Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Salam 10 Muharam 1436H


Assalamualaikum wbt...Salam 10 Muharam,,

Hari macam mana? ada puasa sunat ke? Alhamdulillah saya dan suami berpuasa sunat semalam 9 Muharam dan juga hari ini...tak sabar nak berbuka bersama, semalam nak boleh makan tu kami sekeluarga berperang dulu dengan anak-anak ni..adoii..nak itu nak ini..hak kecik tu pun...semangat,, sampai naik atas meja nak ambil udang..berebut dengan abangnya..tak boleh tengok abang makan apa dia pun sama nak jugak. Oh Udang!! sukanya abang, makan udang. hurmm..udang mahal lah abang,,tau..sekali sekala bolehla sayang.........

Hari ni ada kesempatan berkongsi cerita di sini, sementara mereka berdua tidur, pagi tadi talian internet tak dapat, rupanya suami saya lupa bayar, hadoii..terus sms suami bayarkan...hehe..pukul 1 tengahari barulah dapat ber online, tangkas anak ku itu buka laptop..apalagi tengok youtube lah..jam 2.30pm dia masih nak tengok, mata seakan mengantuk..lalu ibu yang garang ini menaikkan volume nya..haaahhh tidok! masuk buai..ayun-ayun terus lena...sambil mendengar siulan bebelan si ibu..huhu

Ok saya ada dapat email dari Dr Azizan Osman atau lebih dikenali DAO dan sekarang dah pangkat Haji pun dia. yang sebenarnya saya dulu pun adalah anak didik Dr. juga. Saya sertai seminar anjuran DAO bersama-sama suami...apa ye nama seminar tu..tak silap Kenali Potensi Diri. waktu tu saya tengah hamil anak sulong. Best juga tau..end of this story, suami saya ikuti kelas seterusnya IMKK dalam 3 hari 2 malam tak silap saya, sampai malam baru habis..yuran nya agak tinggi. Tapi so far alhamdulillah suami saya kata ada lah changes nya tu..hihi

Oh lupa saya nak kongsikan yang ini..saya petik dari email yang dikirimkan DAO kepada saya..eh kepada semua yang pernah bagi email kat dia lah..haha


Saya selalu sebutkan di dalam kelas-kelas perniagaan saya, jika kita tidak bertindak merubah keadaan ekonomi kita dengan berniaga serta meningkatkan pendapatan kita dengan segera, suka atau tidak, kita akan menghadapi tekanan ekonomi yang mampu memberi kesan kepada banyak perkara. Kesan kepada perhubungan rumahtangga, kesan kepada anak-anak serta peningkatan kadar stress.
Duit memang bukan segala-galanya, tetapi duit adalah alat yang bagus jika digunakan dengan baik. Ia dapat memberikan manfaat kepada ramai orang untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Bila saya kata, jom berniaga, ramai yang kata saya poyo! Anda nak tahu saya poyo atau tidak, anda tunggulah sedikit masa lagi, bila segala kos harga barang meningkat tetapi gaji anda tidak meningkat, bila kadar pinjaman meningkat, bila kos hartanah meningkat lagi, bila sewa rumah meningkat lagi, bila kos isi minyak meningkat lagi, bila kos nak kahwin meningkat lagi..... Masa itu kita tengok siapa poyo.

memang diakui ramai yang dah sertai seminar yang dianjurkan oleh DAO ni alami perubahan dalam bisnes mereka, mahupun dlaam kehidupan. yang tak pernah pergi tu bolehlah pergi sekali dan anda akan dapat rasai perbezaan. 

Kejayaan adalah hak milik setiap insan...


 11 Rahsia Kejayaan yang perlu ada dalam diri kita


segala foto adalah dari sumber google

Terima kasih kerana sudi membaca dan bantu saya sebarkan kebaikan dengan berkongsi ia dengan orang lain..moga diberi ilham yang baik-baik


Salam Sayang, dari ibu untuk permata hati ..'',)
Ibu Jannah..

Thursday, October 30, 2014

Amanat

Muslimah yang Gojes..google je ni..=)

Haii..selamat pagi... sebenarnya nak kongsikan kata-kata dari Jutawan Shaklee iaitu Kak Cery@MamaFaiz, yang sangat popular di abad ini..hehe..kerana dia Shaklee menjadi fenomena tauu...
Kak Cery ni selalu bagi kata-kata semangat dorongan dan macam-macam kat anak-anak buah Shaklee nya..Ok, saya ada satu jam untuk buat entri ni, terus kepada catatan dari Kak Cery,

Saya sayang anda semua... saya doakan yang terbaik buat anda semua... saya harap walau busy cemana pun anda, walau apa pun rank anda, walau apa pun dream anda, walau siapa pun anda, walau shaklee hanya part time.. walau apa pun lah... SAYA HARAP.. semoga rutin harian berikut takkan pernah anda tinggalkan.. kalau tak dapat kesemuanya, at least 80% daripadanya menjadi rutin
>> Istigfar 100x setiap hari.. amalkan pagi dan sepanjang hari dikala sedih suka duka pahit manis masin.. Istigfar tanda kita hambaNYA, Istigfar tanda kita tak alpa.. Istigfar tanda kita memerlukanNYA... tanda DIA dihati kita
>> Selawat 100x-1000x
>> Solat sunat taubat setiap malam sebelum tidur..
>>Solat tahajud
>>Solat Dhuha
>> Sebut yang positif2 sentiasa ..PAKSA DIRI UNTUK SEBUT YG POSITIF TENTANG DIRI ANDA, TENTANG APA YG ANDA NAK(tak kira tengah sedih atau tengah happpy.. Untuk buang rasa takut anda perlu ada KEYAKINAN,, dan untuk ada keyakinan ni , anda PERLU TANAM yg positif2 dalam minda dan diri anda).. bukan orang lain yg perlu tanam.. TAPI DIRI ANDA SENDIRI
Semua di atas bukan semata2 untuk bisnes, tapi secara tak langsung ia mnggerakan kita ke arah yg lebih baik .
Sekali lagi.. saya sayang anda semua...Jadi saya nak anda semua sayangilah diri anda.. HIdup kita didunia tak lama.... Dunia pun dah 'tua'.. Jadi kalau kita tak buat rutin tu semua,tak start BERUBAH.. bila lagi.. yer tak..
withlove
PM-C

Semoga entri ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, selamat beramal..moga Allah redha