alkisah nya hari tu raya aidiladha kami beraya di Terengganu rumah mak ayah saya lah..tokki& mok wer..mymom buat tapai, tapi buat lewat sehari bermakna takleh makan masa hari raya tu..(ahad)..dek kerana dia lupa nak cari daun getah,..jadi hari tu saya sempatlah belajar camna nak buat tapai. Tengok la mak buat. Tapi mak buat banyak, rasanya 2 kilo beras pulut kot..sempat juga tolong bungkuskan bersama adik beradik yang lain. Tapai ni ambil masa 2 malam untuk benar-benar masak ranum..hehee...manis yang amat. SEDAP!!
Kami balik KL hari Isnin, hari raya kedua..mak dah siap-siap packing tapai untuk anak-anaknya yang lain..(ada 2 orang lagi kakak ku yang ada di KL ni) so masing-masing dapat bahagiannya. Fuhh,, bukan hanya tapai tau.. ada lagi,,dokong, rambutan dan tak ketinggalan pisang hasil tanaman mak. hehe..penuh bonet kereta kami...agaknya lagi besar kereta kami lagi banyak barangan dari kampung dimuat nya..hadoiii...cam gitu lah orang tua kami. Alhamdulillah atas kurniaan nikmat hasil berbudi pada tanah.
Nak tau tak macam mana buat tapai?? Ohhh senang aje rupanya..hehe.. sebelum tu saya dah siap-siap beli ragi di kampung..murahnya ragi tu 3 ketul 90sen sahaja! beli di kedai runcit yang femes lagi maju..Kedai Runcit Sattar...itu yang kami panggil lah...nama betul kedai tu saya tak pasti lah pulak..berdekatan dengan kedai hardware abang dan kakak sulong ku.
Daun getah dan lidi pun saya ambil yang baki mak buat hari tu...cuma beras pulut aje saya tak beli sebabnya dah sedia ada...selalu saya beli 2 kilo beras pulut..(memang suka)
Cara-caranya:
1. Beras Pulut di basuh dan di toskan untuk beberapa ketika
2. Kemudian kukus beras itu, selalu cek beras..jika dah nampak bergembur boleh angkat dan tuangkan ke dalam bekas.
3. Ambil 1-2 cawan air dan tuangkan ke atas beras sedikit demi sedikit, guna sodep untuk balik-balik kan beras itu.
4. Biarkan seketika, 5 minit mungkin, kemudian kukus semula.
5. Perhatikan beras, ambil sedikit dan rasa.(masak atau belum). Jika sudah..tutup api, kemudian tuangkan beras ke dalam dulang..dan ratakan nasi itu.
6. Untuk Ragi, penyek-penyekkan ragi di dalam tapis air supaya menjadi seperti serbuk. Kemudian lalukan di atas nasi tadi. Lalu kesemua bahagian atas...
7. Ambil sodep, balik kan nasi itu, lalukan serbuk ragi tadi ke bahagian yang telah di balikkan.Supaya semua bahagian nasi terkena serbuk ragi.
8. Ambil 1-2 sudu gula dan taburkan ke permukaan nasi, balik-balikkan nasi itu.
9. Sekarang anda boleh lah masukkan nasi ke dalam daun getah@ apa sahaja acuan tapai mengikut kesukaan hati anda. Menggunakan sudu,,bukan guna tangan jari tau! Tutup daun menggunakan lidi.
10. Susun atur cantik-cantik di dalam bekas simpanan, jika ada lebihan daun getah tadi boleh buat pelapik dan juga penutup. Dan simpan tapai di tempat yang tersembunyi, biasanya orang-orang tua suka selimutkan dengan kain batik..
tapi saya tutp aje dengan penutup bekas plastik..simpan tinggi..kan anak ambik pulakss
Ini saya isi dalam tapperware, sebab dah habis daunnya...makan dengan sudu, sejuk-sejuk...yammyyy |
Yang ni saya buat 2 cawan beras pulut, banyak jugak dapat nya..pergghhh sedap weiiyy..tak tipu..tapi yang mak punya lagi sedap kot..hehe..suami kata lain sikit rasanyer..haha...memang ler..tu dia mintak buat guna daun pisang..makk aaii mana nak cari daun pisang tengah malam-malam. Saya buat ni masa anak-anak tak tidur lagi..nasib baik diorang ok tak lah mengacau tahap serius..kalau tak seterehh mak! Tapai ni sedap sangat kalau kita letak dalam peti sejuk..makan tak nak berhenti tauu!!
Jadi lepas ni saya boleh ambik tempahan tapai pulut!!! ,mai mai sape nak ?? hehe..
huhuuu...mohon maaf lah...ada ke yang nak tempah?menakutkan!!..saya masak memasak ni just untuk famili, takde lah nak berjual beli...Jemput datang rumah kalau nak rasa, tapi kenalah bagitahu awal-awal..seminggu awal dari masa nya..sebab tapai ni ambil masa 2 malam untuk diperam masak.
Selamat Mencuba!!
No comments:
Post a Comment