Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, November 18, 2014

Bread Puding Atau Puding Roti Mudah dan Lazat!!!



My Bread Puding




Mornink!!!

Assalamualaikum...

Hari ini Rabu 19.11.14 Ohhh sudah 19hb, dah tak tahu berapa hari..jap tadi pergi tengok kalendar baru tau..huhuu..parah betol lah. Petang semalam saya ada buat puding roti, rasanya ini kali ke3 kot.. kali pertama semasa tinggal bersama-sama famili kakak ku di Dungun..hangus, lastly tak makan..kali ke2 buat di sini..ok boleh makan, dan my hubby kata makan dengan kuah la kan..hehe.. dan semalam saya tak buat pun sos nya, sedikit malas dan sayang telur..hihii.. so saya hanya guna susu full cream keluaran Dutch Lady. Untuk kali ini saya ada refer youtube. Just search puding roti, banyak video yang boleh kita pilih. dan resepi puding roti untuk kali ini saya ada ikut yang ini http://www.youtube.com/watch?v=yHsHxUSgl5Y sebab tak tau nak pilih yang mana, senang aje buat puding ni..mat saleh punya stail pun nampak sedap.

Ok ini resepi dari saya, saya tak totally ikut seperti video tersebut. Ada mix and match. But overall sedap dan boleh makan. Next time will try others recepi

Bahan-bahan:
 + 5 keping roti Gardenia
 + 2 sudu besar butter
 + 8 sudu besar gula perang
 + sedikit air
 + 3/4 cawan susu full cream
 + 2 biji telur ayam
 + kismis
 + sedikit esen vanila

Cara-cara:

  • Mula-mula potong roti kepada 4x4 bahagian kecil, susun kedalam bekas acuan yang telah di gris butter,
  • Panaskan pan@periuk, masukkan sedikit air kemudian gula perang, tak perlu kacau just golek2 kan pan, kemudian masukkan butter, bila butter mula mencair masukkan susu dan kacau menggunakan whisker.
  • Rendam kismis di dalam air, biarkan seketika, kemudian tapiskan..
  • Dalam bekas lain, pukul telur menggunakan whisker, dan kemudian masukkan bahan yang telah di panaskan tadi. pukul hingga berbuih-buih, kemudian masukkan sedikit esen vanilla.
  • Masukkan adunan ini kedalam bekas acuan yang berisi roti tadi. 
  • Kemudian taburkan kismis. tekap-tekap adunan roti menggunakan sudu@sudip.
  • Bakar dalam oven suhu 170 celcius selama 30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
  • Ohh yer, saya bakar ikut cara mat saleh, di mana acuan di letakkan di dalam bekas yang berisi air panas. ini mengelakkan puding hangus di permukaan bawah.

    Sebelum di bakar



Selepas di bakar


Sedap sangat makan waktu pepagi, sejuk-sejuk dari peti sejuk semalaman...
Anak saya yang adik suka, banyak makannya, but abang tak sangat dia just makan kutip makan kismis dan susu tu..hihi..walau apapun saya sangat puas hati untuk cubaan kali ke3 ni, tak taulah istilah puding roti paling sedap tu macam mana..hehe..tapi saya pernah makan puding roti di hotel Avillion Cove Port Dickson..hurmm sedap! dan chef tu buat tak lah terbakar cam saya punya ni..hehe..
insyaAllah nak try ikut video ini pula lepas ni..http://www.youtube.com/watch?v=NJ0rToBHYtQ yang ini kombinasi milk and cream..
ok try lah everyone! resepi mudah je, pasti anak-anak dan suami suka!


Selamat Mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment