Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

30 Juz Al-Quran Dalam Kepala




Adik ni bernama Haikal Firdaus,

Berumur 9 Tahun dan Berasal dari negeri Johor. Kelebihan dia ialah mampu menghafaz 30Juz Al-Quran. Beliau dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, Sejak bila adik Haikal ni mula Hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin Hafal Quran?

Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal ialah... Cucu saya mula menghafal Al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain, kami tak paksa dia hafal Al-Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri,
Aktiviti Harian Dia ialah :

Bangun pada 5.00 pagi, ambil Wudhuk dan solat, lepas Solat dia baca Al-Quran satu Juz hingga masuk Waktu Subuh. Waktu pagi sekolah kebangsaan biasa dan pada waktu petang pergi ke sekolah Agama dan pada waktu petang huga dia hafal Hadis 40.
Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 Juz
Info ini saya ambil daripada : FB Pejuang Muda MasaKini
Hebat kan adik Haikal Firdaus ni.. moga adik ini menjadi salah seorang pejuang agama suatu ketika nanti. dan buat anak-anak ibu, ibu harap kamu semua mampu menjadi Al Hafiz dan Hafizah.
Hensem pulak tu..heheh

Thursday, October 23, 2014

Tengok Muka Anak Rasa Nak Marah Aje....

Salam Jumaat yang penuh Barakah,, 

Esok 1 Muharam 1436H, jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun...:)

Hari ni saya nak share satu tip yang saya dapat dari email,,mana tau kalian juga bakal mendapat manfaatnya. Perkara baik harus di kongsi bersama. Dan InsyaAllah akan datang lebih banyak lagi perkongsian tips keibu bapaan yang ingin di kongsikan di sini. Saya pun masih baru muda belia lagi....baru nak belajar,,hehe..

Kisah si Haqim

Ayat lembut atau kasar semua dia buat layan tak layan je.
Tapi ayat jelas dan memberikan gambaran lokasi yang tepat betul2 berkesan;
.
Mama: Nanti pukul 10 Haqim ambil bantal dan selimut, bawa tepi tayar kereta ya. Haqim tidur di tayar sebelah kiri. Dekat dengan rak kasut. Kat situ sejuk. Lena tidur situ.

Haqim (Anak): Kenapa kena tidur sana?
.
Mama: Sebab dah hafal kemudian lupa dan malas pula nak ulangbaca al-waqiah itu. Kalau lupa hafazan Quran, akan buat Quran sedih. Nanti dia tak suka kita. Macamana Quran nak temankan kita dalam kubur kalau dia tak suka kita? Nanti sorang2 dalam kubur. Jadi praktisla dulu tidur sorang2 kat luar tu.
.
Haqim: oh? Ok la ok la baca sekarang
.
Mama: yeahhhh taktik menjadik!!
-
==========================================
.
Ayat lembut lebih menyentap dan memberi pengajaran kepada anak.

Jika dipukul, mereka akan berdendam dengan kita

Adakah anda mengamalkan didikan sebegini?

Salam Sayang!!

Sunday, October 19, 2014

Cara Mendidik Anak yang Degil

Assalamu'alaikum....

Hari ni saya jumpa satu link dari fb...terus saya bukak dan baca..sesuai sangat apa yang saya hadapi hari ini...perasaan geram dan amarah kepada anak sulong ku yang semakin hari semakin tak mendengar cakap ibu malahan abi nya juga..

3 Bulan



3 Tahun Baru Buat Sambutan Hari Lahir di Tadika Gemilang
Tulisan di bawah saya copy&paste sahaja..sebagai rujukan buat saya dan keluarga dan sesiapa sahaja...

Ramai yg mohon tip kaedah didik anak yg nakal. Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di di sangkakan/ fikirkan oleh hambaNya.

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:
1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman & Allah angkat hijab kpd doa ibubapa.

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll. Pesan kpd anak lelaki utk elak kencing berdiri. Pesan kpd anak utk ISTIBRA' selepas kencing. Lelaki dgn berdehem 3 kali & perempuan dgn urut dari pusat ke bwh.

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an & lancarkan penhadaman. Vit C membantu tenangkan fikiran di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an & ganggu proses penghadaman!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda (tel 03-89255292).

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Utk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem dpn anak sblm menasihati anak yg agak "degil". In sya Allah mrk akan mudah dengar nasihat!

20. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

21. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

22. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Moga Allah rahmati & bantu kita semua. Aameen, wassalam.


By : Dato Fadzilah Kamsah

Salam Sayang

Monday, October 13, 2014

Cara Didik Anak Solat


Assalamualaikum..

Saya sedang mencari bagaimana nak didik anak solat..

Google2 jumpa website siraplimau, dan bila saya baca..banyak yang saya dah praktiskan. dan di sini saya listkan mengikut ceritaku...hehe

Antaranya :-

1. Dekatkan anak dengan laungan azan.

Betul tu, teringat masa Abg Izz kecik lagi..masa baby, masa tu rumah kami ada TV so bila azan je dia memang suka lah.. bukan dalam TV je dalam radio kete pun dan saya pulak akan tadah tangan dan baca doa. Kita ni biasalah mesti akan baca dan abis terus amin kan..tapi Abang mesti marah...'Ibuuu...tak abis laggiii!!' hehee...dan satu lagi ni perkembangan dia sekaranglah..3 tahun sudah umornya...kalau dengar azan dari taman rumah kami ni mesti dia akan bagi tahu...' ibu dah azan dah...' Sebabnya saya selalu tanya ' abang dah azan ke? abang ada dengar tak?' yelah sebab kadang si Ibu tak perasaan azan...ni kes jam dinding kami (beberapa bulan lalu) takde bateri......hehe
Tapi Ibu-ibu Bapak-bapak sekalian alam...seeloknya ajarilah anak-anak anda untuk berdiam seketika ketika azan berkumandang. Yang ni kita lah kena tunjuk contoh. Paling senang nak bagi contoh terbaik adalah ketika kita berada di dalam kereta dan radio kereta tengah ON dan ada azan...so time tu takleh bercakap!  hehe..Yang ni saya sendiri tak titik beratkan dari awal..hummm..dusshhdusshhh!!

2. Ajarkan Anak Doa Selepas Azan.

Kita ingat macam anak takleh aje ikut..tapi sebaliknya boleh ajer. Buktinya abang boleh ikut sama bila doa di bacakan dari corong radio kereta. hehe..asyik kete aje. Yelah TV rumah kami dah rosak gara-gara abang lah jugak. Ok untuk bacaan doa selepas azan ni abang tak lah hafal tapi dia akan follow jugak bilamana doa dibacakan selepas azan. Kalau dulu dia akan tadah tangan je skunk dia dah pandai ikut. Tapi bukan selalu lah dia ikut sama. Kadang-kadang.

3. Didik Solat Sejak Kecil.

Betul tu, anak-anak ni akan tiru kita. Copy&Paste tau!! So tanya diri sendiri. Solat tak? Kalau diri sendir tak solat jangan lah pulak sebesar gunung kita mengharapkana anak-anak kita solat dan baik akhlaknya. Sebagai ibu, suri rumah sepenuhnya masa ku. Jadi saya memang 24 hours dengana anak-anak...anak pulak 2 orang..yang memang bergantung kepada kita. tak boleh tak tengok ibu. So bila saya nak buat sesuatu memang kena bagitau diorang ni..baik abang maupun yang adik..even adik tak pandai cakap lagi..'Ibu nak semayang jap yer' 'ibu nak jemur baju..' dan macam-macam lah..supaya diorang tahu apa yang si Ibu buat. Kadang tu diorang ikut sampai toilet..tanya ibu watpe tu..'Ibu amik air semayang,.' mesti si abang oooo...dan nak buat jugak..dan baru-baru ini saya perasan yang adik tu suka angkat kaki..hahaa...tiru ibu lah tu..ropernye..dan gerak geri kita dalam solat tu tak usah ceritalah..memang comel ajer kalau diorang turut buat. Yang tak menahannya (saya sangat stress) si adik suka sangat kacau ibu solat..kadang-kadang sampai terpaksa batalkan solat tu..macam-macam pengalaman dengan anak-anak ni. Oh ya..hari tu saya sempat rakam video si abang follow abi solat..ngeh3...ada dalam hp suami..kenangan tau..huhu

4. Belikan Kelengkapan Solat Untuk Anak.

Penting juga kelengkapan solat anak tau..kalau yang pompuan tu mestilah nak kena sediakan telekung...mesti yang kiut miut punya kaannn..Ok cam saya anak-anak lelaki, so kopiah aje lah. Paling seronok bila anak-anak ni pakai sendiri kopiah mereka! sangat comel! Dan satu lagi adalah sejadah. penting tau sejadah ni..khas untuk anak-anak, so diaorang akan rasa nak solat. Cam saya, kat rumah ada sejadah kecik..(saya punya waktu belajar kat U) masih ada. Tiap kali abang nak solat memang dia akan cari sejadah dia...'maanaa sejadah aabangg' kalula dia..selagi tak dapat yang dia punya dia akan rengek.

5. Rajin Bawa Anak ke Surau/Masjid.

Haa...anda pernah tak bawak anak-anak ke masjid? atau surau? rugi-rugi..hehe..sesekali bawalah anak-anak ke surau atau masjid agar mereka tau akan solat beramai-ramai yakni jemaah. maybe agak jarang-jarang anak dapat lihat solat berjemaah di rumah. Tapi kita as parents kena siap-siap pesan kat anak tak mau bising-bising dan berlari-lari kan marah jemaah yang lain. Abang selalu jugak ikut Abi nya ke surau. kadang elok perangai nya kadang tu Abi bagitau dia main-main juga. Kalau balik kampung sebelah Terengganu tu memang abang selalu ikut lah..hehe..

6. Ajar Anak Baca Doa.

Yang ni kita boleh ajar anak kita anytime tak kira time ajar diorang solat ke atau tak. hehe..maksudku biar anak kenal apa itu DOA. Saya kalau tengah drive akan bercakap dengan anak..itu kalau pikiran tengah ok2 tak messy,..selalunya perihal kereta lah..apa yang di lihat di atas jalan raya..ehh...dapat tengok dari dalam kereta. Kalau nampak sesuatu yang memang kita nak..so saya akan cakap..'abang kenalah doa...sekian sekian..' dan saya akan sebutkan doa itu...hehe..Ya Allah...yang abang pun akan ikut...tapi takleh panjang-panjang kan anak tu takmo ikut lak. Ok selalunya bila ajar anak solat ni..si Abi yang suka sangat tunjukkan cara dan biasanya 1 hingga 2 rakaat ajer..part bagi salam tu comel ajer...Abi dia akan pusingkan kepala..haha...baca doa plak camni je..tadah tangan then Aamiinn...Ni kes nak cepat..bukan apa..anak-anak cepat bosan kalaubuat sesuatu dengan lama.

Baik itu sahaja tips-tips untuk ajar anak solat, ini peringkat umor 4 tahun ke bawah bolehlah,,bila dah meningkat umur nya lain lah pula kan...so mak-mak bapak-bapak kena sentiasa tambah ilmu rumahtangga dan cara mendidik anak-anak agar mereka menjadi anak-anak yang menyejukkan mata&hati..hehe

Di sini saya link kan artikel tentang Bagaimana Wardina Saffiyah mendidik anak-anaknya solat


http://www.mamapeduli.info/2013/07/cara-wardina-safiyyah-didik-anak-solat.html

Salam Sayang.....