Mencuri masa sekejap ni, saya nak kongsikan dengan anda semua apa yang dah saya buat pada sabtu lepas. hurmm..dalam enam jam saya tinggalkan anak-anak dekat sang suami.. kesian yang adik tak dapat susu ibu 6 jam! Alhamdullah saya telah pergi berkursus DOBI setelah sekian lama teringin nak pergi tapi tak dapat nak join. Dari hamil anak kedua hari tu lagi nak pergi kursus dobi, tapi saya hold dulu, kemudian dalam beberapa minggu sebelum ni suami ada nyata kan pandangan..'cubalah search pasal perniagaan dobi' so dari situ saya mulalah pencarian di google berkenaan perniagaan dobi ini. Saya terjumpa website ZnZ Network, dan kebetulan tarikh kursus dalam masa terdekat tambahan pula tempat training nya berdekatan dengan rumah kami ni. Rupa nya saya selalu aje lalu di hapan bangunan tu cumanya tak perasan. Kursus nya berharga RM150 bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang. Ada bisnes plan, ada praktikal juga dan di sediakan makan minum berserta sijil penyertaan.
Semasa kursus yang saya hadiri tu ada seramai 9 orang peserta, ada yang datang berpasangan. Masing-masing belum mulakan bisnes dobi lagi. Ada seorang kakak tu, dia merupakan kontraktar binaan dan baru nak mencuba bisnes dobi..katanya dia ada mohon tender dobi di salah sebuah kolej baru di TATI Kemaman, Terengganu. Oklah tu kan,,
gambar di atas adalah owner ZnZ Network tuan Zamri Razak. Kata beliau, mempunyai 4 buah kedai dobi dan beberapa dobi layan diri (coin) di pusat pengajian sekitar KL ni..
Di bawah adalah beberapa gambar semasa praktikal dijalankan oleh Tuan Zamri di kedai dobi nya yang terletak di LP 7, Bandar Putra Permai
Di kedainya tak menyediakan perkhidmatan dry cleaning, jadi kami semua tak dapat tengok bagaimana proses dry cleaning tu..mesin nya agak mahal tau.
Bercerita pasal bisnes dobi ni, kalau anda dah ada modal ada kawasan yang strategik, jangan lengah-lengah terus kan sebab apa bisnes dobi ni dah menjadi satu keperluan terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Jangan sempitkan fikiran, dobi hanya pakaian harian aje, walhal sekarang kasut sekolah pun orang dah hantar dobi..huhu..orang katering, butik pengantin, badan beruniform pun pergi hantar kedai dobi.
Tolong doakan saya juga boleh buka kedai dobi saya sendiri suatu hari nanti ye..para pembaca yang budiman. Hurmm...Makbulkan lah ya Allah..Ameen
No comments:
Post a Comment