Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, November 26, 2014

Kelas From Zero To Hero

Helloooo............^_^


Hari ni saya nak berkongsi mengenai kelas yang saya hadiri pada Ahad 23.11.14 baru-baru ini. Kelas? kelas apa tu? hehe..sebenarnya saya agak terlambat dapat info tentang kelas ni..kebetulan pada sehari sebelum kelas saya ada terlihat posting di fb Kak Umee Suziana tentang kelas Shaklee ni. Kelas ni untuk mereka yang susur galur di bawah WonderMum Network dan Permata Jutawan. 
Teringin juga untuk pergi, sebab rasa cam lemau sikit dan lagipun tempat kelas tu dekat je dengan rumah. Terus mesej suami ku, dan suami bagi tau ada kenduri kahwin kawan dia dekat Seremban. Hurmm...macam mana tu..di tanya-tanya pukul berapa kalau nak pergi kenduri. Langsung tak dijawabnya. Lastly dia cakap ok, 'pergi lah kelas...esok b nak pergi kedai tayar, tukar tayar kereta..b bawak anak-anak sekali'..huhuu...mekasih ya..always bagi peluang and support. Tapi saya bawa yang kecik, adik..ke kelas tu..dan abang ikut abi nya. 
Kelas itu bermula jam 9.30 hingga 3 petang dan ada solat dhuha sekali. Tapi saya dah siap-siap dhuha di rumah. Sesampai je, tengok orang tak ramai lagi jadi sempatlah saya bersarapan bersama-sama suami dan anak-anak di kedai mamak berdekatan FaizLand. Oh yer..FaizLand ni terletak di The Atmosphere, bangunan kedai yang agak baru dan ada banyak wall art dekat situ. Landmark nya berdekatan Giant Seri Kembangan dan juga Downtown Tropika. 

Kelas bermula sekitar jam 10 pagi, dan pembukaannya di mulai dengan sedikit pengenalan sejarah Shaklee oleh Kak Umee, yang merupakan orang kuat program ni..hehe..kira pengajurlah kan..Kak Umee pun tak kurang hebat orangnya, Key Coodinator makna nya ada satu tangga lagi nak daki maka layak lah bergelar Master di dalam Shaklee.. nama group nya Sinar Jutawan..cayalah! anak 7 ni..tau..saya memang salute ar kak umee ni..hihii
yang hadir ni masing-masing kena present tau..haa amik ko..memula tu kan ingat just datang je and tadah je telinga..hehe..so saya pun kena jugak lah present tentang produk..Vitalea..bersama lagi 2 orang peserta.. itu pun kenal masa tu la..ok lah sebab peserta pun tak lah sampai berpuluh-puluh orang..lupa kira ada bape orang tapi yang pasti ada 2 orang lelaki, iaitu suami kepada peserta. Supportive betul suami diorang ni..hehe sudi masuk kelas yang di konker pompuan!

Kumpulan kami present yang pertama, sebab slide dah ada..mujur kawan tu dah tau..maklumlah saya nye whatsapp dah takleh guna..saya main cakap ajer, dan ada cerita serba sedikit tentang pengalaman ambil multivitamin aka Vitalea ni sewaktu hamil dan juga sekarang pun masih ambil tapi kadang-kadang, bila perlu. Ada sesi soal jawab juga, sesiapa yang jawab tu dapatla kolagen 1..hehe..saya pun tak lepas peluang mencuba..so dapatla 1 sachet. Mahal tu 1 sachet tu dah sekitar RM15++ kot..tambah lagi 2 sachet pemberian dari Presidential Master Kak Cery, iaitu pemilik FaizLand dan juga merupakan pengasas kumpulan MamaFaiz & Jutawan Shaklee...

ehh..lupa jemputan 2 orang speaker iaitu Tuan Nurul Ain (Master Permata Jutawan) dan Dila Roslan (Master Wondermum Network) turut berkongsi ilmu kepada kami. Apa yang dikongsi oleh Master Dila adalah kalau tak silap saya lah..hehe..malas nak ambik buku pi tengok k.. Magnet Rezeki manakala Master Ain, Marketing..Tribe..apa lagi ek..huhu..
Masa diorang present pun dah agak terlewat, jam melebihi 3 petang..masing-masing perut pun dah bunyi-bunyian, kami tak dang makan lagi sebabnya makanan yang di tempah lambat sampai dek kerana tersesat..huhu..nasi kerabu oh nasi kerabu..
Kelas habis dalam pukul 3.30 begitu..suami ku asyik sms bila nak habis, sebabnya dia duk menunggu, dan dia pulak belum solat zohor lagi...abang pulak ketiduran...
Lepas bersalam-salaman, saya terus ambil nasi dan meninggalkan kelas..ye lah kesian kat suami lama menunggu..apa pun kelas ni sedikit sebanyak buat hati saya gembira. Dapat berkongsi ilmu, dapat kekuatan, dapat bersosial...dan insyaAllah setiap apa yang kita buat pasti membawa ganjaran dari Allah swt jika ia memberi kebaikan kepada kita ye dak?

Ok, layan lah foto-foto yang sempat di ambil sepanjang kelas. 

Ini lah Kak Umee Suziana, sambil dukung anak ke-7 tu..power kak umee, key coordinator okeyy!!

Ini pula Kak Syikin Hashim, seorang Cikgu sejarah yang lancar berbicara, Supervisor begitu bersemangat sekali datang dari Johor 

Waktu ni kami menyanyi kot!

Daku tengah berdiri di depan present pasal VitaLea si Multivitamin pertama dari Shaklee

Semua pompuan TAPII...nampak tak? ade boboi di situ..ngeee =)

Master Dila Roslan sharing tentang keajaiban menjemput rezeki

Master Ain sharing tentang macam mana nak jadi diri sendiri, nak menjual..macam2 lah 


Haiiiiii yoooo!!!

Smileeee..........TIGAAAAAAAA =)))))

Guuuuddddddd....Besttttttttttt

                                                   
Di tangannya ada mufin pisang, disuapnya kat baby tu...

Pening arrgghh apa la mok cik cakap ni..laju benoorr

Oklah....conteng ajer laahhh

*** dapat gudi beg tau, ada buku nota, pen dan 2 sachet kolagen shaklee dari Mama Faiz aka Kak Cery, Presidential Master sudaaa....bermakna bonus bulanannya 6 angka yer..dengar-dengar menghampiri 1million...huuuhhh...fuhhh..lap peluh!!

OK best tak? BeSt ke BEST?


No comments:

Post a Comment