Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Ilmu dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Ilmu dan Petua. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

3 Waktu Dilarang Mandi


Anda dah mandi? saya belum lagi ni..heee...kebiasaannya saya ni mandi setelah masuk Maghrib, tapi bukanlah masuk waktu dah lama...dan kadang-kadang sebelum Maghrib. Hari ni saya nak berkongsi tentang 3 waktu yang dilarang mandi yang saya dapat dari dunia Fb. Moh la kita baca..

3 WAKTU DILARANG MANDI :
A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu di mana darah di dalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
So macam mana? anda selalu mandi waktu A, B, atau C? Tapi saya rasa ramai di kalangan orang KayEll mandi tika waktu C tu kan...yela...habis kerja dah awal tapi terpaksa hadap jem dulu dan perjalanan dari tempat kerja ke rumah tu agak jauh bukan? dan selalunya terpaksa solat Mahghrib di stesen-stesen minyak, masjid atau surau..erm...begitulah kehidupan mencari rezeki..sudah kalis. 

Sunday, December 21, 2014

8 Perkara yang Mungkin Anda Sedang Alaminya

Assalamualaikum wrt..

Lama saya tak update entri di sini...hari ni saya ingin berkongsikan perkara yang baik untuk kita sebagai orang Islam amalkan dan sememangnya kita dituntut buat sebegitu.
Ingatlah wahai manusia kita hanya hamba Allah..Tuhan sekalian alam..

Kata-kata bijak pandai ni dah di share lebih 700 orang di dalam dunia Fb..

Jom kita amalkan selagi nyawa di kandung badan...

p/s: Hidup tanpa Solat ibarat kerja tanpa hasil..

Salam Sayang



Wednesday, December 17, 2014

12 Inisiatif Yang Kreatif Untuk BERSEDEKAH

Assalamualaikum

Para pembaca yang budiman,,lama saya tak update blog..hehe..ini semua gara-gara kenduri kendara lah..huhu..kenduri adik ipar ku pada 6hb dan juga 13hb lepas.

Pada petang ini saya nak berkongsi sedikit info yang saya kira bermanfaat untuk semua terutama mereka yang beragama Islam. AMALAN BERSEDEKAH

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
12. Inisaitif sedekah- bacakan surah al-fatihah
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...

Semoga kita mampu buat dan amalkan bersama-sama. Info ini saya dapat dari rakan fb..moga belia mendapat pahala dari Allah swt.


Monday, November 24, 2014

Minum Air Kosong Baik Untuk Tubuh Badan



Hari ini saya

akan kongsi 3 petua:

Petua #1 - Minum banyak air. Badan kita memerlukan banyak air,
justeru minum air secukupnya. Air bukan sahaja untuk mengusir toksin
dari badan, jika anda mempunyai lebih banyak air di dalam badan anda,
anda akan merasa sihat dan cergas. Ia juga akan mengelak kecenderungan
untuk makan dengan banyak, atau makan mengikut nafsu. Perkara terbaik
mengenai air ialah ia sama sekali tidak mempunyai sebarang kalori.


Petua #2 - Mulakan hari anda dengan segelas air. Sebaik sahaja anda bangun,
minum segelas air kosong (suhu bilik). Ia adalah satu cara yang baik untuk
memulakan hari anda dan selepas itu anda hanya perlu minum sedikit ketika
sarapan pagi. Segelas air mengeluarkan semua jus pencernaan dan ia seperti
pelincir dalam badan anda. Selepas sarapan, bolehlah kalau nak ambil secawan teh.

Petua #3 - Minum segelas air sebelum anda mula makan, seelok-eloknya 30 minit
sebelum. Air secara semulajadi memerlukan ruang, justeru anda terasa kenyang
tanpa perlu makan dengan banyak. 


InsyaAllah saya cuba untuk update lagi dari semasa ke semasa bekenaan minum air kosong!

Ok Drink Lots of Water yerr!!! Bagus untuk pencernaan kita

Monday, November 17, 2014

Tabung Sedekah SubuH

Bismillahirrahmanirrahiiim.

Hii...
Saya nak kongsi satu artikel yang saya dapat dari seorang rakan fb saya, beliau adalah seorang penyanyi suatu ketika dahulu...kini beliau sudah pun berhijrah, masyaAllah sangat lah muslimah. Beliau ialah Farah Asyikin Zulkifli...seingat saya ada satu lagu yang buat dia terkenal, lagu untuk salem cool planet kot..hehee..maafkan saya jikalau tersalah..hihii
sekarang dah ada anak lelaki yang hensem gitu..Owais Ebrahim nama di beri..
Ini yang dikongsi kan..iaitu Tabung Sedekah Subuh..saya dah mulakannya pada khamis lepas 14.11.14...seingat saya ada satu hari saya lupa letak..hehe..tabung saya bukanlah seperti dalam foto..yang sebenarnya, tabung saya reuse Tong ESP ajer...shaklee punyer tu...saya copy paste yer,,,


•SEDEKAH SUBUH•

Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. Masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
Bagi saya, ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di facebook, Whatsapp.

Sedekah Subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

Saya terbaca satu hadith hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan Sedekah Subuh keesokkannya.

Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Saydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. Kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

Sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
Pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan Sedekah Subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

Tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

Seorang lagi sahabat menyatakan, "Apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat". Itulah kata-katanya...

Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap, memanggil namanya IBU setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya... Tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA? Mudah sekali!

Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK dan masukkanlah tak kira berapa sen/RM ke dalam tabung Sedekah Subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

Setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung Sedekah Subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan.

Seperkara lagi sekiranya kita out station, tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung Sedekah Subuh kita.

***
Subhanallah...
Semoga hamba Allah yang berkongsi cerita ini memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Aameeen.
Jom practice sedekah Subuh! 

Sunday, November 16, 2014

Kulit Berminyak?




Haii..
entri malam ni nak bagi petua...saja je tajuk Kulit Berminyak tu.. petua ni semua jenis kulit boleh cuba buat..mana tau berseri wajah, ini pertama kali saya jumpa petua mengguna kan gula perang sebagai masker@scrub..tapi yang sebenarnya saya belum cuba lagi.. nak kena datang mood tu..hehe..
tapi buat bakal-bakal pengantin harus cuba ni, kalau malas dan ada bajet forsure pegi SPA...hehe...cam orang itew suatu ketika dahulu...BUT ada orang sponsor hokeyy!
copy&paste dari pages S-Shines Beauty Jalan Duta

Cara merawat kulit wajah dengan manfaat gula perang ( serbuk)

Cara merawat kulit wajah

Memiliki kulit wajah yang sehat merupakan dambaan setiap orang, khususnya kalangan wanita. Gangguan pada kulit wajah yang kerap terjadi adalah kulit wajah berminyak. Berbagai cara dilakukan untuk menghilangkan minyak pada kulit wajah. Sebenarnya cara merawat kulit wajah sangat mudah dan tak perlu mengeluarkan biaya yang terlalu tinggi. Kita hanya memanfaatkan bahan-bahan alami yang sudah terbukti mengandung zat dan vitamin yang berguna bagi tubuh. Salah satunya adalah gula.

Mengkonsumsi gula yang merupakan makanan yang mengandung rasa manis memang beresiko terhadap kesehatan. Para pelaku diet pun sangat menghindari mengkonsumsi makanan manis karena dapat mengganggu pola diet mereka. Dibalik fakta itu semua, sebenarnya gula memiliki manfaat lain bagi kecantikan.
Berikut Manfaat Gula Dan Cara Merawat Kulit Wajah

1. Menghaluskan kulit

Butiran gula sangat baik digunakan untuk membantu melepaskan kulit mati dari wajah. Campurkan butiran gula yang dicampur dengan madu dan jus lemon kemudian gosokkan pada wajah secara teratur. Resep ini berfungsi sebagai scrub alami bagi wajah.

2. Melembutkan kulit

Masker yang terbuat dari gula merah atau gula aren sangat membantu menjaga kelembutan dan kelenturan kulit. Campurkan tumbukan halus gula merah dengan minyak zaitun untuk membuat masker alami bagi wajah anda. Vitamin E dan Omega-3 yang terkandung pada minyak zaitun berguna untuk menghilangkan kotoran serta membuka pori-pori wajah.

3. Menyeimbangkan Minyak Pada Wajah

Kandungan asam glikolat dan alfa hidroksi yang terdapat pada gula terbukti dapat menjaga keseimbangan minyak pada kulit wajah.

4. Melindungi Wajah Dari Radikal Bebas

Manfaat lain pada gua adalah sebagai antiaging alami, Perawatan menggunakan scrub gula dapat mencegah terjadinya infeksi racun pada sel kulit wajah. Hal ini berguna untuk mencegah penuaan dini pada wajah.

Selain menggunakan gula sebagai cara merawat kulit wajah anda, membersihkan wajah minimal dua kali sehari setiap bangun tidur dan menjelang tidur, dapat membantu anda menjaga kesehatan kulit wajah. Hindarilah makanan yang mengandung lemak dan perbanyak mengkonsumsi sayuran hijau agar minyak pada kulit wajah anda dapat dikontrol dengan baik

Ayuukk apa lagi?harus di cobain!!! (^V^)

Friday, November 14, 2014

Dah Cuba Minyak Ikan?






Huuurrmm...tajuk bukan main..minyak ikan tu apa? minyak yang ada ikan yer? hihii...sebenarnya hari ni saya ada iklankan produk minyak ikan terbaik dari Shaklee. Saya iklankan di dua tempat iklan free, saja je nak test macam mana kan.. dan saya ada update info baru di sini http://kedaisuplemen.com.my/minyak-ikan-terbaik-dunia/ klik lah untuk ketahui lanjut.

Minyak ikan ni bagus jika kita sentiasa ambil, dan jadikan sebagai suplemen harian kita. Orang dewasa ambil 3 biji sehari, manakala kanak-kanak 1 biji sehari pun dah cukup. Tapi yang umur 1 tahun hingga 3 tahun pun boleh juga ambil, 1 biji selang sehari..pandai-pandai lah mak-mak bagi anak makan, ada yang picit kapsul dan di letakkan di dalam susu, dan ada juga di letakkan di dalam makanan. Satu botol minyak ikan ni boleh share untuk satu keluarga. Jadi sangat jimat dan berbaloi membelinya. Mengikut apa yang saya baca-baca kan..

Wanita hamil, sangat bagus mengambil minyak ikan bagi membantu perkembangan otak si manja,dan mencegah alahan kulit si bayi,  

Ibu yang Menyusu pula mengambilnya boleh membantu sel-sel otak si manja berhubung, perkembangan anak menjadi lebih cepat berbanding si ibu tidak mengambil apa-apa suplemen. (ni pada pandangan saya lah).

Suami yang mengambil Minyak Ikan mampu mengawal kolesterol dan darah tinggi, Isteri pula
boleh jaga kulit..moist2 gitu, nak bakar lemak..hurmmm..bestt wooo.
Para pelajar pula bila ambil minyak ikan ni untuk cergaskan minda, stabil emosi insyaAllah pencapaian tidak lah mengecewakan..hehehe...

Atok ambil Minyak ikan nak cegah bengkak sendi akibat gout, ehh,,,bukan atok pun dah ada jugak yang kena  sakit gout ni...seriau kan
Nenek ambil minyak ikan untuk bantu melicinkan sendi tulang

Kanak-kanak hyperaktif dan autisme yang ambil Minyak ikan untuk tumpuan ,fokus dan kestabilan emosi

Yang gatal kulit, alergi, ekzema ambil Minyak ikan nak dapatkan kulit yang sihat..anti radang 
Yang batuk, asthma, lelah ,bronkitis ambil MInyak ikan untuk kuatkan paru paru....eh banyaknya...ermm kan dah kata banyak manfaat Minyak ikan ni..seisi keluarga boleh ambil dan amalkan.. jadi tak rugi pun
That is why i'm taking fish oil...and i choose brand from Shaklee..sebab satu saya SID, satu lagi banyak yang review kata bagus.. nak kata mahal tu..tak lah MAK ai MAHAL nya..lagi pun produknya berkualiti. hurmm....terpulang nak pilih yang mana..pilihan di tangan anda. 
ok..bai baii...^_^

Sunday, October 26, 2014

Petua Hilangkan Bau Mesin Blender Anda

My blender-Panasonic 


Haii...assalamualaikum...hari ni terpanggil untuk berkongsi satu tip yang saya selalu buat bila di dapur. Asalnya tak tahu macam mana nak bagi hilangkan bau mesin pengisar ni, ye lah ada satu aje bekas nya tu,eh..silap saya ada dua bekas pengisar nya tu tapi simpan dalam stor..guna satu aje lah..yang itu lah guna untuk mesin bawang, buah dan segala macam lagi. Mau nya tak berbau kan? satu hari tu saya masukkan cecair Hand Dish Wash dari Shaklee kemudian saya kisarkan. Tengok tu berbuih-buih kann...sebelum ni saya hanya basuh guna span cuci pinggan ala macam biasa la. tapi still ada bau lagi. Selepas buat cara macam ni dah takde bau-bau..jadi tak lah risau sangat kalau sebelum tu saya kisar bawang,,then guna tuk kisar buah pulak..hehee..so anda bolehlah cuba letak apa-apa sabun cucian yang anda guna di rumah, Seperti saya,,guna sabun cuci pinggan dari Shaklee. Best sabun nya halus di tangan, buih pun banyak, dan yang penting selamat. Harga pun berbaloi lah sebab tahan lama.


Hand Dish Wash


Saya copy&paste dari web shaklee yea apa yang bagusnya produk ini

The Shaklee Difference
Safe
  • Nontoxic
  • Hypoallergenic
  • No chlorine
  • Mild on your hands
  • pH balanced
  • No hazardous chemicals
  • Powerful
Powerful
  • Tough on grease
  • Concentrated — wash more dishes with less
  • Long-lasting suds
  • Green
  • Green
  • Natural, sustainably sourced ingredients — derived from corn and coconuts
  • Biodegradable
  • No phosphates
  • No dyes
  • Recyclable packaging
  • Safe for septic systems and gray water

Kalau anda berminat nak cuba Hand Dish Wash ni boleh klik link ni...boleh bagi hadiah buat orang tersayang...beli lah lebih dari satu anda pasti tak kan menyesal,,,heheheee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=17a5521f02c96ba003e028f278e3ab15


Salam Sayang

Wednesday, September 24, 2014

Tips Menjadi Populor Di Internet

7 Tips Menjadi Populor di Internet
Ingin jadi popular di Internet? Anda mungkin ada tujuan dan matlamat tersendiri untuk jadi popular, sama ada kerana minat, impian ataupun untuk bisnes. Tidak kira apa jenis tujuannya, yang penting anda harus melakukannya dengan cara yang betul dan terancang. Jika tidak, anda mungkin akan mengalami kerugian ataupun krisis yang tidak diundang.
Apabila kita berbicara mengenai menjadi popular di Internet, ia bermaksud hanya di Internet. Peminat-peminat dan pengikut anda akan menyebut nama anda dan mengikuti diri anda hanya secara online. Namun tidak dinafikan, ia mungkin akan berterusan di dunia ‘offline’ juga di mana anda mungkin dijemput oleh pihak media, mengadakan program tertentu, disapa oleh peminat dan sebagainya.
Sebelum anda melakukan usaha-usaha untuk menjadi popular, anda harus jelas dengan matlamat anda dan merancang apakah yang anda mahu lakukan dengan kepopularan anda itu nanti. Jika tidak, anda hanya sekadar popular, tetapi anda tidak menghasilkan apa-apa manfaat untuk jangka masa yang lama.
Selain daripada itu, anda juga harus merancang tindakan yang anda harus lakukan secara konsisten agar anda tidak mudah tenggelam kerana selain daripada anda, berjuta lagi manusia lain juga berusaha untuk popular seperti anda.
Terdapat banyak cara untuk kita menjadi terkenal di Internet. Berikut adalah 7 Tip dan ACTIONS’ yang boleh anda lakukan.
TIP 1. Miliki sebuah blog
Ini adalah langkah pertama yang wajib. Anda boleh menggunakan sistem blog yang percuma seperti Blogger.com dan WordPress.com. Namun jika anda benar-benar serius, anda boleh hasilkan sebuah blog dot com anda sendiri yang terus menggunakan nama anda seperti mana yang dilakukan oleh jutawan Internet Irfan Khairi melalui blognya, iaitu www.IrfanKhairi.com.
Sebaiknya anda menggunakan nama anda untuk nama blog kerana matlamat anda sekarang adalah untuk mempopularkan diri anda. Pada blog anda itu, letakkan sedikit biodata diri anda dan juga gambar anda (jika mahu).
Setelah anda mempunyai sebuah blog, anda boleh mula menulis. Anda boleh menulis apa sahaja perkara yang umum ataupun anda boleh memfokus kepada topik-topik yangspesifik sahaja. Sebagai contoh, Irfan Khairi menulis mengenai bisnes, perniagaan Internet dan motivasi. Bermaksud, beliau akan terkenal dalam kalangan orang yang meminati topik-topik tersebut.
Jika anda menulis pelbagai topik tanpa fokus, anda mungkin akan dikenali oleh sesiapa sahaja sebagai seorang yang popular di Internet.Tidak kisah apa saja topik, anda tulislah sesuatu yang memberi manfaat kepada pembaca.\
blog dan facebook
TIP 2. Facebook
Mungkin anda sudah mempunyai akaun Facebook, iaitu sebuah profile sendiri. Jika anda ingin popular di Internet, menggunakan profile Facebook adalah tidak sesuai, sebaliknya anda perlu menggunakan Facebook Page. Dengan menggunakan Facebook Page, lebih ramai orang dapat mengikuti perkembangan anda dan ia lebih meluas.
Sama seperti blog, anda perlu kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat kepada pengikut anda di Facebook. Pelbagaikan bentuk gaya penyampaian seperti serius, kelakar, santai dan sebagainya agar pengikut anda tidak bosan. Gunakan juga imej dan juga video selain sekadar menulis teks sahaja.
Setelah anda membina Page anda sendiri, promosikan ia di blog anda agar lebih ramai orang yang akan menyertai Page anda tersebut. Kelebihan menggunakan Facebook Page adalah, pengikut dan peminat anda dapat promosikan Page itu kepada orang lain dengan lebih mudah tanpa sebarang halangan.
TIP 3. Youtube
popular di internet
Selain membaca, pengguna Internet juga suka menonton video. Salah satu laman web yang mempunyai rating yang tinggi adalah Youtube.com. Jika anda memuat naik video yang menarik di sana, video anda akan cepat tersebar di dunia online sama ada diFacebook, blog, website, forum dan sebagainya. Malah, video anda akan mula menjadi buah mulut orang lain.
Sudah ramai pengguna Youtube yang biasa-biasa sudah menjadi popular. Contohnya, ramai artis di Malaysia adalah lahir daripada Youtube. Mereka pada mulanya hanya sekadar berkongsi video mereka secara suka-suka sahaja. Namun setelah mereka mempunyai ramai pengikut, pelbagai peluang terhidang di hadapan mereka.
Anda juga mampu mendapat perkara yang sama jika menggunakan Youtube. Perkara yang penting adalah anda perlu kongsikan video yang bermanfaat, namun tidak terlalu serius. Ia tidak semestinya anda perlu menyanyi, mungkin video yang unik, menarik dan santai untuk orang lain menontonnya, tetapi bermanfaat.
TIP 4. Kerjasama dengan orang popular
Ini mungkin satu kelebihan jika anda melakukannya. Ia umpama tonik segera untuk anda ‘melompat’ dengan lebih jauh walaupun anda baru bermula. Namun, cara ini mungkin sukar dan ia bergantung kepada rezeki anda juga.
Sebelum anda mula menggunakan cara ini, sebaiknya anda sudah mempunyai pengikut anda sendiri sama ada di blog, Facebook dan sebagainya. Malah lebih baik jika orang yang sudah popular itu juga mengenali anda walaupun sekadar melalui Internet.
Anda hanya perlu hubungi mereka dan berbincang apakah yang anda dapat lakukan secara bersama walaupun sekecil-kecil idea. Kelebihan kerjasama sebegini adalah kedua-dua pihak akan mendapat pendedahan (promosi) dengan lebih meluas. Kelebihan bagi anda adalah, pengikut dan peminat mereka akan mula mengenali anda.
TIP 5. Twitter
Selain Facebook, Twitter juga adalah ‘alat’ yang kerap digunakan oleh orang-orang popular untuk berkongsi sesuatu terutama cerita semasa mereka. Twitter lebih mudah digunakan kerana anda hanya perlu menulis ayat yang pendek sahaja. Gunakan Twitter untuk memberikan maklumat, info, pendapat dan sebagainya secara ringkas. Tulis juga perkembangan semasa anda yang terkini.
TIP 6. Konsisten
Apa sahaja cara yang anda gunakan seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu konsisten melakukannya jika anda benar-benar serius mahu menjadi popular. Usaha yang konsisten adalah amat penting terutama di peringkat awal usaha anda. Salah satu cara untuk kekal konsisten adalah dengan melakukan perancangan yang lengkap  untuk jangka masa panjang.
TIP 7. Kreatif dan unik
Boleh dikatakan banyak perkara telah diketahui oleh kebanyakan orang terutama di Internet. Cuma mereka akan mengambil tahu kembali perkara itu apabila ia disampaikan dengan cara yang berbeza. Elakkan melakukan sesuatu yang sama seperti orang lain lakukan untuk mengelakkan peminat anda mula hilang minat. Keunikan anda akan memastikan anda adalah lain daripada yang lain, bukan seorang “copy & paste” semata-mata.

NOTA PERINGATAN :
1. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Lakukan sesuatu usaha yang tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang.
2. Elakkan publisiti murahan yang boleh menjatuhkan maruah kita.
3. Jadikan kedudukan popular kita sebagai kelebihan untuk kita berikan kebaikan kepada manusia sejagat.
4. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jaga kata-kata kita agar tidak mengguris hati orang lain.
5. Apabila sudah popular, jangan lupa asal-usul diri.
 7 Tip ini dipetik dari www.irfankhairi.com