Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, November 24, 2014

Minum Air Kosong Baik Untuk Tubuh Badan



Hari ini saya

akan kongsi 3 petua:

Petua #1 - Minum banyak air. Badan kita memerlukan banyak air,
justeru minum air secukupnya. Air bukan sahaja untuk mengusir toksin
dari badan, jika anda mempunyai lebih banyak air di dalam badan anda,
anda akan merasa sihat dan cergas. Ia juga akan mengelak kecenderungan
untuk makan dengan banyak, atau makan mengikut nafsu. Perkara terbaik
mengenai air ialah ia sama sekali tidak mempunyai sebarang kalori.


Petua #2 - Mulakan hari anda dengan segelas air. Sebaik sahaja anda bangun,
minum segelas air kosong (suhu bilik). Ia adalah satu cara yang baik untuk
memulakan hari anda dan selepas itu anda hanya perlu minum sedikit ketika
sarapan pagi. Segelas air mengeluarkan semua jus pencernaan dan ia seperti
pelincir dalam badan anda. Selepas sarapan, bolehlah kalau nak ambil secawan teh.

Petua #3 - Minum segelas air sebelum anda mula makan, seelok-eloknya 30 minit
sebelum. Air secara semulajadi memerlukan ruang, justeru anda terasa kenyang
tanpa perlu makan dengan banyak. 


InsyaAllah saya cuba untuk update lagi dari semasa ke semasa bekenaan minum air kosong!

Ok Drink Lots of Water yerr!!! Bagus untuk pencernaan kita

No comments:

Post a Comment