Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, September 30, 2014

Sebuah Karangan Murid Darjah 4

Assalamualaikum wbt....

Sesekali layan,,ok juga...hahaa..
Karangan budak darjah 4 dari sek keb... bertajuk:
 "Kemalangan ngeri yg pernah saya lihat"

Copy paste dr kiriman rakan guru
_______________________________________________________________

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu, barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. 

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. 

Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. 

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.
Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.
Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. 

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. 

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

...Innalillah...Mati Itu Pasti....

Wednesday, September 24, 2014

Tips Menjadi Populor Di Internet

7 Tips Menjadi Populor di Internet
Ingin jadi popular di Internet? Anda mungkin ada tujuan dan matlamat tersendiri untuk jadi popular, sama ada kerana minat, impian ataupun untuk bisnes. Tidak kira apa jenis tujuannya, yang penting anda harus melakukannya dengan cara yang betul dan terancang. Jika tidak, anda mungkin akan mengalami kerugian ataupun krisis yang tidak diundang.
Apabila kita berbicara mengenai menjadi popular di Internet, ia bermaksud hanya di Internet. Peminat-peminat dan pengikut anda akan menyebut nama anda dan mengikuti diri anda hanya secara online. Namun tidak dinafikan, ia mungkin akan berterusan di dunia ‘offline’ juga di mana anda mungkin dijemput oleh pihak media, mengadakan program tertentu, disapa oleh peminat dan sebagainya.
Sebelum anda melakukan usaha-usaha untuk menjadi popular, anda harus jelas dengan matlamat anda dan merancang apakah yang anda mahu lakukan dengan kepopularan anda itu nanti. Jika tidak, anda hanya sekadar popular, tetapi anda tidak menghasilkan apa-apa manfaat untuk jangka masa yang lama.
Selain daripada itu, anda juga harus merancang tindakan yang anda harus lakukan secara konsisten agar anda tidak mudah tenggelam kerana selain daripada anda, berjuta lagi manusia lain juga berusaha untuk popular seperti anda.
Terdapat banyak cara untuk kita menjadi terkenal di Internet. Berikut adalah 7 Tip dan ACTIONS’ yang boleh anda lakukan.
TIP 1. Miliki sebuah blog
Ini adalah langkah pertama yang wajib. Anda boleh menggunakan sistem blog yang percuma seperti Blogger.com dan WordPress.com. Namun jika anda benar-benar serius, anda boleh hasilkan sebuah blog dot com anda sendiri yang terus menggunakan nama anda seperti mana yang dilakukan oleh jutawan Internet Irfan Khairi melalui blognya, iaitu www.IrfanKhairi.com.
Sebaiknya anda menggunakan nama anda untuk nama blog kerana matlamat anda sekarang adalah untuk mempopularkan diri anda. Pada blog anda itu, letakkan sedikit biodata diri anda dan juga gambar anda (jika mahu).
Setelah anda mempunyai sebuah blog, anda boleh mula menulis. Anda boleh menulis apa sahaja perkara yang umum ataupun anda boleh memfokus kepada topik-topik yangspesifik sahaja. Sebagai contoh, Irfan Khairi menulis mengenai bisnes, perniagaan Internet dan motivasi. Bermaksud, beliau akan terkenal dalam kalangan orang yang meminati topik-topik tersebut.
Jika anda menulis pelbagai topik tanpa fokus, anda mungkin akan dikenali oleh sesiapa sahaja sebagai seorang yang popular di Internet.Tidak kisah apa saja topik, anda tulislah sesuatu yang memberi manfaat kepada pembaca.\
blog dan facebook
TIP 2. Facebook
Mungkin anda sudah mempunyai akaun Facebook, iaitu sebuah profile sendiri. Jika anda ingin popular di Internet, menggunakan profile Facebook adalah tidak sesuai, sebaliknya anda perlu menggunakan Facebook Page. Dengan menggunakan Facebook Page, lebih ramai orang dapat mengikuti perkembangan anda dan ia lebih meluas.
Sama seperti blog, anda perlu kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat kepada pengikut anda di Facebook. Pelbagaikan bentuk gaya penyampaian seperti serius, kelakar, santai dan sebagainya agar pengikut anda tidak bosan. Gunakan juga imej dan juga video selain sekadar menulis teks sahaja.
Setelah anda membina Page anda sendiri, promosikan ia di blog anda agar lebih ramai orang yang akan menyertai Page anda tersebut. Kelebihan menggunakan Facebook Page adalah, pengikut dan peminat anda dapat promosikan Page itu kepada orang lain dengan lebih mudah tanpa sebarang halangan.
TIP 3. Youtube
popular di internet
Selain membaca, pengguna Internet juga suka menonton video. Salah satu laman web yang mempunyai rating yang tinggi adalah Youtube.com. Jika anda memuat naik video yang menarik di sana, video anda akan cepat tersebar di dunia online sama ada diFacebook, blog, website, forum dan sebagainya. Malah, video anda akan mula menjadi buah mulut orang lain.
Sudah ramai pengguna Youtube yang biasa-biasa sudah menjadi popular. Contohnya, ramai artis di Malaysia adalah lahir daripada Youtube. Mereka pada mulanya hanya sekadar berkongsi video mereka secara suka-suka sahaja. Namun setelah mereka mempunyai ramai pengikut, pelbagai peluang terhidang di hadapan mereka.
Anda juga mampu mendapat perkara yang sama jika menggunakan Youtube. Perkara yang penting adalah anda perlu kongsikan video yang bermanfaat, namun tidak terlalu serius. Ia tidak semestinya anda perlu menyanyi, mungkin video yang unik, menarik dan santai untuk orang lain menontonnya, tetapi bermanfaat.
TIP 4. Kerjasama dengan orang popular
Ini mungkin satu kelebihan jika anda melakukannya. Ia umpama tonik segera untuk anda ‘melompat’ dengan lebih jauh walaupun anda baru bermula. Namun, cara ini mungkin sukar dan ia bergantung kepada rezeki anda juga.
Sebelum anda mula menggunakan cara ini, sebaiknya anda sudah mempunyai pengikut anda sendiri sama ada di blog, Facebook dan sebagainya. Malah lebih baik jika orang yang sudah popular itu juga mengenali anda walaupun sekadar melalui Internet.
Anda hanya perlu hubungi mereka dan berbincang apakah yang anda dapat lakukan secara bersama walaupun sekecil-kecil idea. Kelebihan kerjasama sebegini adalah kedua-dua pihak akan mendapat pendedahan (promosi) dengan lebih meluas. Kelebihan bagi anda adalah, pengikut dan peminat mereka akan mula mengenali anda.
TIP 5. Twitter
Selain Facebook, Twitter juga adalah ‘alat’ yang kerap digunakan oleh orang-orang popular untuk berkongsi sesuatu terutama cerita semasa mereka. Twitter lebih mudah digunakan kerana anda hanya perlu menulis ayat yang pendek sahaja. Gunakan Twitter untuk memberikan maklumat, info, pendapat dan sebagainya secara ringkas. Tulis juga perkembangan semasa anda yang terkini.
TIP 6. Konsisten
Apa sahaja cara yang anda gunakan seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu konsisten melakukannya jika anda benar-benar serius mahu menjadi popular. Usaha yang konsisten adalah amat penting terutama di peringkat awal usaha anda. Salah satu cara untuk kekal konsisten adalah dengan melakukan perancangan yang lengkap  untuk jangka masa panjang.
TIP 7. Kreatif dan unik
Boleh dikatakan banyak perkara telah diketahui oleh kebanyakan orang terutama di Internet. Cuma mereka akan mengambil tahu kembali perkara itu apabila ia disampaikan dengan cara yang berbeza. Elakkan melakukan sesuatu yang sama seperti orang lain lakukan untuk mengelakkan peminat anda mula hilang minat. Keunikan anda akan memastikan anda adalah lain daripada yang lain, bukan seorang “copy & paste” semata-mata.

NOTA PERINGATAN :
1. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Lakukan sesuatu usaha yang tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang.
2. Elakkan publisiti murahan yang boleh menjatuhkan maruah kita.
3. Jadikan kedudukan popular kita sebagai kelebihan untuk kita berikan kebaikan kepada manusia sejagat.
4. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jaga kata-kata kita agar tidak mengguris hati orang lain.
5. Apabila sudah popular, jangan lupa asal-usul diri.
 7 Tip ini dipetik dari www.irfankhairi.com

Monday, September 22, 2014

Sambal Tumis Udang

Tips memilih lada kering dan tips mendapatkan sambal yang sedap dan tahan lama

Resepi Sambal Tumis Udang

Sebenarnya resepi ni saya ambil dari belog kak Azlita Masam Manis. Suka tengok resepi-resepi dari blog kakak ni. memang terang satu satu.
Hari ni saya terpandang satu tips yang saya kira cukup baik untuk dikongsi bersama. Iaitu bekenaan pemilihan CILI KERING. Mesti yang suri rumah suka sangat kan? Termasuklah saya ni. Saya ni lagi lah bukan gemar sangat blend atau beli cili kering. Selalunya beli yang dah siap tu atau orang Pantai Timur panggil CILI BOH. Tapi yang sebenarnya atau afdhal nya kita beli cili kering dan buat sendiri aje lagi bagus!! dah terhindar dari bahan kimia..ngehngehh..

Ok first of all mari tengok dulu resepinya okey! So saya copy&paste aje ni..berserta gambarnya. Very nice and perferto instruction.

1 kilo udang ~ udang ni potong muncungnya bahagian yang tajam, jangan buang kepalanya tau, separuh dari kepalanya sahaja di gunting. Buang bahagian ekor yang tajam. Udang ni bila kita buat sambal dia sedap dengan kulit sebab nanti sambal kita manis..



Udang ni gaulkan dengan sedikit garam kemudian di goreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras. Bila dah merah angkat. Ketepikan.

Bahan Kisar

100gm cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar ( boleh ikut kaedah yang ita terangkan di atas)
10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis )
5 ulas bawang putih ~ dikisar
belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)

Bahan lain 

2 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja
1 sudu teh garam 
6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu )



  1. Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing. Lagi lama, sambal kita tahan lama.
  2. Anda boleh juga guna minyak lebihan mengoreng udang tadi, tapi panaskan dahulu minyak tu semula hingga hilang air udang.
  3. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Tumis hingga garing.
  4. Kemudian masukkan cili dan belacan yang di kisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak. Tumis ni lama-lama ya sebab bagi dia betul-betul garing dan hilang semua bau maung lada.
  5. Bila dah garing masukkan air asam jawa
  6. Lepas tu perasakan dengan garam. Kemudian masukkan gula. Gula ni kita letak banyak sebab sambal kalau mani-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
  7. Biar dia merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang kita dah goreng tadi.Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.
ok dah siap!!

Kembali kepada Tips memilih cili kering...juga saya copy&paste dari penulisan Kak AzlitaMasamManis

Sebelum kita membuat sambal atau apa-apa menu masakkan yang berasaskan cili, kita perlulah bijak memilih cili kering yang sesuai.

Sekarang ni lebih mudah, bila pergi pasar anda cuma perlu tanya pada penjual tu mana cili yang pedas dan mana yang tak pedas. Pasti mereka dengan mudah memberitahu mana yang pedas dan mana yang tidak pedas. Jika di pasaraya agak sukar kerana kita sendiri perlu tahu mana yang pedas dan mana yang tak pedas. Bagai mana nak tau?




Bila merujuk pada gambar yang ita tunjukkan di atas, gambar pertama, cili keringnya agak lurus, tidak bertangkai, berwarna merah berkilat. Kebiasannya cili kering ni jenis yang pedas. Kalau ita ita suka beli yang ini, sebab dia pedas. Ita suka sambal yang cukup kepedasannya.. bila makan berasap telinga.. pergh...!
Satu lagi tak payah letak cili banyak-banyak.. sikit aje dah pedas kannn.... 
Tapi kalau anda jenis yang tak tahan pedas.. jangan cuba-cuba ya.. 

Gambar yang ke dua adalah yang biasa di gunakan orang ramai terutamannya peniaga makanan. Cilinya berkerinting, kurus bertangkai dan pudar warnanya. Kalau jenis yang ni memang tak pedas lah.. Kalau anda jenis yang tak tahan pedas boleh lah guna cili ni. Kalau ita guna cili ni mau.. ita letak banyak-banyak.. sebab memang tak pedas.. suami dan anak-anak pun akan tegur nanti aik.. tak pedas pun sambal.. haa... ini bermakna ita guna cili yang kerinting ni lah.. Bisa ita guna cili ni bila ada tetamu nak datang makan di rumah.. sebab ya lah.. takut tetamu tak tahan pedas pulak..!

Cili kering pada gambar ke tiga tu.. kalau kat Johor ni memang payah lah jumpa. Biasanya kita boleh jumpa cili ni di sebelah utara dan pantai timur. Cilinya besar-benar.. masa mula-mula ita lihat mak mertua ita guna cili ni.. ita sedikit terkejut dan jakun.. maklumlah tak pernah nampak lagi di Johor. Rasanya cili ni di bawa masuk dari sempadan Thai.
Cili ni nampak aje besar dan merah menyala.. tapi lansung tak pedas.. Kalau nak bagi sambal warna merah menyala tapi tak pedas boleh lah guna cili ni.. sikit aje cilinya dah merah. Tapi memang tak pedas lah.. Pada ita yang tekak anak selatan ni.. kalau tak pedas tak kick!
Bagaimana pula caranya kita nak membersihkan cili.

Ada banyak kaedah yang suri rumah gunakan. Biasanya ita potong besar 1 inc dan rendam dalam air hingga kembang. Bila dan kembang cuci bersih sampai dah hilang warna merah keruh airnya tu.  Masa cuci tu buang sekali bijinya, tapi biasanya ita tak buang semua bijinya, mana yang dah tertanggal tu ita buang lah tapi mana yang tertinggal tu ita kisar sekali. Menurut kata mak bijinya tu yang membuatkan sambal kita pedas. Kalau di buang semua, sambal tu dah tak pedas lah.. Jadi kesimpulannya di sini kalau nak pedas jangan buang semua bijinya.. tapi kalau tak nak pedas.. buang lah semua bijinya.

Lagi satu yang biasa mereka guna ialah gunting memanjang dan buang bijinya. Kemudian cili kering tu di rebus. Anda boleh guna kaedah ini jika jenis yang tak makan pedas. Sebab comfirm cili kering bila dah rebus dan dah buang bijinya dia memang tak pedas. 

Untuk mendapatkan warna sambal yang merah menyala tu.. masa potong cili ambil yang merah sahaja, kalau ada yang dah coklat atau yang macam buruk-buruk tu buang ya.. sebab kalau di kisar sekali sambal tu warnanya tak cantik nanti.. ini petua dari mak ita.

Sambal ni bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Kalau sambal nak sedap guna bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Biasa ramai yang malas nak kupas bawang kecik mereka suka guna bawang besar.. sebab bawang tu besar kann... mudah di kupas dan satu dua biji dah cukup...  tapi kalau sambal nak sedap guna bawamg kecil.. dan bawang ni letak banyak-banyak baru kuah sambal tu manis dan enak.

Satu lagi tips sambal nak sedap, enak dan tahan lama, minyak masa menumis kena banyak. Minyak yang banyak buatkan sambal tahan lama terutamanya sambal ikan bilis, kalau tak panaskan pun.. tahan berhari-hari. Tapi kalau sambal udang kena selalu panskan ya..

Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.

Lagi satu, kalau nak sambal merah.. gula kena banyak.. sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manisnya.. pedasnya.. masin dan masamnya.. baru lah kaw!

Haaa....Dah Tau? Bolehlah buat sendiri cili boh kan??

Ok thank you very much ..http://www.azlitamasammanis.com/

Ceritaku

Assalamualaikum
Morning!!

Hepy Monday..

Selamat bekerja buat ibu2 gojes..

Hari ni mula persekolahan anak2 setelah seminggu bercuti,tapi semalam pun dah mula sekolah bagi negeri2 tertentu. Ermm mesti agak 'berat' untuk bangun awal pagi kan? Ohhoo bermula lah kembali rutin seperti sebelum2 ini.. jalan raya mulai kembali sesak..oh itu sudah menjadi lumrah bagi warga kota. Mungkin di tempat anda tidak mengalami keadaan seperti di kota raya. Saya pula? Tidak perlu bergegas gegas bersiap di awal pagi lagi seperti mana 8 bulan yg lalu.hehe..ini pilihanku, menjadi suri rumah kepada 2 orang anak lelaki yg kian aktif,lasak dan kuat serba serbi.

Tapi pagi ini cabarannya bila mana si anak bujang agak berat untuk mandi dan ke tadika. Dah siap berbaju iniformnya dia buat hal pula taknak..berkeras taknak pegi. Ermm sampai ke sudah tak nak. Puas si ibu bebel dan pujuk.
Pandai pula dia masuk bilik dan kunci,merajuk lah konon. Sabar aje lah. Dan sebenarnya saya amat geram dan marah dgn sikapnya yg semakin hari tak mendengar cakap kita sebagai ibu nya.

Mungkin ujian dan cabaran menjadi ibu dan membesarkan anak bakal saya lalui dan tempuhi..baru punyai 2 orang anak..bagaimanalah pula nak handle anak yang lagi ramai?? 7,8,9 atau 10??

Allah kuatkan daku....aku ingin berikan yg terbaik untuk mereka..anak-anakku...

Nukilan. ..ibu muda yg bekerja dari rumah..
www.kedaisuplemen.com.my

Tuesday, September 16, 2014

Assalamualaikum......ceritakuuuu

Haii..Morninkkk!!

Bersiaran dari teratak rumahku syurgaku. Hurrmm....Sabtu lepas kami sekeluarga pulang ke kampung halaman suami,,nun jauh di utara. Pulang kali ni merangkap hantar mak dan ayah mertua balik. Diorang datang ke sini seminggu sebelum tu tapi hari Jumaat lepas (12 sept) baru datang tidur rumah kami. Mulanya plan kami nak hantar Myvi hijau ke Alor Star tapi tiba-tiba penyewa tu cancel pula..:('  Kalau kami balik naik Myvi so ada chance lah kami sekeluarga naik kapalterbang!! yeeahheeeaaiii. Then takpelah tak jadi pun. Pastu myhubby, mulanya nak bg mak ayah dia balik naik kapal terbang, kemudian tu naik bas...ehh last2 takpa lah sayang kita hantar ajer lah mak ayah balik..(xtually i'm ok ajer kalau balik..yela lagi pun kan coti 1 Malaysia semalam kan..)
So ..baliklah kami sekeluarga bersama-sama mak ayah mertua ku. kami sempat singgah kat Kuala Sepetang pekena MEE UDANG Mak Jah. waahh wahh...daku makan sungguh..habis kotoq tudung yg sememangnye dah tak cun tuuhh!! aargghh lantak lah koi tudung asal aku dapat makan., bebudak 2 orang tu pun boleh tahan makan jugak udang. So far saya boleh bagi 3 sotongah bintang kat kedai Mak Jah ni...Hamboii kou kedekut benor bintang nyer!! hehee.
Selain tu ade gak jual cucur udang, goreng pisang, kerang bakar, siput sedut pun ado!! ehh pekasam pun ade orang jual kat situ tau! Cuma I nak komen sikitla kat tempat tu. Surau..Dekat situ ada kemudahan surau, lupa apa nama surau nya. Tapi surau tu bukan kepunyaan Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang tauu...surau tu need to be up grade sikit n kebersihan kena jaga lah sikit. sebab apa..daku mencari tong sampah tak ade?? Errkk...mane mau lempaq pampers taik anakko...waduh2,,,die berak masa sampai tu. hurmm...siap kena my baju lagik..anookk ooiii..hehe. masyam2..eh berbalik pasal surau tadi, rasanya kalaulah surau tu perbaik sikit toilet dan tempat amik wuduk nya lagi elok. sebab ramai kot pi makan kat kedai Mak Jah tu...Mak Jah pun..bisnes masyuk tu..hihi..memandai ajer aku ni kan?? entah lah beriban2 dah Mak Jah derma kat surau tu engko tak tau?? hihii. Ok semoga bisnes Mee Udang Mak Jah ni makin mantap dan maju.

Dah kenyang makan tu kami terus gerak balik lah.. oii kenyang2 sedap tidur..lalu kami semua tidur lah tinggal lah pilot kami sorang yang tak tidur..eh mestilah kan..kalau tak camno 'kapal' kami nak gerak..ngeeeehhh....dalam lena dibuai mimpi tu..lekonggg!!! torkojut gegil niiihh...ingat apo lah.. sib baik myhubby tak de lah pecut sangat..kira memandu secara berhemah lagi..(hikhikkss) Nak tau apa ke bende bunyi tu? Tayar belakang MELEtOP!!.. dengan slow molly myhubby ketepi jalan..masa tu kat highway JURU tak silap lah..berhenti lorong kecemasan tu,, ada kun oren tu..haa letak kat tepi. Kami pun turun lah. Tengok sama..ada sorang budak lagak cam pomen duk perati..hehe..myson lah..abang izz udin..potpet mulut nya. Myhubby tanpa banyak cakap bukak bonet amik lah tayar spare.jet2. ambe ingat die tak leh buat..alhamdulillah berjaya jugak keluarkan tayar dan pasang. ermm tayar yang pecah tu baru lagi ganti. ada paku tercocok dalam. Sabar ajelah. mujurlah kami tak ape-ape kan...

Sampai EeSPii dah nak Maghrib gitu..lepas solat kitorang berempat keluar pegi kedai..hehe..kami pegi cari mesin basuh tuk maktok n tok wan. Memang ni hajat kitorang. bulan 9 nak kasi mesin basuh..dan peti sejuk. tapi kali ni bagi mesin basuh dulu memandangkan itu memang keperluan. sadis tengok mesin basuh mak takleh muat banyak baju sebab dah uzur...dah lama daku perhatikan...dalam hati..eh takde sorang ke anak dia yang mampu belikan mesin basuh ni?? anak menantu dah bertambah ni..balik sesekali nak basuh baju..humm..pastu daku perhati peti sejuk lak..but buat masa ni looks ok lagi. So kami beli mesin basuh 8.0 kg sama brand cam kami punya HITACHI..nak tau harganya ? RM*^%...haaa teka lah..kihkih...mahal sikit dari kami.. seingat kami beli dalam rm850. Malam tu gak sy duk survey lah harga peti sejuk aka fridge ni around rm1500 ke atas jugak kalau yang besar. hurmm..so myhubby kata takpelah nanti kitaorg pakat-pakat lah..(dalam hati..ooo...xpelah..ikut suka depalah..adkwadik) hehee...ambe tak kisah pun. selagi myhubby dapat berbakti pada orang tua nya selagi tu ambe tak halang. Lagi pun inilah masa nya gembirakan hati orang tua nya. Aku? kami? takpe i'm ok..kalau boleh nak gak myhubby turut sama memberi kepada orang tua ku jua. yelah nak mengharapkan daku yang hanya suri rumah ini. rasa nya daku memang tak berkeupayaan lagi..(sob sobss)

Hurmm,,,,banyak lagi plan2 kami husband n wifey tuk orang tua kami. moga-moga Allah redha. Moga-moga Allah bagi rezeki lagi kat kami...my MIL said...moga bertambah rezki mie...kui3..amiin

psstttt.....naktau..MIL suh branok lagi...anok gegil lah puloks katenyer....waduihh waduuhhh...

tataaatitii tutuuuu...

Foto: Abang balik dari Tadika

Friday, September 12, 2014

Terbang Tunduk

Yang ini pun antara lagu yang tengah ngetop sekarang ni..satu malam tu sy duk layan youtube..saja nak gembirakan hati, anak pun dah lena. Masa tu jumpalah penyanyi lagu Arjuna Beta by Fynn Jamal. Sy baru tau kisah nya dari adik, si Joyah tu. Ok la best dia ni nyanyi. Then baru perasan satu ketika dulu ada viral video sorang pompuan berjaket merah baru dapat parcel dari Malaysia. Belacan!! Happynya sampai nangis!! Begitulah bila kat obersi mestila kita rindu dengan negara asal kita terutama sekali bab makan2 ni. Kalau saya lak mesti rindu sama BUDU..heheee...ok jom layan lagu ni. Bait2 kata nya sangat syiokk oohh,,baca lirik pun sy dh bleh nyanyi..kikihh..prasang! tapi suara dia memang lain dari yg lain.
Lirik Lagu Terbang Tunduk – Fynn Jamal

Bertahanlah wahai raksa
Jangan kau terhenti
Berpautlah wahai nyawa
Ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka
Getir yang menghalang
Tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar dibelakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang
Dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati [3x]
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Paksakan ku tunduk sehingga mati
Paksakan ku tunduk
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati [3x]

Hujung Dunia

Salam,, arini nak bagi lirik lagu yang tengah HOT sekarang ni..Best sy suka dengar n ikut sama. hehe..kalau kita tengok liriknya memang ada benar nya kan..dats is y i like it!
Nak tengok video nya boleh search di youtube. ada yer..Hanie Soraya ni anak didik Faizal Tahir..if i'm not mistake lah.

Lirik Lagu Hujung Dunia – Hanie Soraya

Pikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut
Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti
[chorus]
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama
(hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia
Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna
Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati
[ulang chorus]
Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini
Lalalala lalalalala
[ulang chorus

Tuesday, September 9, 2014

Kolagen

assalamualaikum..

hari ni saya nak coret sikit tentang kolagen,,anda tahu bila masa yang sesuai untuk ambil kolagen ni? ok kebiasaan nya masa yang paling sesuai ambil adalah Sebelum tidur, Masa ni proses regenarasi kulit berlaku semasa kita tidur ATAU sewaktu Bangun dari tidur sebelum anda makan apa-apa maksudnya peerut masih kosong. Ini kerana kadar serapan nya adalah lebih berkesan. 

Okay bagi mereka yang bajet tapi masih ingik kekal kelihatan cantik saya cadangkan ambil suplemen seperti Vitamin ACE, CBE pun okay juga..atau mengamalkan EPO @ GLA complex yang ini mesti kita amal dari muda sebab apa tau aritu ada member saya cakap dia tanya sorang Indian girl ni kan umor dah 40 an camtu tapi kulitnya waahh..gorges!! rahsianya dari zaman remaja ambil epo ni. Kalau anda tak nak juga saya cadangkan ambillah viatmin C coz vitamin C pun boleh menghasilkan kolagen semulajadi dan berterusan.....takpun boleh makan oranges bebanyak. ahaakkss,,,@..@


Jika nak tahu lagi boleh jenguk ke kedai alam maya saya
pages ; Diari Sihat Ibu

Monday, September 8, 2014

Murtabak Segera

Assalamualaikum,,,bersua kembali pada pagi yang indah, syukur di beri nafas dan sempurna pancaindera dan dikelilingi buah hati ku,,anak-anak dan suami pelengkap hidup ku..sayang dunia akhirat. okey hari ni saya ternampak satu resepi yang saya kira cam senang je, murtabak. actually dah lama pendam hasrat nak buat jugak walau sekali. sebab nya saya suka murtabak. lebih-lebih lagi banyak inti dan nipis aje kulitnya...cicah plak dengan kuah sirap+cuka+bawang tu...perrrgghh i loikee!!

meh kita tengok bahan&caranya: kopipaste je =)

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 2 sudu kecil garam
  • kulit popia
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang cincang

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Dscf5170
    apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Dscf5173
    pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. masukkan bawang cincang. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Dscf5176
    goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

* NAK kena beli dacing cincang lah ni. kulit popia dah ada lama benau duk dalam fridge tu, doh keras kekkong!


Awet Muda

Saya percaya ramai wanita mementingkan kecantikan dan kesihatan but most probably wanita ni akan jaga kecantikan lebih lagi daripada kesihatan. hehee. Nak awet muda? Oh mostilaahh kan. So how? Cantik ni is a very subjective. Betol? Kalau tak, tak kan suami kita pilih kita..hehe. Mestilah di mata suami kita tu..isteri ku cantik. Suka tak? Suka tak? ok cantik, muka tangan and all tak kekal lama pun. so kita sebagai wanita kenalah sentiasa titik beratkan soal kecantikan ini. dan kecantikan akhlak peribadi seorang muslimah tu yang paling utama. Mungkin dulu kita bukanlah solehah sangat. Now bila dah semakin matang atau dah terbuka hijab tu kita cuba untuk menjadi solehah as we ask for temukan aku dengan suami yang soleh...hehe..dulukan masa anak dara selalu doa macam ni kan. Bila dah kahwin..eh apa dah aku merepek ni...hisshhh

Anda tahu yang di dalam badan kita ada kolagen? setiap tahun eh..seiring dengan peningkatan usia kita kandungan kolagen di dalam badan akan berkurang. sekarang ada bermacam-macam jenis kolagen keluaran pelbagai syarikat. apa penting nya?untuk apa? actually kolagen ni tuk buat kita kelihatan muda. begitulah bahasa mudahnya. Antara ciri-ciri kalogen yang bagus camni :-

  • ringan& saiz molekul kolagen yang kecil supaya badan senang serap
  • sumber kolagen berasaskan haiwan adalah kolagen yang kuat,sisik ikan vs kacang soya mana yang lebih kuat?
  • cara pengambilan secara oral, bukan nya tempek sebab kolagen ni molekul nya besar sukar nak tembus masuk kulit.
So buat kaum hawa sekalian..anda dah ada amik any of collagens? or anda ada petua untuk kekal awet muda? benda ni kalau kita tak cuba tak amal kita tak tahu kan. so cubalah berkolagen dan menjaga kecantikan luar dan dalam samada nak guna pakai petua orang lama atau pun guna pakai cara moden, nak amal any of supplements, jamu, makjun...hehe. semua nya terserah pada diri sendiri.
Buat masa sekarang saya memang amalkan produk2 keluaran Shaklee dan ada juga ambil madu,habatussauda,minyak zaitun dari hadramawt. semua ni tuk terus kekal sihat bertenaga dan cantik luar dan dalam. Nak tau apa suplemen untuk cantik boleh cek di kedai saya ni www.kedaisuplemen.com.my 

Oppssss...Bulan ini September 2014 ada double promotion dari Shaklee iaitu Collagen Powder Beli 6 Percuma 1 dan juga Meal Shakes  Beli 3 Percuma 1.....pssstttt murah murah murah....boleh lah hubungi saya untuk buat belian atau pun ingin join ahli Shaklee hari ini. whatsapp/sms 0192604595

Sunday, September 7, 2014

Hari Wanita

Assalamualaikum............

Hari ni 8 September 2014 adalah Hari Wanita. Oh baru ku tahu, ni pun kebetulan saya duk dengar radio IKIM.fm online. Okay,,agak-agaknya apakah bentuk penghargaan yang sesuai buat seorang wanita? Tahu tak wanita pertama yang syahid kerana Islam adalah siapa?? Sumaiiyah...hurmmm baru saya tahu patutlah ada lagu Sumaiiyah by Hijjaz kan. best lagu tu. Ini saya jumpa lagu nasyid yang sesuai tuk wanita....untuk kita-kita ajer.. Engkaulah Wanita


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lirik Wanita - Dehearty @ Lirikami

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-wanita-dehearty.html#ixzz3ChnBKdBp


Beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan. Walaupun adakalanya menjaga anak perempuan lebih mencabar, namun pahalanya juga lebih besar. Jom kita lihat kelebihan anak perempuan dalam Islam..
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Begitu banyak kelebihan anak perempuan dalam Islam.. SubhanaAllah..
credit :www.farahalias.com
`````SELAMAT HARI WANITA`````
www.kedaisuplemen.com.my