Bagaimana Mengekalkan Pengeluaran Susu Badan?
Tuan Puan,
Anak saya sudah menjangkau usia 1 tahun 8 bulan bermakna sepanjang usianya saya berikan susu badan dan kadang kala dia juga diberi susu formula@susu kambing kepunyaan abang nya..sebab jelous tengok abang dapat minum botol,itu pun sekadar main2..susu ibu juga menjadi pilihannya.
Alhamdulillah, pengeluaran susu saya maintain..baju saya masih basah tapi tidaklah seteruk dulu sebelum anak saya mula makan makanan pejal hingga kan saya terpaksa kerap kali tukar baju.
Saya enjoy bf anak saya, yer..terutamanya bila fikiran saya tenang dan hanya fokuskan dia..selalunya malam, waktu nak tidur. Ketika itu lah saya dapat panjat kan rasa syukur dan rasa sangat bertuah di kurniakan susu badan yang banyak.
Tempoh penyusuan ini mungkin tak kan berjaya saya lalui jika saya langsung tak ada sokongan suami dan suplemen yang saya ambil. Ya. Suplemen! Suplemen mampu menokok tambah kan apa nutrisi yang kurang dalam badan saya. Tapi semuanya dengan izinNya jua. Apa-apa pun mintalah dari Allah swt.
Niat asal saya mengambil suplemen atau makanan tambahan adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan yang baik demi anak-anak dan keluarga tercinta. Selebihnya datang dariNya.
Sekian sharing dari saya petang ini. Semoga beroleh manfaat.
P/s: Saya ambil suplemen Shaklee, antaranya ESP, MealShakes, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard...dan ada beberapa vitamin yang kadang-kadang saya ambil bila perlu sahaja seperti Vitalea With Iron, Ostematrix, B Complex.....banyak ke sikit? hehee...bukan nya ambil hari-hari atau sekaligus..normally saya memang rajin makan Vita C, Omega dan Alfalfa..(^V^)'
Ini cerita saya....sekadar berkongsi kisah hidup untuk tatapan diri sendiri,anak-anak dan keluarga..semoga apa yang dikongsikan juga mampu memberi manfaat kepada semua pembaca.
Showing posts with label Dari Dapur Markonah. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur Markonah. Show all posts
Saturday, November 22, 2014
Tuesday, November 18, 2014
Bread Puding Atau Puding Roti Mudah dan Lazat!!!
My Bread Puding
Mornink!!!
Assalamualaikum...
Hari ini Rabu 19.11.14 Ohhh sudah 19hb, dah tak tahu berapa hari..jap tadi pergi tengok kalendar baru tau..huhuu..parah betol lah. Petang semalam saya ada buat puding roti, rasanya ini kali ke3 kot.. kali pertama semasa tinggal bersama-sama famili kakak ku di Dungun..hangus, lastly tak makan..kali ke2 buat di sini..ok boleh makan, dan my hubby kata makan dengan kuah la kan..hehe.. dan semalam saya tak buat pun sos nya, sedikit malas dan sayang telur..hihii.. so saya hanya guna susu full cream keluaran Dutch Lady. Untuk kali ini saya ada refer youtube. Just search puding roti, banyak video yang boleh kita pilih. dan resepi puding roti untuk kali ini saya ada ikut yang ini http://www.youtube.com/watch?v=yHsHxUSgl5Y sebab tak tau nak pilih yang mana, senang aje buat puding ni..mat saleh punya stail pun nampak sedap.
Ok ini resepi dari saya, saya tak totally ikut seperti video tersebut. Ada mix and match. But overall sedap dan boleh makan. Next time will try others recepi
Bahan-bahan:
+ 5 keping roti Gardenia
+ 2 sudu besar butter
+ 8 sudu besar gula perang
+ sedikit air
+ 3/4 cawan susu full cream
+ 2 biji telur ayam
+ kismis
+ sedikit esen vanila
Cara-cara:
- Mula-mula potong roti kepada 4x4 bahagian kecil, susun kedalam bekas acuan yang telah di gris butter,
- Panaskan pan@periuk, masukkan sedikit air kemudian gula perang, tak perlu kacau just golek2 kan pan, kemudian masukkan butter, bila butter mula mencair masukkan susu dan kacau menggunakan whisker.
- Rendam kismis di dalam air, biarkan seketika, kemudian tapiskan..
- Dalam bekas lain, pukul telur menggunakan whisker, dan kemudian masukkan bahan yang telah di panaskan tadi. pukul hingga berbuih-buih, kemudian masukkan sedikit esen vanilla.
- Masukkan adunan ini kedalam bekas acuan yang berisi roti tadi.
- Kemudian taburkan kismis. tekap-tekap adunan roti menggunakan sudu@sudip.
- Bakar dalam oven suhu 170 celcius selama 30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
- Ohh yer, saya bakar ikut cara mat saleh, di mana acuan di letakkan di dalam bekas yang berisi air panas. ini mengelakkan puding hangus di permukaan bawah.
Sebelum di bakar
Selepas di bakar
Sedap sangat makan waktu pepagi, sejuk-sejuk dari peti sejuk semalaman...
Anak saya yang adik suka, banyak makannya, but abang tak sangat dia just makan kutip makan kismis dan susu tu..hihi..walau apapun saya sangat puas hati untuk cubaan kali ke3 ni, tak taulah istilah puding roti paling sedap tu macam mana..hehe..tapi saya pernah makan puding roti di hotel Avillion Cove Port Dickson..hurmm sedap! dan chef tu buat tak lah terbakar cam saya punya ni..hehe..
insyaAllah nak try ikut video ini pula lepas ni..http://www.youtube.com/watch?v=NJ0rToBHYtQ yang ini kombinasi milk and cream..
ok try lah everyone! resepi mudah je, pasti anak-anak dan suami suka!
Selamat Mencuba!!!!
Thursday, November 13, 2014
Roti Bersalut Sosej dan Cheese, Mudah dan Sedap
![]() |
| Roti Sosej |
Haii Selamat Petang!!
Beberapa hari lepas saya ada buat roti sosej ni, memandangkan dah lama sosej duk terperap dalam fridge, cheese pun ada bape keping lagi. Actually dah lama nak buat bendalah ni, cuma tahap kerajinan tu belum sampai lagi.
Senang jer ni, bolehlah buat snek minum petang untuk anak-anak kan..
Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Sosej
Telur 1 biji
Serbuk roti
Cheese ( saya guna cheesedale)
Cara-cara:
Memula potong sosej kepada 3 bahagian, kemudian potong roti kepada 2 bahagian, cheese pun potong juga terpulang nak letak banyak ke sikit..pukul telur dalam 1 bekas, Dah siap potong semua kemudian bolehlah gulungkan roti dan di dalam nya jangan lupa letak sosej bersama cheese..pelekat dengan telur tadi..roti tu kita golek-golek dalam telur lepastu golek dengan serbuk roti pula.. seperti gambar. Goreng dengan minyak yang dah panas.
Ok boleh makan bersama sos cili....haaa..anak-anak suka..enciksomi pun suka...
* serbuk roti boleh beli di kedai bakery ya!
Monday, November 10, 2014
Sotong Plastik
Assalamualaikum And Morning!!
PAgi ni saya nak cerita pasal menu tenghari kami, tapi semalam punya..hari ni saya tak plan lagi nak masak apa, mungkin nasi goreng aje kot..haha..
Anda pernah makan sotong plastik ni? pernah beli dan masak sendiri tak? Ini adalah pertama kali dalam hidup saya, beli dan masak sendiri sotong plastik. eh betol ke nama nya ni? saya hentam aje ni..sebenarnya saya tak makan pun sotong ni, tapi saya tengok suami kadang-kadang dia makan sotong ni (kedai) terutama bila makan nasi lemak. Satu hari saya tanya dia ..'sedap ke?' erkk...saya pun cubalah ambil rasa sedikit..boleehh la tapi tak kena sangat dengan selera tekak saya ni. Kenapa beli ni? hehe..satu hari tu saya ada tertengok status kak Rose Hanim, rakan fb, kakak ni ada masak sambal,katanya nak masak sotong tipu ni lah.. terus teringin nak buat.
Ok sotong yang seperti dalam gambar harga nya cuma RM2, dan kata peniaga tu, ini buatan orang Islam, yang ni orang biasa..(hahaa...nasib la saya tanya, apa beza) ada 2 jenis sotong..yang satu lagi tu memang nampak sangat kePlastikaaN nyer,,,yang itu bukan Islam yang buat..(maybe prosesnya) sebab saya pun tak faham dan tak arif sangat pasal sotong ni..yerla firstime..!
Saya buat sambal ajer, memang orang duk buat sambal je sedap menatang ni..hehe..
Potong panjang-panjang gitu, then potong 2 pulak..kasi kecik sikit..
Cara buat sambal nya pula, senang ajer,,,,kali ni saya hanya tumiskan bawang putih dan cili boh sahaja, bawang merah saya tak letak..kata Kak Rose Hanim kalau letak nanti warna merah nya tak berapa cantik. Oh yer hasil nya saya tak snap pic yer, hehe..kita gu dengan masak lemak putih sayur bayam bersama carrot..dan juga ayam goreng untuk heroes ibu..!
![]() |
| Potong Panjang Macam ni deh |
![]() |
| Sayur Bayam Hijau |
Resepi Kuah Laksa Penang yang Sedap Lagi Mudah
![]() |
| Kuah Laksa TerSedap Abad Ini |
Helloo..Assalamualaikum para pembaca budiman,
Baru ada kesempatan masuk entri kat sini..hurmm myson tu kalau tak marah tak kata apa 24hours dia akan menghadap lappy ibu dia ni..geram lah kan? setuju tak kita sebagai ibu kena marah dan naikkan pitching? muaahaahaa..ok saya nak kongsikan cam mana buat kuah laksa yang sebenarnya senang ajer tau..yang sebelum ni saya fikir..macam susah ajer buat laksa ni.. bukan susah pun nak kena ada RAJIN ajer, semua pasti akan menjadi..
Kuah laksa ni saya guna ikan sardin atau pun orang Terengganu panggil ikan layang..(sebut biar ada sabdu sikit deh)
Saya tak tahu nak anggaran berapa orang boleh makan dengan kuah ni,
Bahan-bahan:
Ikan sardin 7 ekor saiz sedan
Bunga kantan
Daun kesung
Belacan
Cili boh
3-4 ulas Bawang Merah yang sederhana besar
2 batang serai
3 keping asam keping
Nenas masak
beberapa ketul ikan sardin jenama Adabi
Air asam jawa
Cara-cara:
Memula kita rebus ikan sardin bersama garam dan asam keping, kemudian perisi kan ikan dan kisar. Tulang nya jangan di buang dahulu, kita kisar berasingan dan jangan lupa tapis tau!
Kemudian bakar belacan, anggaran belacan ikut suka..kemudian kisarkan bawang merah, belacan, beberapa potongan nenas, sedikit bunga kantan, sedikit daun kesung. Kisar semuanya. Satukan di dalam satu bekas bersama cili boh( cili boh saya buat sendiri, anggaran tu terpulanglah nak pedas ke tak) Gaul rata semua bahan yang dikisar tadi.
Masukkan ke dalam periuk, kacau biar mendidih seketika kemudian masukkan ikan yang dah siap di kisar tadi, (yang ni saya kisar halus dan kasar sikit).. kemudian masukkan air tulang-tulang yang dikisar tadi tapi ingat TAPIS tau..jangan pulak bawak masuk sekali dengan habuk tulang tu..hehe..
Masukkan segala macam serai, bunga kantan, daun kesung dan asam keping tu..air asam jawa jangan lupa yer..
Sebelum terlupa..last sekalai saya letak ikan sardin yang dah siap dibasuh, dibuang tulang dan dah kisar sekejap je...ofkos lah masuk air juga yer..kang kering kuah laksa uollss!!
Perasakan dengan garam gula,,kalau nak rasa sedap lagi tu aci lah letak cik aji sikiiitt ajer, kalau ada otak udang lagi sedap kot dan tak perlu dah letak cik aji rasanya.
Dah siap untuk di makan atau peram dulu makan esok..sebab kuah laksa ni makin lama makin sedap tau..
Ini Bunga Kantan yer...mana yang tak pernah tengok tu..hihi..
Oh yer,,,laksa yang saya guna adalah laksa keluaran EKA.. tak pernah beli lagi laksa plastik ni,, selalu beli kat Terengganu laksa orang kampung buat sendiri. Yang ni kita kena rebus dulu tau bagi dia lembut..Laksa yang saya buat ni ikut stail mak mertua lah jugak ni..saya perati ajer bila mak mertua buat..hihiii..
Selamat Mencuba!!
Friday, November 7, 2014
Resepi Masak Kurma Tanpa Santan Yang Sangat Senang
Konflik juga sebenarnya nak masak apa yer arini? tema nya Ayam. Ok Ayam Masak Kicap lah..hurmmm hurmm....Ayam Masak Kurma lah...oK!! ayam kurma..atau pun orang Terengganu panggil ayam masok KEMOK.. hehee...senang ajer tau buat ni..saya pun main buat aje ni..jenis yang suka main letak jer.. tapi saya tengok juga lah resepi google ajer.. di sebabkan rempah kurma ADABI tak de, jadi saya guna rempah cap bunga ros (ini produk Terengganu) ada dua rempah iaitu rempah gulai dan rempah masak..rempah gulai warnanya kuning sikit, manakala rempah masak gelap.
Ini cara saya..
ayam dibersihkan dan digaul bersama rempah masak dan rempah gulai (ini pandai-pandai anggarkan) mengikut ayam yang kita buat okey
kemudian tumbuk bawang putih, halia, bawang merah
tumbuk bawang goreng (saya buat sendiri bawang goreng lagi sedap)
tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, tumis juga bawang yang ditumbuk tadi,
kemudian masukkan ayamyang digaul bersama rempah, ubi kentang yang dipotong kecil, carrot,
masukkan sedikit air, masukkan air asam jawa, terpulang banyak mana(agak-agak yer)
masukkan nisan(gula merah) sedikit, masukkan susu cair..TAPI saya takde susu cair..jadi saya guna Meal Shakes bersama sedikit air..biar kan mendidih..hias lah dengan tomato, cili..perasakan dengan garam gula, dan saya letak sedikit perahan lemon.
Nampak tak apa yang putih tu?
Haa..itu telur rebus tau..saya letak telur, sedap tau..hehe..
ehh..memang sedap lah..cubalah buat...
tak muak tau...kalau guna susu cair, ooh ye saya sarankan guna susu cap saji ok..dan perahan lemon buatkan ada rasa masakan anda lain dari yang lain...masakan kurma ni sedap di makan dengan nasi minyak..so kalau ada lebihan lauk ni bolehla buat nasi minyak,kena pulak dengan sambal belacan..waawaaahh...selera habihh reng!! ^_^v
selamat mencuba
Saturday, November 1, 2014
Fenomena Cok Kembong
![]() |
| Inilah Cok Kembong, mulat-mulat seperti tanganku..ekeke.. |
hellooo...
Ini cerita malam tadi, kami sekeluarga takde makan -makan malam..(maksudnya tak makan nasi) hehe..suami okey aje, sebab di sebelah petang tu kami pekena laksa penang di warong tepi jalan berhampiran rumah kami. Sedap laksa tu, tempat pun ok, strategi dan tak kotor sangat seperti sesetengah warong di tepi jalan. tapi sayang, takde pelayan, lepastu menu hanya satu itu aje, dan ada cendol mahupun ABC, opss ada satu gerai lagi tu coconut shake dan juga jagung manis. ok lah yang tu kan.. sebenarnya kami nak makan rojak, ini kali kedua kami ke sini, teringat masa kali pertama tu ada menu rojak tu pasal kami pergi lagi.hehe.. Ok lokasi nya berdekatan Caltex Kota Perdana, Bandar Putra Permai.
Berbalik kepada foto di atas..ececehh..hahaa...cantik tak saya ambil gambar Cok Kembong tu?? Sebenarnya malam tadi ada perlawanan bola sepak Piala Malaysia, JDT vs Pahang..
Pahang Menang yer..dengan penalti 5-3..hihii...sebenarnya saya tak tengok pun pada awal perlawanan tu, tapi di sebabkan suami pesan tolong tengok, dia dah mengantuk sangattt...okla kita pun tengokla jugak..hehe..ehh,,malam tadi makan apa? kata tak makan nasi kan..aahh laa..huhuu..anak-anak makan laksa yang kami tapai kat warong tadi..senang ibu dia tak yah masak, sambil suami layan bola tu...(tengok kot laptop..Tv takde kan..) isteri nya ni pun ke dapur buat cok kembong ni..sebenarnya saya tengok kat fb friendlist, Kak Juliati Homemade Bake House dan juga Blogger Kak Azlita Masam Manis...Kalau ikut kak ju, caranya camni yer
+ 3 cawan tepung gandum
+ 3 cawan air panas didih
+ 1/2 tin susu pekat
+ sedikit garam
Mudah bukan? Saya just buat 1 cawan tepung gandum dan susu pekat tu saya letak dalam 3 sudu, nak bagi ada khasiat sikit saya letak 1 sudu Meal Shakes Shaklee..memang sedap lah cucur ni..
Anda juga boleh letak ikan bilis, jagung dan lain-lain lagi..
Selamat Mencuba!!
Sunday, October 26, 2014
Petua Hilangkan Bau Mesin Blender Anda
![]() |
| My blender-Panasonic |
Haii...assalamualaikum...hari ni terpanggil untuk berkongsi satu tip yang saya selalu buat bila di dapur. Asalnya tak tahu macam mana nak bagi hilangkan bau mesin pengisar ni, ye lah ada satu aje bekas nya tu,eh..silap saya ada dua bekas pengisar nya tu tapi simpan dalam stor..guna satu aje lah..yang itu lah guna untuk mesin bawang, buah dan segala macam lagi. Mau nya tak berbau kan? satu hari tu saya masukkan cecair Hand Dish Wash dari Shaklee kemudian saya kisarkan. Tengok tu berbuih-buih kann...sebelum ni saya hanya basuh guna span cuci pinggan ala macam biasa la. tapi still ada bau lagi. Selepas buat cara macam ni dah takde bau-bau..jadi tak lah risau sangat kalau sebelum tu saya kisar bawang,,then guna tuk kisar buah pulak..hehee..so anda bolehlah cuba letak apa-apa sabun cucian yang anda guna di rumah, Seperti saya,,guna sabun cuci pinggan dari Shaklee. Best sabun nya halus di tangan, buih pun banyak, dan yang penting selamat. Harga pun berbaloi lah sebab tahan lama.
![]() |
| Hand Dish Wash |
Saya copy&paste dari web shaklee yea apa yang bagusnya produk ini
The Shaklee Difference
Safe
- Nontoxic
- Hypoallergenic
- No chlorine
- Mild on your hands
- pH balanced
- No hazardous chemicals
- Powerful
Powerful
- Tough on grease
- Concentrated — wash more dishes with less
- Long-lasting suds
- Green
- Green
- Natural, sustainably sourced ingredients — derived from corn and coconuts
- Biodegradable
- No phosphates
- No dyes
- Recyclable packaging
- Safe for septic systems and gray water
Kalau anda berminat nak cuba Hand Dish Wash ni boleh klik link ni...boleh bagi hadiah buat orang tersayang...beli lah lebih dari satu anda pasti tak kan menyesal,,,heheheee
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=17a5521f02c96ba003e028f278e3ab15
Salam Sayang
Resepi Kek Pisang
![]() |
| Kek Pisang |
Assalamualaikum wbt...........haii...apa khabar? Malam tadi kami sekeluarga tak makan nasi, just makan pengat keladi dan juga kek pisang. Sebenarnya dah lama nak buat kek pisang ni tapi ada aje alasannya..hehe. Ni pisang yang dari kampung tempoh hari. Nama pisang ni pisang putor, memang manis dan sedap di buat jeput... ada banyak lagi pisang, saya dah frozen kan pun. ermm...nanti boleh buat apam pisang pula. haaiissh banyak benar pisang yang mak kirim kali ni. hihii
ok untuk resepi kek pisang ni saya rujuk dari blog Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com/2012/11/kek-pisang-cepat-siap.html dan saya buat olahan sikit-sikit memandangkan stok telur hanya tinggal sebiji aje lagi..hahaa.
Ini Resepi Saya...
+ Pisang Putor 6 biji
+ 1 Biji Telur
+ 1 sudu kecil Ovarlate
+ 10 sudu besar Gula Perang
+ Secubit Garam
+ 1 sudu besar Soda Bikarbonat (ayak)
+ 1 1/2 cawan Tepung Gandum Bakers Choice (ayak)
+ 1/2 cawan Minyak Masak
Cara-caranya.....
Blend semua pisang, telur, ovalate, gula perang dan garam. Kemudian tuangkan bancuhan tadi ke dalam bekas, kacau rata, masukkan soda bikarbonat dan tepung gandum sedikit demi sedikit. kemudian minyak masak,,,gaul rata dengan menggunakan sudip, kemudian gunakan whisker supaya bancuhan lebih rata.
Masukkan ke dalam acuan pilihan..bakar 170 celcius selama 40 minit,,yang ni bergantung juga kepada oven yang anda guna..biar kan sejuk seketika okeyy..
Kek Pisang ni makin lama makin sedap makan tau...hehe..
ternyata sedaplah kek saya kali ni..tak sangka juga..sebabnya saya dah banyak ubah-ubah terutamanya gula dan juga telur,,main agak-agak. bolehlah untuk anak-anak makan..hihii..
Kat sini saya paste kan yang CMG punye untuk rujukan kemudian hari..(=..=)
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
- Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
- Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..
![]() |
| Lebihan Adunan Letak dalam cawan ni...jadilah seperti muffin..ngeeehhh |
Monday, October 20, 2014
Roti Arab
FB: Jom Belajar Memasak
Blog: www.koleksiresepi.net
Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (boleh kurangkan jika tak suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air (jika perlu)
Minyak utk menggoreng
Cara-cara
1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata,ketepikan.
2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur.
3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja.
4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti (breadcrumb )
5. Jika perlu, tambahkn air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat kat tangan dan menjadi doh
6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu. Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
7. Seterusnya, bahagikan doh pd 12 bhgian bulat yg kecil.
8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap.
9. siap utk digoreng, goreng sebiji sebiji ok.
★Tips menggoreng :
- gunakan api yg kecil / sederhana .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni tak mengelembong / naik kembong.
-Semasa menggoreng hendaklah disimbah-simbahkan minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembung baru lah diterbalikkan ...
Selamat Mencuba!!!
Saya Pasti Akan Cuba ...T.T
Mari Buat Tapai
Tapai Daun Getah
Elloo...ni nak citer bab masak memasak lagi...sementara 2 beradik ni tengah lena di ulit mimpi. huuhh..Pukul 5.30 si abang baru tidur itu pun setelah ibu marah main-main kat luar, marah abang kunci pintu gril biar kan adik di luar...adik pulak menangis sambil golek-golek atas lantai!!
Kena marah jugak yang adik ni sebab main tak hinggat oii,,,comot tangan, itam habis..itu dah mandi pergi main lagi. Macam duk kampung dah anak-anakku ini.
Ok, saya nak citer camna boleh terbuat TAPAI ni??
Alkisah nya hari tu raya aidiladha kami beraya di Terengganu rumah mak ayah saya lah..tokki& mok wer..mymom buat tapai, tapi buat lewat sehari bermakna takleh makan masa hari raya tu..(ahad)..dek kerana dia lupa nak cari daun getah,..jadi hari tu saya sempatlah belajar camna nak buat tapai. Tengok la mak buat. Tapi mak buat banyak, rasanya 2 kilo beras pulut kot..sempat juga tolong bungkuskan bersama adik beradik yang lain. Tapai ni ambil masa 2 malam untuk benar-benar masak ranum..hehee...manis yang amat. SEDAP!!
Kami balik KL hari Isnin, hari raya kedua..mak dah siap-siap packing tapai untuk anak-anaknya yang lain..(ada 2 orang lagi kakak ku yang ada di KL ni) so masing-masing dapat bahagiannya. Fuhh,, bukan hanya tapai tau.. ada lagi,,dokong, rambutan dan tak ketinggalan pisang hasil tanaman mak. hehe..penuh bonet kereta kami...agaknya lagi besar kereta kami lagi banyak barangan dari kampung dimuat nya..hadoiii...cam gitu lah orang tua kami. Alhamdulillah atas kurniaan nikmat hasil berbudi pada tanah.
Nak tau tak macam mana buat tapai?? Ohhh senang aje rupanya..hehe.. sebelum tu saya dah siap-siap beli ragi di kampung..murahnya ragi tu 3 ketul 90sen sahaja! beli di kedai runcit yang femes lagi maju..Kedai Runcit Sattar...itu yang kami panggil lah...nama betul kedai tu saya tak pasti lah pulak..berdekatan dengan kedai hardware abang dan kakak sulong ku.
Daun getah dan lidi pun saya ambil yang baki mak buat hari tu...cuma beras pulut aje saya tak beli sebabnya dah sedia ada...selalu saya beli 2 kilo beras pulut..(memang suka)
Cara-caranya:
1. Beras Pulut di basuh dan di toskan untuk beberapa ketika
2. Kemudian kukus beras itu, selalu cek beras..jika dah nampak bergembur boleh angkat dan tuangkan ke dalam bekas.
3. Ambil 1-2 cawan air dan tuangkan ke atas beras sedikit demi sedikit, guna sodep untuk balik-balik kan beras itu.
4. Biarkan seketika, 5 minit mungkin, kemudian kukus semula.
5. Perhatikan beras, ambil sedikit dan rasa.(masak atau belum). Jika sudah..tutup api, kemudian tuangkan beras ke dalam dulang..dan ratakan nasi itu.
6. Untuk Ragi, penyek-penyekkan ragi di dalam tapis air supaya menjadi seperti serbuk. Kemudian lalukan di atas nasi tadi. Lalu kesemua bahagian atas...
7. Ambil sodep, balik kan nasi itu, lalukan serbuk ragi tadi ke bahagian yang telah di balikkan.Supaya semua bahagian nasi terkena serbuk ragi.
8. Ambil 1-2 sudu gula dan taburkan ke permukaan nasi, balik-balikkan nasi itu.
9. Sekarang anda boleh lah masukkan nasi ke dalam daun getah@ apa sahaja acuan tapai mengikut kesukaan hati anda. Menggunakan sudu,,bukan guna tangan jari tau! Tutup daun menggunakan lidi.
10. Susun atur cantik-cantik di dalam bekas simpanan, jika ada lebihan daun getah tadi boleh buat pelapik dan juga penutup. Dan simpan tapai di tempat yang tersembunyi, biasanya orang-orang tua suka selimutkan dengan kain batik..
tapi saya tutp aje dengan penutup bekas plastik..simpan tinggi..kan anak ambik pulakss
![]() |
| Ini saya isi dalam tapperware, sebab dah habis daunnya...makan dengan sudu, sejuk-sejuk...yammyyy |
Yang ni saya buat 2 cawan beras pulut, banyak jugak dapat nya..pergghhh sedap weiiyy..tak tipu..tapi yang mak punya lagi sedap kot..hehe..suami kata lain sikit rasanyer..haha...memang ler..tu dia mintak buat guna daun pisang..makk aaii mana nak cari daun pisang tengah malam-malam. Saya buat ni masa anak-anak tak tidur lagi..nasib baik diorang ok tak lah mengacau tahap serius..kalau tak seterehh mak! Tapai ni sedap sangat kalau kita letak dalam peti sejuk..makan tak nak berhenti tauu!!
Jadi lepas ni saya boleh ambik tempahan tapai pulut!!! ,mai mai sape nak ?? hehe..
huhuuu...mohon maaf lah...ada ke yang nak tempah?menakutkan!!..saya masak memasak ni just untuk famili, takde lah nak berjual beli...Jemput datang rumah kalau nak rasa, tapi kenalah bagitahu awal-awal..seminggu awal dari masa nya..sebab tapai ni ambil masa 2 malam untuk diperam masak.
Selamat Mencuba!!
Cucur Nasi
![]() |
| Cucur Nasi@ Jeput Nasi |
Ini resepi nya...ini cara saya, maybe anda pun boleh buat ikut citarasa sendiri
- blend nasi bersama sedikit air
- kemudian air garam,gula
- masukkan daun bawang
- sedikit parutan ubi kentang
- tepung gandum
Mudah sahaja...gaulkan semua..jangan terlalu cair yer nanti tak sedap..
Goreng dalam minyak yang banyak dan panas...So dah siap bolehlah makan dengan anak-anak, jadi kenyang jugaklah jeput ni sebab dari nasi kan..hehe.
![]() |
| Ranggup tau..berbanding jeput bawang.. Selamat Mencuba!! |
Friday, October 17, 2014
Lunch Apa Wehh??
![]() |
| Tuudiaaaa... |
![]() |
| Sup Ayam |
![]() |
| Sotong Goreng Kunyit Bersama Kacang Panjang |
Haaa...ni lah yang saya sempat masak pagi tadi sebelum amik anak sulong dari tadika...kiranya tadi memang masak ekspress jugaklah..masak awal hari ni sebabnya kelmarin kami 3 beranak ni tak makan nasi pun dari pagi sampai malam. Tu la akibatnya bila mak diorang mai angin M***S....oppss bukan langsung tak masak tau..masak..hisshh mana boleh tak masak,,nanti apa anak-anak nak makan,,tak kan makan jajan dari bangun pagi sampai ke malam? hehee.. semalam saya buat kueh tiew sebungkus siap. biasanya saya buat half aje.. so kami makan sama-sama lepas amik abang.. petang tu pulak saya buat cucur udang dan goreng kepok keping Tganu...of coz bersama air,,air kopi o..hehe..anak-anak boleh minum kopi,,lagi suka kopi o dari teh o diorang ni...memang mengikut sungguh apa yang ibu dan abi nya suka minum.hihii..
Ohh yer..malam tu pulak, saya just panaskan kueh tiew goreng yang masih berbaki dalam masa yang sama sempat lah jugak goreng pisang nangka yang amik dari kampung temph hari. aiisseyy belum habis-habis lagi tauu...sedih tengok sebabnya banyak..itu pun saya dah bagi kat jiran-jiran sebelah rumah..jiran yang jauh pun saya dah bagi,,hehe..ni jiran-jiran yang baik dengan saya lah, yang pernah bagi pape kat kami sekeluarga.syukur,,alhamdulillah ada juga jiran yang kita baik dan boleh jalin hubungan silaturrahim kan..kanngg..
Makan-makan kami bukan setakat tu aje tau...oleh kerana suami belum balik lagi dari kerja nya, saya pun memang dah berhajat pun sebelum-sebelum ni nak beli roti dari mamak si penjual roti..(pong pong tu)....'Ibu nak beli roti ni...' Haaa?? Nak roti nak rotii!!' gitulah perbualan antara saya dan anak-anak... yang kecik tu pun faham tau..hehe..excited bukan main lagi diorang ni..
Pintu grill dah di buka,,nak tunggu uncle roti laa...sambil-sambil anak-anak main kat luar jap, saya sempat menyapu dalam rumah..hekhee..hari tu tak sempat menyapu..sambil-sambil tengok gelagat anak dan saya sempat rakam satu gambar depa dua beradik..
Siblings
Hehe...bagus abang ni..pakaikan kasut tuk adiknya,,punya lah lama depa duk pisah pakai kasut..sekali saya pegi tengok, patutla susah abang nak masukkan kaki adik,,dah salah masuk..kiri ke kaki kanan..hahaha...kesalahan biasa budak-budak gini..
Pong Ponggg!!! roti dah lalu dekat rumah kami, kebetulan jiran pun ada nak membeli jugak..hehe..seronok bukan main anak-anak ni..biasalah budak-budak suka sangat, ye lah seminggu saya tak bawak pegi kedai sebab nya suami kena kerja luar kawasan..kehkehhh..so kami takleh nak langkah panjang...naik motor aje lah..=)
Ni lah yang nak sangat tu....dapat jajan sorang satu takpe lah..
kalau ikut diorang ni malam tu gak habis jajan ni,,memula simpan satu..eh eh pegi amik makan lagi..tak berhenti makan..sekali ibu angkat suara ni,,,amik simpan dalam fridge..haha...Makan Esokk!!..
p/s: Anak-anak saya so far alhamdulillah tiada masalah makan nasi..sentiasa berselera..tadi pun makan sampai angkat pinggan hirup..depa ni kalau yang berkuah terutamanya sup memang selalunya cam gitu lah.. abang pulak minggu ni makan mesti bertambah-tambah...tapi kan time makan tu sepah-sepah tu tak usah citer lah..ponat den ni haa..
Depa tengah lena tidur sebab tu lah entri saya ni paaannjaaaanggg...hakhaksssss
Bye uoollssss!!!
Wednesday, October 15, 2014
Asam Pedas
Asam Pedas Ikan Kembung Di Kahwinkan Dengan Sotong :)
Ok tak nama asam pedas ku ini? actually dah lama sangat tak buat asam pedas ni, yelah bukan myfeveret menu pun. Tapi ideal nak buat ni datang bila malam wekend hari tu kami anak beranak ada lah pegi makan kat luar, haa nak tau kat mana? tak tau apa nama tempat tu spesifik nye. Dekat Puchong Prima ada satu medan makan lah,,dekat situ ada burger bakar yang dulu-dulu femes lah N i think masuk jjcm maybee...last kami makan kat sini adalah tahun lepas kot. masa tu si adik tak ada lagi..(dalam perut kot)
So kami order Burger Turkish ke hape name entah dalam rm12.50,, pastu saya plak order asam pedas ikan pari..dan nasi putih...haa sedap lah! dan budak pompuan tu cakap akak boleh kalau nak mix dengan sotong ke udang ke...maksudnya ikan pari dengan sotong tapi rege nye lain lah kan UP banyak kot..(taktau sebab tak tanya) eh lupa nak bagitau kat situ ade banyak stall so kita kena gi sendiri order dan bagitau nombor meja..Air pun sama juge. N myhubby lak order kueh tiew goreng..ok2 lah..saya makan nasik dulu sebab myhubby punye order lambat sampai..tapi before that kitaorg dah abis melantak burger tu,, saya tak snap pic pun,,humm malas kot!,,nak tau burger tu kurang sos,,harap daging aje besar,,sedaplah jugok. N saya tengok tak ramai sangat dah orang kat stall burger tu..kalau tahun sebelum ni, yang kami p tu..huumm beratuq kot. maybe masa tu diorang baru kua Tibih kan so femesla kejap. Tapi sayang tau,,,bagi saya harga nya tak setanding dengan rasa dan presentation nye..macam kedekut bahan..huiii menyampah tak suka lah..biarlah meniaga makan ni..apa-apa bagi lebih baru customer puas hati even mahal sikit.
Ok makan-makan saya bukan terhenti di situ..saya pegi jalan-jalan..saje usha2 tertengoklah rojak sengkuang..apa lagi terus beli,,RM2.50 sepotong..waahh sedap nyer...ranggup sangat..rasa nak beli lagi satu tau..susahlah nak jumpa orang jual rojak sengkuang ni...haiihh terbayang-bayang..kalau saya buat sendiri konfem tak habis sengkuang tu.. pelik juga camne yang orang jual ni rapuh nya lain macam.
oh yea...kueh tiew goreng tu saya dapatlah rasa sikit,,hubby makan sikit..N tak sangka pulak si abang pun nak jugak..berselera dia makan tauuu!!
Nak ke bagi resepi asam pedas ku yang sempoi ni? saya memang main hentam aje asam pedas ni,,bukan original cam orang Melaka punye lah..but okla tuk famili saya ni makan..maybe kalau orang lain makan pasti komen kau-kau punye...hehe..tak sedap!ni bukan asam pedas hokeyy..huhu
ni cara saya buat asam pedas..kenkadang arini begini,,,next2 lain pulak..tu nama nya hentam.
Cara Masak Asam Pedas ku
ikan kembung dan juga sotong dah siap bersih
bawang merah beberapa ulas, bawang putih 1-2 ulas, sedikit lada hitam, lengkuas semuanya ditumbuk lumat-lumat
kemudian potong kacang bendi, tomato
Memula panaskan minyak, minyak kena banyak jangan coet2 tau..tumiskan cili boh ikut suka lah nak banyak mana, pastu letak gula sesudu atau lebih, kacau-kacau bagi garing sikit kemudian masukkan Bahan yang ditumbuk tadi.
Tumiskan,,,lepas tu amik air asam jawa, letak belacan sikit, dan kiub ayam sikit..
Air letak lah sikit tau...then letaklah ikan,bendi dan tomato,eh sotong pun..dan letak lah perasa apa yang anda gemar...saya letak gula garam N lada sulah sikit..
tutup jap periuk tu,,,rasalah..then tutup api..SIAP
Makan dengan Telur Dadar nasi putih itu je..
Tapi telur takde..Tapi tadi saya buat ayam goreng kunyit bersama kacang panjang..
Ini ajelah menu makan tengahari kami 3 beranak..yang pasti hari ini abang menambah jugak...semalam dia tambah 3x tau..! (daging masak lemak N ayam goreng)
Tamat ceritaku hari ini......................(=_+)'
Monday, September 22, 2014
Sambal Tumis Udang
Tips memilih lada kering dan tips mendapatkan sambal yang sedap dan tahan lama
Resepi Sambal Tumis Udang
Sebenarnya resepi ni saya ambil dari belog kak Azlita Masam Manis. Suka tengok resepi-resepi dari blog kakak ni. memang terang satu satu.
Hari ni saya terpandang satu tips yang saya kira cukup baik untuk dikongsi bersama. Iaitu bekenaan pemilihan CILI KERING. Mesti yang suri rumah suka sangat kan? Termasuklah saya ni. Saya ni lagi lah bukan gemar sangat blend atau beli cili kering. Selalunya beli yang dah siap tu atau orang Pantai Timur panggil CILI BOH. Tapi yang sebenarnya atau afdhal nya kita beli cili kering dan buat sendiri aje lagi bagus!! dah terhindar dari bahan kimia..ngehngehh..
Ok first of all mari tengok dulu resepinya okey! So saya copy&paste aje ni..berserta gambarnya. Very nice and perferto instruction.
1 kilo udang ~ udang ni potong muncungnya bahagian yang tajam, jangan buang kepalanya tau, separuh dari kepalanya sahaja di gunting. Buang bahagian ekor yang tajam. Udang ni bila kita buat sambal dia sedap dengan kulit sebab nanti sambal kita manis..
Udang ni gaulkan dengan sedikit garam kemudian di goreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.
Bahan Kisar
100gm cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar ( boleh ikut kaedah yang ita terangkan di atas)
10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis )
5 ulas bawang putih ~ dikisar
belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)
Bahan lain
2 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja
1 sudu teh garam
6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu )
Bila merujuk pada gambar yang ita tunjukkan di atas, gambar pertama, cili keringnya agak lurus, tidak bertangkai, berwarna merah berkilat. Kebiasannya cili kering ni jenis yang pedas. Kalau ita ita suka beli yang ini, sebab dia pedas. Ita suka sambal yang cukup kepedasannya.. bila makan berasap telinga.. pergh...!
Satu lagi tak payah letak cili banyak-banyak.. sikit aje dah pedas kannn....
Tapi kalau anda jenis yang tak tahan pedas.. jangan cuba-cuba ya..
Gambar yang ke dua adalah yang biasa di gunakan orang ramai terutamannya peniaga makanan. Cilinya berkerinting, kurus bertangkai dan pudar warnanya. Kalau jenis yang ni memang tak pedas lah.. Kalau anda jenis yang tak tahan pedas boleh lah guna cili ni. Kalau ita guna cili ni mau.. ita letak banyak-banyak.. sebab memang tak pedas.. suami dan anak-anak pun akan tegur nanti aik.. tak pedas pun sambal.. haa... ini bermakna ita guna cili yang kerinting ni lah.. Bisa ita guna cili ni bila ada tetamu nak datang makan di rumah.. sebab ya lah.. takut tetamu tak tahan pedas pulak..!
Cili kering pada gambar ke tiga tu.. kalau kat Johor ni memang payah lah jumpa. Biasanya kita boleh jumpa cili ni di sebelah utara dan pantai timur. Cilinya besar-benar.. masa mula-mula ita lihat mak mertua ita guna cili ni.. ita sedikit terkejut dan jakun.. maklumlah tak pernah nampak lagi di Johor. Rasanya cili ni di bawa masuk dari sempadan Thai.
Cili ni nampak aje besar dan merah menyala.. tapi lansung tak pedas.. Kalau nak bagi sambal warna merah menyala tapi tak pedas boleh lah guna cili ni.. sikit aje cilinya dah merah. Tapi memang tak pedas lah.. Pada ita yang tekak anak selatan ni.. kalau tak pedas tak kick!
Ada banyak kaedah yang suri rumah gunakan. Biasanya ita potong besar 1 inc dan rendam dalam air hingga kembang. Bila dan kembang cuci bersih sampai dah hilang warna merah keruh airnya tu. Masa cuci tu buang sekali bijinya, tapi biasanya ita tak buang semua bijinya, mana yang dah tertanggal tu ita buang lah tapi mana yang tertinggal tu ita kisar sekali. Menurut kata mak bijinya tu yang membuatkan sambal kita pedas. Kalau di buang semua, sambal tu dah tak pedas lah.. Jadi kesimpulannya di sini kalau nak pedas jangan buang semua bijinya.. tapi kalau tak nak pedas.. buang lah semua bijinya.
Lagi satu yang biasa mereka guna ialah gunting memanjang dan buang bijinya. Kemudian cili kering tu di rebus. Anda boleh guna kaedah ini jika jenis yang tak makan pedas. Sebab comfirm cili kering bila dah rebus dan dah buang bijinya dia memang tak pedas.
Untuk mendapatkan warna sambal yang merah menyala tu.. masa potong cili ambil yang merah sahaja, kalau ada yang dah coklat atau yang macam buruk-buruk tu buang ya.. sebab kalau di kisar sekali sambal tu warnanya tak cantik nanti.. ini petua dari mak ita.
Resepi Sambal Tumis Udang
Sebenarnya resepi ni saya ambil dari belog kak Azlita Masam Manis. Suka tengok resepi-resepi dari blog kakak ni. memang terang satu satu.
Hari ni saya terpandang satu tips yang saya kira cukup baik untuk dikongsi bersama. Iaitu bekenaan pemilihan CILI KERING. Mesti yang suri rumah suka sangat kan? Termasuklah saya ni. Saya ni lagi lah bukan gemar sangat blend atau beli cili kering. Selalunya beli yang dah siap tu atau orang Pantai Timur panggil CILI BOH. Tapi yang sebenarnya atau afdhal nya kita beli cili kering dan buat sendiri aje lagi bagus!! dah terhindar dari bahan kimia..ngehngehh..
Ok first of all mari tengok dulu resepinya okey! So saya copy&paste aje ni..berserta gambarnya. Very nice and perferto instruction.
1 kilo udang ~ udang ni potong muncungnya bahagian yang tajam, jangan buang kepalanya tau, separuh dari kepalanya sahaja di gunting. Buang bahagian ekor yang tajam. Udang ni bila kita buat sambal dia sedap dengan kulit sebab nanti sambal kita manis..
Bahan Kisar
100gm cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar ( boleh ikut kaedah yang ita terangkan di atas)
10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis )
5 ulas bawang putih ~ dikisar
belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)
Bahan lain
2 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja
1 sudu teh garam
6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu )
- Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing. Lagi lama, sambal kita tahan lama.
- Anda boleh juga guna minyak lebihan mengoreng udang tadi, tapi panaskan dahulu minyak tu semula hingga hilang air udang.
- Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Tumis hingga garing.
- Kemudian masukkan cili dan belacan yang di kisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak. Tumis ni lama-lama ya sebab bagi dia betul-betul garing dan hilang semua bau maung lada.
- Bila dah garing masukkan air asam jawa
- Lepas tu perasakan dengan garam. Kemudian masukkan gula. Gula ni kita letak banyak sebab sambal kalau mani-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
- Biar dia merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang kita dah goreng tadi.Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.
ok dah siap!!
Kembali kepada Tips memilih cili kering...juga saya copy&paste dari penulisan Kak AzlitaMasamManis
Sebelum kita membuat sambal atau apa-apa menu masakkan yang berasaskan cili, kita perlulah bijak memilih cili kering yang sesuai.
Sekarang ni lebih mudah, bila pergi pasar anda cuma perlu tanya pada penjual tu mana cili yang pedas dan mana yang tak pedas. Pasti mereka dengan mudah memberitahu mana yang pedas dan mana yang tidak pedas. Jika di pasaraya agak sukar kerana kita sendiri perlu tahu mana yang pedas dan mana yang tak pedas. Bagai mana nak tau?
Sekarang ni lebih mudah, bila pergi pasar anda cuma perlu tanya pada penjual tu mana cili yang pedas dan mana yang tak pedas. Pasti mereka dengan mudah memberitahu mana yang pedas dan mana yang tidak pedas. Jika di pasaraya agak sukar kerana kita sendiri perlu tahu mana yang pedas dan mana yang tak pedas. Bagai mana nak tau?
Bila merujuk pada gambar yang ita tunjukkan di atas, gambar pertama, cili keringnya agak lurus, tidak bertangkai, berwarna merah berkilat. Kebiasannya cili kering ni jenis yang pedas. Kalau ita ita suka beli yang ini, sebab dia pedas. Ita suka sambal yang cukup kepedasannya.. bila makan berasap telinga.. pergh...!
Satu lagi tak payah letak cili banyak-banyak.. sikit aje dah pedas kannn....
Tapi kalau anda jenis yang tak tahan pedas.. jangan cuba-cuba ya..
Gambar yang ke dua adalah yang biasa di gunakan orang ramai terutamannya peniaga makanan. Cilinya berkerinting, kurus bertangkai dan pudar warnanya. Kalau jenis yang ni memang tak pedas lah.. Kalau anda jenis yang tak tahan pedas boleh lah guna cili ni. Kalau ita guna cili ni mau.. ita letak banyak-banyak.. sebab memang tak pedas.. suami dan anak-anak pun akan tegur nanti aik.. tak pedas pun sambal.. haa... ini bermakna ita guna cili yang kerinting ni lah.. Bisa ita guna cili ni bila ada tetamu nak datang makan di rumah.. sebab ya lah.. takut tetamu tak tahan pedas pulak..!
Cili kering pada gambar ke tiga tu.. kalau kat Johor ni memang payah lah jumpa. Biasanya kita boleh jumpa cili ni di sebelah utara dan pantai timur. Cilinya besar-benar.. masa mula-mula ita lihat mak mertua ita guna cili ni.. ita sedikit terkejut dan jakun.. maklumlah tak pernah nampak lagi di Johor. Rasanya cili ni di bawa masuk dari sempadan Thai.
Cili ni nampak aje besar dan merah menyala.. tapi lansung tak pedas.. Kalau nak bagi sambal warna merah menyala tapi tak pedas boleh lah guna cili ni.. sikit aje cilinya dah merah. Tapi memang tak pedas lah.. Pada ita yang tekak anak selatan ni.. kalau tak pedas tak kick!
Bagaimana pula caranya kita nak membersihkan cili.
Ada banyak kaedah yang suri rumah gunakan. Biasanya ita potong besar 1 inc dan rendam dalam air hingga kembang. Bila dan kembang cuci bersih sampai dah hilang warna merah keruh airnya tu. Masa cuci tu buang sekali bijinya, tapi biasanya ita tak buang semua bijinya, mana yang dah tertanggal tu ita buang lah tapi mana yang tertinggal tu ita kisar sekali. Menurut kata mak bijinya tu yang membuatkan sambal kita pedas. Kalau di buang semua, sambal tu dah tak pedas lah.. Jadi kesimpulannya di sini kalau nak pedas jangan buang semua bijinya.. tapi kalau tak nak pedas.. buang lah semua bijinya.
Lagi satu yang biasa mereka guna ialah gunting memanjang dan buang bijinya. Kemudian cili kering tu di rebus. Anda boleh guna kaedah ini jika jenis yang tak makan pedas. Sebab comfirm cili kering bila dah rebus dan dah buang bijinya dia memang tak pedas.
Untuk mendapatkan warna sambal yang merah menyala tu.. masa potong cili ambil yang merah sahaja, kalau ada yang dah coklat atau yang macam buruk-buruk tu buang ya.. sebab kalau di kisar sekali sambal tu warnanya tak cantik nanti.. ini petua dari mak ita.
Sambal ni bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Kalau sambal nak sedap guna bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Biasa ramai yang malas nak kupas bawang kecik mereka suka guna bawang besar.. sebab bawang tu besar kann... mudah di kupas dan satu dua biji dah cukup... tapi kalau sambal nak sedap guna bawamg kecil.. dan bawang ni letak banyak-banyak baru kuah sambal tu manis dan enak.
Satu lagi tips sambal nak sedap, enak dan tahan lama, minyak masa menumis kena banyak. Minyak yang banyak buatkan sambal tahan lama terutamanya sambal ikan bilis, kalau tak panaskan pun.. tahan berhari-hari. Tapi kalau sambal udang kena selalu panskan ya..
Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.
Lagi satu, kalau nak sambal merah.. gula kena banyak.. sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manisnya.. pedasnya.. masin dan masamnya.. baru lah kaw!
Satu lagi tips sambal nak sedap, enak dan tahan lama, minyak masa menumis kena banyak. Minyak yang banyak buatkan sambal tahan lama terutamanya sambal ikan bilis, kalau tak panaskan pun.. tahan berhari-hari. Tapi kalau sambal udang kena selalu panskan ya..
Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.
Lagi satu, kalau nak sambal merah.. gula kena banyak.. sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manisnya.. pedasnya.. masin dan masamnya.. baru lah kaw!
Haaa....Dah Tau? Bolehlah buat sendiri cili boh kan??
Ok thank you very much ..http://www.azlitamasammanis.com/
Subscribe to:
Comments (Atom)





.jpg)





.jpg)
.jpg)



.jpg)
.jpg)


















