Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, October 20, 2014

Roti Arab



Roti arab @ roti puri
FB: Jom Belajar Memasak
Blog: www.koleksiresepi.net

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (boleh kurangkan jika tak suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air (jika perlu)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata,ketepikan.
2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja.
4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti (breadcrumb )
5. Jika perlu, tambahkn air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat kat tangan dan menjadi doh
6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu. Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
7. Seterusnya, bahagikan doh pd 12 bhgian bulat yg kecil.
8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap.
9. siap utk digoreng, goreng sebiji sebiji ok.

★Tips menggoreng :
- gunakan api yg kecil / sederhana .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni tak mengelembong / naik kembong.
-Semasa menggoreng hendaklah disimbah-simbahkan minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembung baru lah diterbalikkan ...


Selamat Mencuba!!!
Saya Pasti Akan Cuba ...T.T

No comments:

Post a Comment