Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, October 28, 2014

Kenapa ESP ni??

Minuman Soya Non -GMO dari Shaklee


Haii,, Assalamualaikum,,selamat pagi..

Hari ni rasa semangat nak berkongsi tentang minuman berkhasiat lagi bernutrisi yang saya malkan semenjak hamil anak kedua hinggalah sekarang, walaupun sekarang saya tidaklah se konsisten semasa hamil..hehee...tapi bekalan ESP (Energizing Soy Protein) tak pernah putus...memang sentiasa ada di rumah. Mau tak nya, satu canister tu tahan lama, berbulan-bulan.
Kebiasaannya saya minum bersama minuman coklat, kalau dulu semasa hamil saya ambil susu coklat mama mamil, dan sekarang masih menyusukan anak...saya ambil Cinch Shake perisa Chocolate dan kadang-kadang saya ambil bersama susu kambing mukmin, ataupun ReeVo(minuman malt coklat). Milo? Saya memang bukan pengguna Milo, memang takde dalam rumah sama ada isu boikot tengah hangat atau tidak...dari dulu saya tak amalkan Milo. Tak tahu kenapa...mak pun tak ajar minum Milo.

Ok kenapa ambil ESP ni?? Kalau ikut kan tanpa memikir atau kaji lebih jauh tentang ESP ni..senang cerita, bila saya minum, rasa kenyang lebih lama, susu badan lebih pekat, lebih berkhasiat, kulit saya tak lembik, malahan kulit anak pun tak lembik,lagi satu..kulit anak lebih cerah..hehee..
Kalau saya tak sempat nak masak, lambat masak, atau malas masak/makan saya memang ambik segelas ESP ni..tapi cara ambil nya, jangan guna air yang panas,,suam-suam ok boleh..ataupun sejuk lagi best!!..Buat smoothie pun sedap!!


Ooohhh...Jangan tak tahu ESP ni kita boleh buat masker tau...senang aje, ambil satu sudu serbuk ESP ni dan campurkan bersama air suam atau air paip pun boleh..hihii...kemudian sapulah kat muka..hurmm..lepas tu rasa lah kulit muka anda..tegang!

Untuk tambah ilmu tentang ESP ni, anda boleh baca seperti di bawah..

Mengapa memilih ESP?

• NON- GMO : tidak diubah secara genetik. Macam mana nak tahu?
Lihat sahaja buah tembikai hari ini, kalau tembikai organik buah kecil, biji hitam dan banyak.
Kalau GMO, buah besar, biji masih putih kecil-kecil.
• Shaklee mempunyai ahli botani sendiri yang memantau setiap ingredients tumbuhan semulajadi dan berkesan.
• GI rendah
• 14g Protein
• Tanpa Laktosa
• Tanpa kolesterol semulajadi
• 9 jenis amino asid perlu. Lagi 11 jenis asid amino badan boleh keluarkan sendiri.
Fungsi asid amino;
• bantu hasilkan sel-sel baru.
Pernah tengok daki?
Daki sebenarnya contoh sel kulit mati.
• Untuk kulit yang cantik dan sihat ambil protein yang sihat.
• Mengawal paras gula darah supaya sihat
• menyokong paras LDL
• membina kulit yang cantik dan berseri
• jika pengamalan konsisten ia mencukupi keperluan protein harian.
• Isoflavone - mengurangkan risiko kanser payudara dan prostat.
•Melegakan gejala menopous

Di dalam ESP ada Phytohormone.
Fungsinya ialah;
• akan seimbangkan hormon lelaki dan perempuan (tidak meningkatkan hormon terlalu tinggi)
Kehamilan
• Menyokong perkembangan bayi bagi ibu hamil.
Selepas bersalin
• di dalam ESP ada kalsium. Pertambahan kalsium dalam makanan akan meningkatkan penghasilan susu ibu.
• menjadikan susu ibu penuh nutrisi
Susu ibu mengandungi 40% kalsium.
Phytohormone di dalam ESP akan seimbangkan hormon ibh.
-------
Nota daripada Health Talk.
Semoga bermanfaat. Lagi 3 hari Promo ESP, rugi rasanya kalau kita tak beli..

Ada iklan sikit...muaahaahaa...
Info ni saya dapat dari Master Ain, upline saya dalam ber Shaklee..^_^
Sekiranya ada yang berminat untuk dapatkannya, jangan segan-segan WA 0192604595 atau hubungi saya melalui FB : Nurjannah Nordin 

No comments:

Post a Comment