Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, November 26, 2014

Kelas From Zero To Hero

Helloooo............^_^


Hari ni saya nak berkongsi mengenai kelas yang saya hadiri pada Ahad 23.11.14 baru-baru ini. Kelas? kelas apa tu? hehe..sebenarnya saya agak terlambat dapat info tentang kelas ni..kebetulan pada sehari sebelum kelas saya ada terlihat posting di fb Kak Umee Suziana tentang kelas Shaklee ni. Kelas ni untuk mereka yang susur galur di bawah WonderMum Network dan Permata Jutawan. 
Teringin juga untuk pergi, sebab rasa cam lemau sikit dan lagipun tempat kelas tu dekat je dengan rumah. Terus mesej suami ku, dan suami bagi tau ada kenduri kahwin kawan dia dekat Seremban. Hurmm...macam mana tu..di tanya-tanya pukul berapa kalau nak pergi kenduri. Langsung tak dijawabnya. Lastly dia cakap ok, 'pergi lah kelas...esok b nak pergi kedai tayar, tukar tayar kereta..b bawak anak-anak sekali'..huhuu...mekasih ya..always bagi peluang and support. Tapi saya bawa yang kecik, adik..ke kelas tu..dan abang ikut abi nya. 
Kelas itu bermula jam 9.30 hingga 3 petang dan ada solat dhuha sekali. Tapi saya dah siap-siap dhuha di rumah. Sesampai je, tengok orang tak ramai lagi jadi sempatlah saya bersarapan bersama-sama suami dan anak-anak di kedai mamak berdekatan FaizLand. Oh yer..FaizLand ni terletak di The Atmosphere, bangunan kedai yang agak baru dan ada banyak wall art dekat situ. Landmark nya berdekatan Giant Seri Kembangan dan juga Downtown Tropika. 

Kelas bermula sekitar jam 10 pagi, dan pembukaannya di mulai dengan sedikit pengenalan sejarah Shaklee oleh Kak Umee, yang merupakan orang kuat program ni..hehe..kira pengajurlah kan..Kak Umee pun tak kurang hebat orangnya, Key Coodinator makna nya ada satu tangga lagi nak daki maka layak lah bergelar Master di dalam Shaklee.. nama group nya Sinar Jutawan..cayalah! anak 7 ni..tau..saya memang salute ar kak umee ni..hihii
yang hadir ni masing-masing kena present tau..haa amik ko..memula tu kan ingat just datang je and tadah je telinga..hehe..so saya pun kena jugak lah present tentang produk..Vitalea..bersama lagi 2 orang peserta.. itu pun kenal masa tu la..ok lah sebab peserta pun tak lah sampai berpuluh-puluh orang..lupa kira ada bape orang tapi yang pasti ada 2 orang lelaki, iaitu suami kepada peserta. Supportive betul suami diorang ni..hehe sudi masuk kelas yang di konker pompuan!

Kumpulan kami present yang pertama, sebab slide dah ada..mujur kawan tu dah tau..maklumlah saya nye whatsapp dah takleh guna..saya main cakap ajer, dan ada cerita serba sedikit tentang pengalaman ambil multivitamin aka Vitalea ni sewaktu hamil dan juga sekarang pun masih ambil tapi kadang-kadang, bila perlu. Ada sesi soal jawab juga, sesiapa yang jawab tu dapatla kolagen 1..hehe..saya pun tak lepas peluang mencuba..so dapatla 1 sachet. Mahal tu 1 sachet tu dah sekitar RM15++ kot..tambah lagi 2 sachet pemberian dari Presidential Master Kak Cery, iaitu pemilik FaizLand dan juga merupakan pengasas kumpulan MamaFaiz & Jutawan Shaklee...

ehh..lupa jemputan 2 orang speaker iaitu Tuan Nurul Ain (Master Permata Jutawan) dan Dila Roslan (Master Wondermum Network) turut berkongsi ilmu kepada kami. Apa yang dikongsi oleh Master Dila adalah kalau tak silap saya lah..hehe..malas nak ambik buku pi tengok k.. Magnet Rezeki manakala Master Ain, Marketing..Tribe..apa lagi ek..huhu..
Masa diorang present pun dah agak terlewat, jam melebihi 3 petang..masing-masing perut pun dah bunyi-bunyian, kami tak dang makan lagi sebabnya makanan yang di tempah lambat sampai dek kerana tersesat..huhu..nasi kerabu oh nasi kerabu..
Kelas habis dalam pukul 3.30 begitu..suami ku asyik sms bila nak habis, sebabnya dia duk menunggu, dan dia pulak belum solat zohor lagi...abang pulak ketiduran...
Lepas bersalam-salaman, saya terus ambil nasi dan meninggalkan kelas..ye lah kesian kat suami lama menunggu..apa pun kelas ni sedikit sebanyak buat hati saya gembira. Dapat berkongsi ilmu, dapat kekuatan, dapat bersosial...dan insyaAllah setiap apa yang kita buat pasti membawa ganjaran dari Allah swt jika ia memberi kebaikan kepada kita ye dak?

Ok, layan lah foto-foto yang sempat di ambil sepanjang kelas. 

Ini lah Kak Umee Suziana, sambil dukung anak ke-7 tu..power kak umee, key coordinator okeyy!!

Ini pula Kak Syikin Hashim, seorang Cikgu sejarah yang lancar berbicara, Supervisor begitu bersemangat sekali datang dari Johor 

Waktu ni kami menyanyi kot!

Daku tengah berdiri di depan present pasal VitaLea si Multivitamin pertama dari Shaklee

Semua pompuan TAPII...nampak tak? ade boboi di situ..ngeee =)

Master Dila Roslan sharing tentang keajaiban menjemput rezeki

Master Ain sharing tentang macam mana nak jadi diri sendiri, nak menjual..macam2 lah 


Haiiiiii yoooo!!!

Smileeee..........TIGAAAAAAAA =)))))

Guuuuddddddd....Besttttttttttt

                                                   
Di tangannya ada mufin pisang, disuapnya kat baby tu...

Pening arrgghh apa la mok cik cakap ni..laju benoorr

Oklah....conteng ajer laahhh

*** dapat gudi beg tau, ada buku nota, pen dan 2 sachet kolagen shaklee dari Mama Faiz aka Kak Cery, Presidential Master sudaaa....bermakna bonus bulanannya 6 angka yer..dengar-dengar menghampiri 1million...huuuhhh...fuhhh..lap peluh!!

OK best tak? BeSt ke BEST?


Monday, November 24, 2014

Minum Air Kosong Baik Untuk Tubuh Badan



Hari ini saya

akan kongsi 3 petua:

Petua #1 - Minum banyak air. Badan kita memerlukan banyak air,
justeru minum air secukupnya. Air bukan sahaja untuk mengusir toksin
dari badan, jika anda mempunyai lebih banyak air di dalam badan anda,
anda akan merasa sihat dan cergas. Ia juga akan mengelak kecenderungan
untuk makan dengan banyak, atau makan mengikut nafsu. Perkara terbaik
mengenai air ialah ia sama sekali tidak mempunyai sebarang kalori.


Petua #2 - Mulakan hari anda dengan segelas air. Sebaik sahaja anda bangun,
minum segelas air kosong (suhu bilik). Ia adalah satu cara yang baik untuk
memulakan hari anda dan selepas itu anda hanya perlu minum sedikit ketika
sarapan pagi. Segelas air mengeluarkan semua jus pencernaan dan ia seperti
pelincir dalam badan anda. Selepas sarapan, bolehlah kalau nak ambil secawan teh.

Petua #3 - Minum segelas air sebelum anda mula makan, seelok-eloknya 30 minit
sebelum. Air secara semulajadi memerlukan ruang, justeru anda terasa kenyang
tanpa perlu makan dengan banyak. 


InsyaAllah saya cuba untuk update lagi dari semasa ke semasa bekenaan minum air kosong!

Ok Drink Lots of Water yerr!!! Bagus untuk pencernaan kita

Cerita Saja-saja jerr...

Haiii..helllooo..!!

Lama tak update blog #ceritaku ni...memang kalau boleh hari-hari saya nak update tapi selalu je ada je alasan dan halangan nya. ermm...kesian kan..malam ni saya dapatla sentuh keyboard laptop pemberian suami tercinta tersayang dan segala terrr lagi.. syukur sangat anak ku dah lena dalam buaian, sebenarnya saya sangat stressfull dengan anak ni..mengempeng aje, hinggakan dalam hati..alangkah best nya kalau tugas menyusu ni boleh passing...Allahu..jauh lagi perjalanan menyusu kan anak kedua ni..hehe..ada lah dalam 4 bulan lagi genaplah budak kecik tu 2 tahun...kang tetiba coming soon pulak..haiyooo..pitam tak bangun-bangun suda..

ok..well, blog ni diadakan..(hihii) just untuk saya berkongsi suka duka, lara, segalanya lah dengan kehidupan saya sebagai suri rumah, ibu, isteri, anak dan juga hamba kepadaNYA.. moga blog ini juga mampu memberi saya semangat untuk teruskan kehidupan ini. (dengar nya macam pasrah, cam tak hepi aje..) hehee..tak lah..
saya perlukan myown territory...myown world..sometimes yer..=)

Bila dah mengadap lappy ni hilang la pulak idea-idea best untuk di tulis.. huhuu
Ok seperti biasa untuk tatapan dan kenangan anak-anak..layan foto diorang.!


Mata abang belah kanan tu cam ketumbit..haha

Nak men men...layan sajala pakai baju ni..panas pun panas la..

Mee rebus ibu buat ni sedaapp!!

P/s: Di larang mengambil apa-apa foto di dalam blog ini tanpa kebenaran admin..muahaahaa..


Saturday, November 22, 2014

Bagaimana Ingin Kekalkan Pengeluaran Susu Badan?

Bagaimana Mengekalkan Pengeluaran Susu Badan?

Tuan Puan, 

Anak saya sudah menjangkau usia 1 tahun 8 bulan bermakna sepanjang usianya saya berikan susu badan dan kadang kala dia juga diberi susu formula@susu kambing kepunyaan abang nya..sebab jelous tengok abang dapat minum botol,itu pun sekadar main2..susu ibu juga menjadi pilihannya.

Alhamdulillah, pengeluaran susu saya maintain..baju saya masih basah tapi tidaklah seteruk dulu sebelum anak saya mula makan makanan pejal hingga kan saya terpaksa kerap kali tukar baju.

Saya enjoy bf anak saya, yer..terutamanya bila fikiran saya tenang dan hanya fokuskan dia..selalunya malam, waktu nak tidur. Ketika itu lah saya dapat panjat kan rasa syukur dan rasa sangat bertuah di kurniakan susu badan yang banyak.

Tempoh penyusuan ini mungkin tak kan berjaya saya lalui jika saya langsung tak ada sokongan suami dan suplemen yang saya ambil. Ya. Suplemen! Suplemen mampu menokok tambah kan apa nutrisi yang kurang dalam badan saya. Tapi semuanya dengan izinNya jua. Apa-apa pun mintalah dari Allah swt.

Niat asal saya mengambil suplemen atau makanan tambahan adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan yang baik demi anak-anak dan keluarga tercinta. Selebihnya datang dariNya.

Sekian sharing dari saya petang ini. Semoga beroleh manfaat.


P/s: Saya ambil suplemen Shaklee, antaranya ESP, MealShakes, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard...dan ada beberapa vitamin yang kadang-kadang saya ambil bila perlu sahaja seperti Vitalea With Iron, Ostematrix, B Complex.....banyak ke sikit? hehee...bukan nya ambil hari-hari atau sekaligus..normally saya memang rajin makan Vita C, Omega dan Alfalfa..(^V^)'



Tuesday, November 18, 2014

30 Juz Al-Quran Dalam Kepala




Adik ni bernama Haikal Firdaus,

Berumur 9 Tahun dan Berasal dari negeri Johor. Kelebihan dia ialah mampu menghafaz 30Juz Al-Quran. Beliau dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, Sejak bila adik Haikal ni mula Hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin Hafal Quran?

Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal ialah... Cucu saya mula menghafal Al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain, kami tak paksa dia hafal Al-Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri,
Aktiviti Harian Dia ialah :

Bangun pada 5.00 pagi, ambil Wudhuk dan solat, lepas Solat dia baca Al-Quran satu Juz hingga masuk Waktu Subuh. Waktu pagi sekolah kebangsaan biasa dan pada waktu petang pergi ke sekolah Agama dan pada waktu petang huga dia hafal Hadis 40.
Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 Juz
Info ini saya ambil daripada : FB Pejuang Muda MasaKini
Hebat kan adik Haikal Firdaus ni.. moga adik ini menjadi salah seorang pejuang agama suatu ketika nanti. dan buat anak-anak ibu, ibu harap kamu semua mampu menjadi Al Hafiz dan Hafizah.
Hensem pulak tu..heheh

Bread Puding Atau Puding Roti Mudah dan Lazat!!!



My Bread Puding




Mornink!!!

Assalamualaikum...

Hari ini Rabu 19.11.14 Ohhh sudah 19hb, dah tak tahu berapa hari..jap tadi pergi tengok kalendar baru tau..huhuu..parah betol lah. Petang semalam saya ada buat puding roti, rasanya ini kali ke3 kot.. kali pertama semasa tinggal bersama-sama famili kakak ku di Dungun..hangus, lastly tak makan..kali ke2 buat di sini..ok boleh makan, dan my hubby kata makan dengan kuah la kan..hehe.. dan semalam saya tak buat pun sos nya, sedikit malas dan sayang telur..hihii.. so saya hanya guna susu full cream keluaran Dutch Lady. Untuk kali ini saya ada refer youtube. Just search puding roti, banyak video yang boleh kita pilih. dan resepi puding roti untuk kali ini saya ada ikut yang ini http://www.youtube.com/watch?v=yHsHxUSgl5Y sebab tak tau nak pilih yang mana, senang aje buat puding ni..mat saleh punya stail pun nampak sedap.

Ok ini resepi dari saya, saya tak totally ikut seperti video tersebut. Ada mix and match. But overall sedap dan boleh makan. Next time will try others recepi

Bahan-bahan:
 + 5 keping roti Gardenia
 + 2 sudu besar butter
 + 8 sudu besar gula perang
 + sedikit air
 + 3/4 cawan susu full cream
 + 2 biji telur ayam
 + kismis
 + sedikit esen vanila

Cara-cara:

  • Mula-mula potong roti kepada 4x4 bahagian kecil, susun kedalam bekas acuan yang telah di gris butter,
  • Panaskan pan@periuk, masukkan sedikit air kemudian gula perang, tak perlu kacau just golek2 kan pan, kemudian masukkan butter, bila butter mula mencair masukkan susu dan kacau menggunakan whisker.
  • Rendam kismis di dalam air, biarkan seketika, kemudian tapiskan..
  • Dalam bekas lain, pukul telur menggunakan whisker, dan kemudian masukkan bahan yang telah di panaskan tadi. pukul hingga berbuih-buih, kemudian masukkan sedikit esen vanilla.
  • Masukkan adunan ini kedalam bekas acuan yang berisi roti tadi. 
  • Kemudian taburkan kismis. tekap-tekap adunan roti menggunakan sudu@sudip.
  • Bakar dalam oven suhu 170 celcius selama 30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
  • Ohh yer, saya bakar ikut cara mat saleh, di mana acuan di letakkan di dalam bekas yang berisi air panas. ini mengelakkan puding hangus di permukaan bawah.

    Sebelum di bakar



Selepas di bakar


Sedap sangat makan waktu pepagi, sejuk-sejuk dari peti sejuk semalaman...
Anak saya yang adik suka, banyak makannya, but abang tak sangat dia just makan kutip makan kismis dan susu tu..hihi..walau apapun saya sangat puas hati untuk cubaan kali ke3 ni, tak taulah istilah puding roti paling sedap tu macam mana..hehe..tapi saya pernah makan puding roti di hotel Avillion Cove Port Dickson..hurmm sedap! dan chef tu buat tak lah terbakar cam saya punya ni..hehe..
insyaAllah nak try ikut video ini pula lepas ni..http://www.youtube.com/watch?v=NJ0rToBHYtQ yang ini kombinasi milk and cream..
ok try lah everyone! resepi mudah je, pasti anak-anak dan suami suka!


Selamat Mencuba!!!!

Monday, November 17, 2014

Tabung Sedekah SubuH

Bismillahirrahmanirrahiiim.

Hii...
Saya nak kongsi satu artikel yang saya dapat dari seorang rakan fb saya, beliau adalah seorang penyanyi suatu ketika dahulu...kini beliau sudah pun berhijrah, masyaAllah sangat lah muslimah. Beliau ialah Farah Asyikin Zulkifli...seingat saya ada satu lagu yang buat dia terkenal, lagu untuk salem cool planet kot..hehee..maafkan saya jikalau tersalah..hihii
sekarang dah ada anak lelaki yang hensem gitu..Owais Ebrahim nama di beri..
Ini yang dikongsi kan..iaitu Tabung Sedekah Subuh..saya dah mulakannya pada khamis lepas 14.11.14...seingat saya ada satu hari saya lupa letak..hehe..tabung saya bukanlah seperti dalam foto..yang sebenarnya, tabung saya reuse Tong ESP ajer...shaklee punyer tu...saya copy paste yer,,,


•SEDEKAH SUBUH•

Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. Masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
Bagi saya, ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di facebook, Whatsapp.

Sedekah Subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

Saya terbaca satu hadith hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan Sedekah Subuh keesokkannya.

Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Saydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. Kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

Sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
Pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan Sedekah Subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

Tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

Seorang lagi sahabat menyatakan, "Apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat". Itulah kata-katanya...

Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap, memanggil namanya IBU setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya... Tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA? Mudah sekali!

Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK dan masukkanlah tak kira berapa sen/RM ke dalam tabung Sedekah Subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

Setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung Sedekah Subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan.

Seperkara lagi sekiranya kita out station, tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung Sedekah Subuh kita.

***
Subhanallah...
Semoga hamba Allah yang berkongsi cerita ini memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Aameeen.
Jom practice sedekah Subuh! 

Sunday, November 16, 2014

Kulit Berminyak?




Haii..
entri malam ni nak bagi petua...saja je tajuk Kulit Berminyak tu.. petua ni semua jenis kulit boleh cuba buat..mana tau berseri wajah, ini pertama kali saya jumpa petua mengguna kan gula perang sebagai masker@scrub..tapi yang sebenarnya saya belum cuba lagi.. nak kena datang mood tu..hehe..
tapi buat bakal-bakal pengantin harus cuba ni, kalau malas dan ada bajet forsure pegi SPA...hehe...cam orang itew suatu ketika dahulu...BUT ada orang sponsor hokeyy!
copy&paste dari pages S-Shines Beauty Jalan Duta

Cara merawat kulit wajah dengan manfaat gula perang ( serbuk)

Cara merawat kulit wajah

Memiliki kulit wajah yang sehat merupakan dambaan setiap orang, khususnya kalangan wanita. Gangguan pada kulit wajah yang kerap terjadi adalah kulit wajah berminyak. Berbagai cara dilakukan untuk menghilangkan minyak pada kulit wajah. Sebenarnya cara merawat kulit wajah sangat mudah dan tak perlu mengeluarkan biaya yang terlalu tinggi. Kita hanya memanfaatkan bahan-bahan alami yang sudah terbukti mengandung zat dan vitamin yang berguna bagi tubuh. Salah satunya adalah gula.

Mengkonsumsi gula yang merupakan makanan yang mengandung rasa manis memang beresiko terhadap kesehatan. Para pelaku diet pun sangat menghindari mengkonsumsi makanan manis karena dapat mengganggu pola diet mereka. Dibalik fakta itu semua, sebenarnya gula memiliki manfaat lain bagi kecantikan.
Berikut Manfaat Gula Dan Cara Merawat Kulit Wajah

1. Menghaluskan kulit

Butiran gula sangat baik digunakan untuk membantu melepaskan kulit mati dari wajah. Campurkan butiran gula yang dicampur dengan madu dan jus lemon kemudian gosokkan pada wajah secara teratur. Resep ini berfungsi sebagai scrub alami bagi wajah.

2. Melembutkan kulit

Masker yang terbuat dari gula merah atau gula aren sangat membantu menjaga kelembutan dan kelenturan kulit. Campurkan tumbukan halus gula merah dengan minyak zaitun untuk membuat masker alami bagi wajah anda. Vitamin E dan Omega-3 yang terkandung pada minyak zaitun berguna untuk menghilangkan kotoran serta membuka pori-pori wajah.

3. Menyeimbangkan Minyak Pada Wajah

Kandungan asam glikolat dan alfa hidroksi yang terdapat pada gula terbukti dapat menjaga keseimbangan minyak pada kulit wajah.

4. Melindungi Wajah Dari Radikal Bebas

Manfaat lain pada gua adalah sebagai antiaging alami, Perawatan menggunakan scrub gula dapat mencegah terjadinya infeksi racun pada sel kulit wajah. Hal ini berguna untuk mencegah penuaan dini pada wajah.

Selain menggunakan gula sebagai cara merawat kulit wajah anda, membersihkan wajah minimal dua kali sehari setiap bangun tidur dan menjelang tidur, dapat membantu anda menjaga kesehatan kulit wajah. Hindarilah makanan yang mengandung lemak dan perbanyak mengkonsumsi sayuran hijau agar minyak pada kulit wajah anda dapat dikontrol dengan baik

Ayuukk apa lagi?harus di cobain!!! (^V^)

Friday, November 14, 2014

Dah Cuba Minyak Ikan?






Huuurrmm...tajuk bukan main..minyak ikan tu apa? minyak yang ada ikan yer? hihii...sebenarnya hari ni saya ada iklankan produk minyak ikan terbaik dari Shaklee. Saya iklankan di dua tempat iklan free, saja je nak test macam mana kan.. dan saya ada update info baru di sini http://kedaisuplemen.com.my/minyak-ikan-terbaik-dunia/ klik lah untuk ketahui lanjut.

Minyak ikan ni bagus jika kita sentiasa ambil, dan jadikan sebagai suplemen harian kita. Orang dewasa ambil 3 biji sehari, manakala kanak-kanak 1 biji sehari pun dah cukup. Tapi yang umur 1 tahun hingga 3 tahun pun boleh juga ambil, 1 biji selang sehari..pandai-pandai lah mak-mak bagi anak makan, ada yang picit kapsul dan di letakkan di dalam susu, dan ada juga di letakkan di dalam makanan. Satu botol minyak ikan ni boleh share untuk satu keluarga. Jadi sangat jimat dan berbaloi membelinya. Mengikut apa yang saya baca-baca kan..

Wanita hamil, sangat bagus mengambil minyak ikan bagi membantu perkembangan otak si manja,dan mencegah alahan kulit si bayi,  

Ibu yang Menyusu pula mengambilnya boleh membantu sel-sel otak si manja berhubung, perkembangan anak menjadi lebih cepat berbanding si ibu tidak mengambil apa-apa suplemen. (ni pada pandangan saya lah).

Suami yang mengambil Minyak Ikan mampu mengawal kolesterol dan darah tinggi, Isteri pula
boleh jaga kulit..moist2 gitu, nak bakar lemak..hurmmm..bestt wooo.
Para pelajar pula bila ambil minyak ikan ni untuk cergaskan minda, stabil emosi insyaAllah pencapaian tidak lah mengecewakan..hehehe...

Atok ambil Minyak ikan nak cegah bengkak sendi akibat gout, ehh,,,bukan atok pun dah ada jugak yang kena  sakit gout ni...seriau kan
Nenek ambil minyak ikan untuk bantu melicinkan sendi tulang

Kanak-kanak hyperaktif dan autisme yang ambil Minyak ikan untuk tumpuan ,fokus dan kestabilan emosi

Yang gatal kulit, alergi, ekzema ambil Minyak ikan nak dapatkan kulit yang sihat..anti radang 
Yang batuk, asthma, lelah ,bronkitis ambil MInyak ikan untuk kuatkan paru paru....eh banyaknya...ermm kan dah kata banyak manfaat Minyak ikan ni..seisi keluarga boleh ambil dan amalkan.. jadi tak rugi pun
That is why i'm taking fish oil...and i choose brand from Shaklee..sebab satu saya SID, satu lagi banyak yang review kata bagus.. nak kata mahal tu..tak lah MAK ai MAHAL nya..lagi pun produknya berkualiti. hurmm....terpulang nak pilih yang mana..pilihan di tangan anda. 
ok..bai baii...^_^

Thursday, November 13, 2014

Roti Bersalut Sosej dan Cheese, Mudah dan Sedap

Roti Sosej

Haii Selamat Petang!!

Beberapa hari lepas saya ada buat roti sosej ni, memandangkan dah lama sosej duk terperap dalam fridge, cheese pun ada bape keping lagi. Actually dah lama nak buat bendalah ni, cuma tahap kerajinan tu belum sampai lagi.

Senang jer ni, bolehlah buat snek minum petang untuk anak-anak kan..

Bahan-bahan:
 Roti Gardenia 
 Sosej
 Telur 1 biji
 Serbuk roti
 Cheese ( saya guna cheesedale)

 Cara-cara:
 Memula potong sosej kepada 3 bahagian, kemudian potong roti kepada 2 bahagian, cheese pun potong juga terpulang nak letak banyak ke sikit..pukul telur dalam 1 bekas, Dah siap potong semua kemudian bolehlah gulungkan roti dan di dalam nya jangan lupa letak sosej bersama cheese..pelekat dengan telur tadi..roti tu kita golek-golek dalam telur lepastu golek dengan serbuk roti pula.. seperti gambar. Goreng dengan minyak yang dah panas.











Ok boleh makan bersama sos cili....haaa..anak-anak suka..enciksomi pun suka...
* serbuk roti boleh beli di kedai bakery ya!

Tuesday, November 11, 2014

Sweet Baju Muslimah

Jubah Qirani


Cantik tak jubah tu?? Hurmm bagi saya yang suka simple dan selesa dah cukup cantik! Lagi-lagi jubah tu boleh nursing, iaitu menyusu. Saya memang pakai jubah yang boleh menyusu kan anak. Sekarang anak pun dah 20 bulan pun. Syukurlah sekarang dah makin banyak jubah yang ada di pasaran untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Sama ada jubah yang berbutang mahupun berzip. Senang mak nak selak-selak..hehe.

Bagi yang nak beli jubah ni boleh klik link ini http://www.sweetmuslimah.com/ekedai/baju-muslimah-qirani-q96-dongker  

Cepat-cepat beli sebab ada promosi kan habis stok gigit jari aje lah yer...

Ohh yer, kalau nak tengok lebih banyak lagi koleksi baju-baju muslimah bolehlah klik link ini
Koleksi Ukhti


Happy Shopping!!!

Monday, November 10, 2014

Sotong Plastik



Assalamualaikum And Morning!!

PAgi ni saya nak cerita pasal menu tenghari kami, tapi semalam punya..hari ni saya tak plan lagi nak masak apa, mungkin nasi goreng aje kot..haha..
Anda pernah makan sotong plastik ni? pernah beli dan masak sendiri tak? Ini adalah pertama kali dalam hidup saya, beli dan masak sendiri sotong plastik. eh betol ke nama nya ni? saya hentam aje ni..sebenarnya saya tak makan pun sotong ni, tapi saya tengok suami kadang-kadang dia makan sotong ni (kedai) terutama bila makan nasi lemak. Satu hari saya tanya dia ..'sedap ke?' erkk...saya pun cubalah ambil rasa sedikit..boleehh la tapi tak kena sangat dengan selera tekak saya ni. Kenapa beli ni? hehe..satu hari tu saya ada tertengok status kak Rose Hanim, rakan fb, kakak ni ada masak sambal,katanya nak masak sotong tipu ni lah.. terus teringin nak buat. 
Ok sotong yang seperti dalam gambar harga nya cuma RM2, dan kata peniaga tu, ini buatan orang Islam, yang ni orang biasa..(hahaa...nasib la saya tanya, apa beza) ada 2 jenis sotong..yang satu lagi tu memang nampak sangat kePlastikaaN nyer,,,yang itu bukan Islam yang buat..(maybe prosesnya) sebab saya pun tak faham dan tak arif sangat pasal sotong ni..yerla firstime..!

Saya buat sambal ajer, memang orang duk buat sambal je sedap menatang ni..hehe..
Potong panjang-panjang gitu, then potong 2 pulak..kasi kecik sikit..
Cara buat sambal nya pula, senang ajer,,,,kali ni saya hanya tumiskan bawang putih dan cili boh sahaja, bawang merah saya tak letak..kata Kak Rose Hanim kalau letak nanti warna merah nya tak berapa cantik. Oh yer hasil nya saya tak snap pic yer, hehe..kita gu dengan masak lemak putih sayur bayam bersama carrot..dan juga ayam goreng untuk heroes ibu..!


Potong Panjang Macam ni deh


Sayur Bayam Hijau


Untuk makan malam kami sekeluarga makan laksa penang..hurmm seronok tengok 3 beranak tu makan, sungguh-sungguh..alhamdullah..suami kata ok..sikit lagi..sedap lah tu kan..haha..yer la kali ke2 buat sepanjang jadi bini orang ni..stay tuned...ada lagi entri lain..saya nak berdhuha pula..;)

Kursus Dobi November 2014 Di Seri Kembangan

Hiii..
Mencuri masa sekejap ni, saya nak kongsikan dengan anda semua apa yang dah saya buat pada sabtu lepas. hurmm..dalam enam jam saya tinggalkan anak-anak dekat sang suami.. kesian yang adik tak dapat susu ibu 6 jam! Alhamdullah saya telah pergi berkursus DOBI setelah sekian lama teringin nak pergi tapi tak dapat nak join. Dari hamil anak kedua hari tu lagi nak pergi kursus dobi, tapi saya hold dulu, kemudian dalam beberapa minggu sebelum ni suami ada nyata kan pandangan..'cubalah search pasal perniagaan dobi' so dari situ saya mulalah pencarian di google berkenaan perniagaan dobi ini. Saya terjumpa website ZnZ Network, dan kebetulan tarikh kursus dalam masa terdekat tambahan pula tempat training nya berdekatan dengan rumah kami ni. Rupa nya saya selalu aje lalu di hapan bangunan tu cumanya tak perasan. Kursus nya berharga RM150 bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang. Ada bisnes plan, ada praktikal juga dan di sediakan makan minum berserta sijil penyertaan.
Semasa kursus yang saya hadiri tu ada seramai 9 orang peserta, ada yang datang berpasangan. Masing-masing belum mulakan bisnes dobi lagi. Ada seorang kakak tu, dia merupakan kontraktar binaan dan baru nak mencuba bisnes dobi..katanya dia ada mohon tender dobi di salah sebuah kolej baru di TATI Kemaman, Terengganu. Oklah tu kan,,
gambar di atas adalah owner ZnZ Network tuan Zamri Razak. Kata beliau, mempunyai 4 buah kedai dobi dan beberapa dobi layan diri (coin) di pusat pengajian sekitar KL ni..

Di bawah adalah beberapa gambar semasa praktikal dijalankan oleh Tuan Zamri di kedai dobi nya yang terletak di LP 7, Bandar Putra Permai










Di kedainya tak menyediakan perkhidmatan dry cleaning, jadi kami semua tak dapat tengok bagaimana proses dry cleaning tu..mesin nya agak mahal tau.

Bercerita pasal bisnes dobi ni, kalau anda dah ada modal ada kawasan yang strategik, jangan lengah-lengah terus kan sebab apa bisnes dobi ni dah menjadi satu keperluan terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Jangan sempitkan fikiran, dobi hanya pakaian harian aje, walhal sekarang kasut sekolah pun orang dah hantar dobi..huhu..orang katering, butik pengantin, badan beruniform pun pergi hantar kedai dobi.  

Tolong doakan saya juga boleh buka kedai dobi saya sendiri suatu hari nanti ye..para pembaca yang budiman. Hurmm...Makbulkan lah ya Allah..Ameen

Resepi Kuah Laksa Penang yang Sedap Lagi Mudah

Kuah Laksa TerSedap Abad Ini
Helloo..Assalamualaikum para pembaca budiman,
Baru ada kesempatan masuk entri kat sini..hurmm myson tu kalau tak marah tak kata apa 24hours dia akan menghadap lappy ibu dia ni..geram lah kan? setuju tak kita sebagai ibu kena marah dan naikkan pitching? muaahaahaa..ok saya nak kongsikan cam mana buat kuah laksa yang sebenarnya senang ajer tau..yang sebelum ni saya fikir..macam susah ajer buat laksa ni.. bukan susah pun nak kena ada RAJIN ajer, semua pasti akan menjadi..

Kuah laksa ni saya guna ikan sardin atau pun orang Terengganu panggil ikan layang..(sebut biar ada sabdu sikit deh)

Saya tak tahu nak anggaran berapa orang boleh makan dengan kuah ni, 

Bahan-bahan:
Ikan sardin 7 ekor saiz sedan
Bunga kantan 
Daun kesung
Belacan
Cili boh
3-4 ulas Bawang Merah yang sederhana besar
2 batang serai
3 keping asam keping
Nenas masak
beberapa ketul ikan sardin jenama Adabi
Air asam jawa

Cara-cara:

Memula kita rebus ikan sardin bersama garam dan asam keping, kemudian perisi kan ikan dan kisar. Tulang nya jangan di buang dahulu, kita kisar berasingan dan jangan lupa tapis tau!
Kemudian bakar belacan, anggaran belacan ikut suka..kemudian kisarkan bawang merah, belacan, beberapa potongan nenas, sedikit bunga kantan, sedikit daun kesung. Kisar semuanya. Satukan di dalam satu bekas bersama cili boh( cili boh saya buat sendiri, anggaran tu terpulanglah nak pedas ke tak) Gaul rata semua bahan yang dikisar tadi.
Masukkan ke dalam periuk, kacau biar mendidih seketika kemudian masukkan ikan yang dah siap di kisar tadi, (yang ni saya kisar halus dan kasar sikit).. kemudian masukkan air tulang-tulang yang dikisar tadi tapi ingat TAPIS tau..jangan pulak bawak masuk sekali dengan habuk tulang tu..hehe..
Masukkan segala macam serai, bunga kantan, daun kesung dan asam keping tu..air asam jawa jangan lupa yer..
Sebelum terlupa..last sekalai saya letak ikan sardin yang dah siap dibasuh, dibuang tulang dan dah kisar sekejap je...ofkos lah masuk air juga yer..kang kering kuah laksa uollss!!
Perasakan dengan garam gula,,kalau nak rasa sedap lagi tu aci lah letak cik aji sikiiitt ajer, kalau ada otak udang lagi sedap kot dan tak perlu dah letak cik aji rasanya.


Dah siap untuk di makan atau peram dulu makan esok..sebab kuah laksa ni makin lama makin sedap tau..

Bahan yang dikisar




Ini Bunga Kantan yer...mana yang tak pernah tengok tu..hihi..


Oh yer,,,laksa yang saya guna adalah laksa keluaran EKA.. tak pernah beli lagi laksa plastik ni,, selalu beli kat Terengganu laksa orang kampung buat sendiri. Yang ni kita kena rebus dulu tau bagi dia lembut..Laksa yang saya buat ni ikut stail mak mertua lah jugak ni..saya perati ajer bila mak mertua buat..hihiii..


Selamat Mencuba!!





Friday, November 7, 2014

Resepi Masak Kurma Tanpa Santan Yang Sangat Senang




Konflik juga sebenarnya nak masak apa yer arini? tema nya Ayam. Ok Ayam Masak Kicap lah..hurmmm hurmm....Ayam Masak Kurma lah...oK!! ayam kurma..atau pun orang Terengganu panggil ayam masok KEMOK.. hehee...senang ajer tau buat ni..saya pun main buat aje ni..jenis yang suka main letak jer.. tapi saya tengok juga lah resepi google ajer.. di sebabkan rempah kurma ADABI tak de, jadi saya guna rempah cap bunga ros (ini produk Terengganu) ada dua rempah iaitu rempah gulai dan rempah masak..rempah gulai warnanya kuning sikit, manakala rempah masak gelap.

Ini cara saya..

ayam dibersihkan dan digaul bersama rempah masak dan rempah gulai (ini pandai-pandai anggarkan) mengikut ayam yang kita buat okey
kemudian tumbuk bawang putih, halia, bawang merah
tumbuk bawang goreng (saya buat sendiri bawang goreng lagi sedap)
tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, tumis juga bawang yang ditumbuk tadi,
kemudian masukkan ayamyang digaul bersama rempah, ubi kentang yang dipotong kecil, carrot,
masukkan sedikit air, masukkan air asam jawa, terpulang banyak mana(agak-agak yer)
masukkan nisan(gula merah) sedikit, masukkan susu cair..TAPI saya takde susu cair..jadi saya guna Meal Shakes bersama sedikit air..biar kan mendidih..hias lah dengan tomato, cili..perasakan dengan garam gula, dan saya letak sedikit perahan lemon.

Nampak tak apa yang putih tu?
Haa..itu telur rebus tau..saya letak telur, sedap tau..hehe..
ehh..memang sedap lah..cubalah buat...
tak muak tau...kalau guna susu cair, ooh ye saya sarankan guna susu cap saji ok..dan perahan lemon buatkan ada rasa masakan anda lain dari yang lain...masakan kurma ni sedap di makan dengan nasi minyak..so kalau ada lebihan lauk ni bolehla buat nasi minyak,kena pulak dengan sambal belacan..waawaaahh...selera habihh reng!! ^_^v

selamat mencuba



Ibu Tak Marah Anak...Ibu Love Uols

Buah Hati Ibu..Hero Semalaya..=)



Haii..selamat malam!!

Hari ni punya entri lewat malam,,siang hari tadi tak sempat nak berdepan dengan blog ceritara ku. Sebenarnya hari ni my kids baik-baik aje, dan ibu nya pula level kebengisannya kurang sikit je dari semalam. Setiap hari seorang ibu ini meminta denganNya supaya diri nya boleh bersikap baik-baik,lemah lembut dengan anak-anak kandungnya..hurmm..saat saya menulis coretan ini, hati saya sebak dan nak nangis bila imbas kembali apa yang dah saya lalui dan saya buat kat anak-anak. Allah sedang uji ibu nya dengan kehadiran anak-anak syurga ini. Hari ini, adik HEBAT! Setelah beberapa kali dah perangai nya yang suka bukak seluar, kemudian bukak pampers nya..separa bogel gtu..dari minggu lepas lagi tabiat baru nya ini..sehari lebih 1x dia akan bukak pampers nya..today,,hal yang kita tak duga..huhu..ibu di dapur masak-masak, tetiba si adik terjaga dari tidur nya. Dia main sorang-sorang, abangnya masih lena.. ibu dah tengok adik main penyapu,, ok..tak ngapa lah,,lastly datang kat ibu ..'nak..nak..' tengok ibu makan tembikai..ibu pergi dekat..nak bagi tembikai..haa? bau busuk??..'adik ukk ukk yer?' 'mana pampers nya?' Sabar aje lah..terus masuk bilik air dan mandi..sementara tu, ibu cari pampers...oohh rupanya ada di dalam baldi merah, tempat buang pampers! mandikan adik, tangan nya berbau, di muka nya ada sedikit najis..penutup toilet bowl pun ada kesan najis juga..nak marah sangat tak jadi,,just bebel..'kenapa adik bukak pampers!!'..lepas mandikan adik,, saya mop lantai cepat-cepat..tak tau la sejauh mana tahap kesucian dan kebersihannya..muahahaa..

Kisah adik main najis ni tak terhenti di situ...petang sikit, baru saya perasan atas sofa ada kesan najis,hurmm..geram juga..terus bukak kain kusyen..ada 2 kusyen yang terkena...Magrib pula satu lagi perkara yang mengejutkan ibu...waktu ibu nak mandi, sekali angkat penutup toilet bowl..guest what?
Laahaaaiiii...anak MAk!! seketul najis dia...dan percikan di tepi-tepi..(maaf memang kotor sikit yer..) cerita ini dedikasi untuk anak kedua ibu yang OhseM lagi HenseM..Oooo baru lah ibu tahu, ini kes dia nak tiru ibu, selalu nya bila basuh erak, bila bukak pampers kalau najis nya keras dan seketul gitu memang ibu buang terus dalam lubang toilet!..oohhh...he learn from me maa!! kahkah..bertuah nya anak ibu niii..hehee...

Suami balik, apa lagi cerita la kan..dia biasa jer..begitulah orang lelaki..entah saya tak tahu nak tulis apa pasal lelaki aka suami sendiri....biarlah rahsia..hehe
Anak-anak ibu,,sehari nak tau berapa kali ibu menyapu dalam rumah ni?hari ni saja 3x,,belum masuk lagi malam ni..itu takde mainan..(dah sembunyi) kalau ada LEGO lagiii perit kot...kesian juga anak-anak sebab takde benda yang diorang nak main..kadang-kadang ibu sekat sel-sel otak kamu! Tapi ibu percaya anak-anak ibu semuanya pandai, sebab diorang ni ada je benda buat main. Senyap-senyap main dalam bilik belakang,,ohh NO NO NO...main stok vitamin Shaklee ibu!!!..sib baik tak bukak kertas penutup tu...abang timbang vitamin rupanya...hehe..so cam biasa ayat ibu..'takleh main barang ibu ni..ibu nak jual..' 
Ok itu satu hal main..satu hal lagi..anak-anak saya ni kuat makan..suka makan..mulut takleh duk diam..memang nak maaakkkaannn jer..terutamanya yang abang. Lepas makan nasi, cari makan lagi...dan lagi..bila makan, bersepah lah..kadang tu tumpah, yang adik pulak makan sikit buat main nya banyak. Membazir, membazir..membazir....
Jadi dalam sehari tu saya rasa sangat banyak perkataan-perkataan yang tak sedap di dengar yang keluar dari mulut seorang ibu...saya tahu, saya yang salah...ibu yang tak reti nak kawal diri..padahal budak-budak memang akan ada je kesalahan diorang,,seorang ibu kenalah bawak bersabar dan bijak. Sangat stress. Kadang kala saya nak sangat duduk seorang diri tanpa mendengar suara, tangisan anak-anak. Sebab nya saya tak suka keadaan yang bising-bising, banyak gangguan...memanglah tugas saya seorang ibu, suri rumah memang patut berhadapan hari-hari dengan kerenah anak-anak..tapi saya juga perlukan masa menyendiri...hehe...ini bukan bermakna ibu tak sayang,tak suka anak-anak ibu tau...bukan,,kamu semua amat bermakna dalam hidup ku okey..
Bila tengok anak-anak tidur, ibu rasa bersalah amat.. sampai terfikir, agak-agak apa yang ibu buat terpahat dalam ingatan dia ke tak? nanti besar dia ingat lagi tak? nanti dia akan ikut ibu ke? macam-macam persoalan....
ibu doakan anak-anak ibu semuanya menjadi...dan al hafiz..tak kisah lah apa pekerjaan mu asalkan kerja itu memberi manfaat kepada orang lain. 

Ini kisah saya dan anak-anak tercinta....menjadi seorang ibu, dan membesarkan anak-anak memerlukan kesabaran yang tinggi..heheww..terkadang daku menangis sorang-sorang kerana penat..ok lah sampai di sini dulu coretan malam ini..assalamualaikum,,nitee uols!