Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, November 5, 2014

Menulislah..........



Haii Hellooo..

Ini mungkin entri ekspress lagi...sebab sementara duk depan lappy ni, tapi ada hal lagi tak settle, (rahsia)..sebenarnya, segala apa yang saya tulis di dalam blog ni adalah kisah saya bersama keluarga, anak-anak, mungkin ada tulisan saya menyentuh perihal yang tak sepatutnya..maafkan saya..saya suka menulis,,sebab dalam fikiran, hati sanubari bermacam-macam ada,,dan saya tiada siapa nak diluahkan dikongsikan, ini lah medium saya. mungkin ada catatan saya dapat membantu sesiapa sahaja, mungkin juga tak membantu langsung! semuanya PoyO!! heheww...yang baik boleh dijadikan panduan, yang tak baik tu jadikan lah sebagai peringatan atau apa-apa sahajalah..haha..bahasa apa dah saya pakai ni.. 
Itu gambar anak sulong tau,, baru lahir tu..hihi..masyaAllah giler bestt!! tengok rupa dia rasa macam tak percaya jer untuk pertama kali zuriat kami keluar..terima kasih Allah sempurna sangat bagi saya lah..hehe..bila dah membesar ni..roper sama cam ibu jer...comey sikit dari ibu nehh..kuang2..love u for ever anak-anak....

Senaman Terbaik Bagi Seorang Wanita

Ini dipanggil senaman Giant Jump tauuu


Assalamualaikum...Khamis datang lagi..hehee...makna nya esok Jumaat,,saya suka Jumaat..rasa macam legaaa sangat!

Entri kali ni sebenarnya mengimbas kembali sewaktu umur saya belasan tahun, muda remaja. Ok, nak tau anak-anak ibu, para pembaca budiman,, dulu saya ni selalu sangat mendapat kata-kata yang saya rasa negatif,,still ada lagi tapi takpe mak okey ajew..hihi..sebab saya pun kadang-kadang kata kat anak sulong..(apala ibu ni kan..abang)..tau apa kata-kata itu? LemBik!! yer lembik..memang lembik lemah longlai,,buat kerja lambat..hehe..Allah apa boleh buat..bila selalu dapat kata-kata camtu..ni orang terdekat aje yang suka mengata ni..siapa lagi kalau bukan adik beradik sendiri. Takpelah Allah yang jadikan kita berlainan, tapi saya tak kisah pun apa yang mereka suka kata. Kemudian, apa yang saya buat? saya masuk kelas seni pertahanan diri iaitu taek won do, masa tu baru ada kat kampung. Saya masuk senyap-senyap, tak cakap kat sesiapa pun asalnya. Padahal yuran amik duit ayah..hehe..sorry lupa dah berapa RM yuran bulanan, tapi murah aje. dan seminggu sekali aje, setiap petang sabtu. Seingat saya.. rasanya bermula pada tahun 1998, semasa saya di tingkatan satu. Coach nya seorang polis trafik non muslim, macho wei..haha..macam pelakon Taiwan, hero cerita For Better Or Worse..(ingat cerita ni sebab best giler, dan hero heroin yang cantik!!) tapi coach saya ni mata nya cam juling sikit..itu kadang-kadang la..(habis teliti) hihii..ok stop sini je, 

sambung cerita belajar ilmu pertahanan diri....bagus sebenarnya kalau kita beri pendedahan seni pertahanan diri kepada anak-anak tau..sebab bagus untuk kesihatan juga..saya pun masa tu la saya work out,buat senaman ringkas tapi masyaAllah lepas habis latihan, bangun pagi esok seluruh badan sakit! Ok..insyaAllah ada masa lagi, saya akan cerita tentang Taek Won Do ni yer, masih simpan kenangan-kenangan best belajar TWD ni..!

saya search senaman arini, dan saya jumpa gambar ini..



dann...saya rasa elok lah kalau kita-kita ni..as housewife, buat senaman ni, kann...nampak senang dan mudah, boleh dilakukan bila-bila masa sahaja TAPIII....kalau tak ada keinginan, kekuatan melawan nafsu MAlaS tu...satu apa pun tak jadi TAUuu...So perkataan RAJIN mesti selalu ada dalam kamus harian kita. yer..ingattt....badan kita ni..(pompuan) nak pakai lama,,kenapa saya cakap pompuan?sebabnya kita yang melahirkan anak, selepas tu, menyusukan kemudian semuaaalah kita buat kerja rumah..layan suami lagi..so pompuan kena KUAT dan CANTIK !! kekekehh..

lagi satu,,,haaa..ni memang menjadi igauan pompuan,,menakutkan..! badan dah kurus tapii..peha kita ni..haaa...drumstik! bommbasstiikkk...besaqq..so how?? scary kan..nak pakai seluar pun fikir banyak kali, yang bergesel sekian hal..tak tau lagi yang dalam kain..hehe..peeediihh..


haa...tu tengok gambar tu, boleh buat kan?yang ni saya dah buat semasa latihan TWD..kecuali nombor 1 tu..huhu..itu dulu..cerita berbelas tahun lepas..hehe..sikalang?? ada buat tak?? yiillekk!! tak buat pun..yuhuuu..maybe saya rasa selesa dengan keadaan fizikal yang kurus kering, so nak shape apa lagi...walhal yang sebenarnya, bila kita KURUS, kulit, otot-otot kita jadi lembik, tak pejal..jadi cepat lenguh-lenguh badan bila buat kerja-kerja berat. Tak cantik juga..(-____-)



nak kaki macam ni tak?? so apa tunggu lagi, kena lah rajjhhinn buat senaman yang berkaitan..yang kat atas tu,,pegi gym, fitness center ke..ada duit lebih belanja lah diri anda dengan mengambil apa-apa suplemen, pilihlah yang boleh buatkan anda kurus sihat semulajadi..tanpa membahayakan diri sendiri. okei.. saya pilih suplemen Shaklee dan juga amalan makan makanan sunnah..opss lupa, boleh juga guna krim Syifa' yang saya jual tu tauu...masa berpantang saya pakai krim Syifa' ni letak kat perut then pakai bengkung..panas sangat..boleh kempiskan perut youuu..! Nak beli? boleh order dengan saya, murah jer..berbaloi beli..hehe..ok selamat mencuba senaman-senaman di atas. moga kita menjadi isteri yang PowerPuff gituu..hikhikkksss..



Ilmu Baru Godek!

hello..

Sumber Google

Dari malam tadi saya duk usha dengar baby carrier ni tau..adoii pening kepala,..sebenarnya sebelum ni saya memang tau pasal gendong anak ni, tapii tak ambil tahu sangat, tak mendalami dan tak buat bacaan pun. Kemudian saya join group Babywearing Malaysia dan adalah lagi group yang seangkatan. Wow ramai yang berBW (BabyWearing) ni, dalam group tu saya silent reader aje, macam-macam shortform diorang ni. Tak faham mana pun. Now saya ada buat bacaan sikit-sikit. Ada banyak jenis rupanya baby carrier ni. dan rasanya nak pakai kan untuk anak kedua walaupun umurnya dah nak masuk 2 tahun, memandangkan sekarang saya banyak kali keluar rumah atas urusan kerja-kerja suami. Sebelum ni selalu gak keluar tapi ok lagi sebab pergi kedai aje, pos barang itu aje. dan saya berhajat nak berBW untuk anak yang seterusnya..hehhe..cepat mikior tu..tak wujud pun lagi si comei ke3 kami..kihkihh..

Yang saya duk baca ada beberapa jenis. Antaranya

  1. Ring Sling (rs)
  2. Wrap
  3. Mei Tai
  4. Soft Structure Carrier (ssc)
  5. Pouch

Yang ni saya printscreen daripada group yang saya join tu..cari dalam Fb yer..
Saya ni memang totally zero lah tu pasal..ketinggalan sunggoh..





Macam tak nampak aje gambar kat atas ni..hehe..
maaf entri ekspress ni..nanti will update again. 


Cantik kan yang atas ni...maybe yang ini sesuai untuk anak saya yang dah umur 20 bulan tu..hehe

Saya tengah mencari-cari ni yang preloved aje lah sebab tengok harga boleh tahan 300-400 jugak..huhu,..

Ini lah anak ku yang super cute!!


Gambar hari ini 5 Nov 2014, semalam 4 Nov genap 20 bulan okeii..dan masih menyusu badan. @_@




Monday, November 3, 2014

Salam 10 Muharam 1436H


Assalamualaikum wbt...Salam 10 Muharam,,

Hari macam mana? ada puasa sunat ke? Alhamdulillah saya dan suami berpuasa sunat semalam 9 Muharam dan juga hari ini...tak sabar nak berbuka bersama, semalam nak boleh makan tu kami sekeluarga berperang dulu dengan anak-anak ni..adoii..nak itu nak ini..hak kecik tu pun...semangat,, sampai naik atas meja nak ambil udang..berebut dengan abangnya..tak boleh tengok abang makan apa dia pun sama nak jugak. Oh Udang!! sukanya abang, makan udang. hurmm..udang mahal lah abang,,tau..sekali sekala bolehla sayang.........

Hari ni ada kesempatan berkongsi cerita di sini, sementara mereka berdua tidur, pagi tadi talian internet tak dapat, rupanya suami saya lupa bayar, hadoii..terus sms suami bayarkan...hehe..pukul 1 tengahari barulah dapat ber online, tangkas anak ku itu buka laptop..apalagi tengok youtube lah..jam 2.30pm dia masih nak tengok, mata seakan mengantuk..lalu ibu yang garang ini menaikkan volume nya..haaahhh tidok! masuk buai..ayun-ayun terus lena...sambil mendengar siulan bebelan si ibu..huhu

Ok saya ada dapat email dari Dr Azizan Osman atau lebih dikenali DAO dan sekarang dah pangkat Haji pun dia. yang sebenarnya saya dulu pun adalah anak didik Dr. juga. Saya sertai seminar anjuran DAO bersama-sama suami...apa ye nama seminar tu..tak silap Kenali Potensi Diri. waktu tu saya tengah hamil anak sulong. Best juga tau..end of this story, suami saya ikuti kelas seterusnya IMKK dalam 3 hari 2 malam tak silap saya, sampai malam baru habis..yuran nya agak tinggi. Tapi so far alhamdulillah suami saya kata ada lah changes nya tu..hihi

Oh lupa saya nak kongsikan yang ini..saya petik dari email yang dikirimkan DAO kepada saya..eh kepada semua yang pernah bagi email kat dia lah..haha


Saya selalu sebutkan di dalam kelas-kelas perniagaan saya, jika kita tidak bertindak merubah keadaan ekonomi kita dengan berniaga serta meningkatkan pendapatan kita dengan segera, suka atau tidak, kita akan menghadapi tekanan ekonomi yang mampu memberi kesan kepada banyak perkara. Kesan kepada perhubungan rumahtangga, kesan kepada anak-anak serta peningkatan kadar stress.
Duit memang bukan segala-galanya, tetapi duit adalah alat yang bagus jika digunakan dengan baik. Ia dapat memberikan manfaat kepada ramai orang untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Bila saya kata, jom berniaga, ramai yang kata saya poyo! Anda nak tahu saya poyo atau tidak, anda tunggulah sedikit masa lagi, bila segala kos harga barang meningkat tetapi gaji anda tidak meningkat, bila kadar pinjaman meningkat, bila kos hartanah meningkat lagi, bila sewa rumah meningkat lagi, bila kos isi minyak meningkat lagi, bila kos nak kahwin meningkat lagi..... Masa itu kita tengok siapa poyo.

memang diakui ramai yang dah sertai seminar yang dianjurkan oleh DAO ni alami perubahan dalam bisnes mereka, mahupun dlaam kehidupan. yang tak pernah pergi tu bolehlah pergi sekali dan anda akan dapat rasai perbezaan. 

Kejayaan adalah hak milik setiap insan...


 11 Rahsia Kejayaan yang perlu ada dalam diri kita


segala foto adalah dari sumber google

Terima kasih kerana sudi membaca dan bantu saya sebarkan kebaikan dengan berkongsi ia dengan orang lain..moga diberi ilham yang baik-baik


Salam Sayang, dari ibu untuk permata hati ..'',)
Ibu Jannah..

Saturday, November 1, 2014

Fenomena Cok Kembong

Inilah Cok Kembong, mulat-mulat seperti tanganku..ekeke..

hellooo...

Ini cerita malam tadi, kami sekeluarga takde makan -makan malam..(maksudnya tak makan nasi) hehe..suami okey aje, sebab di sebelah petang tu kami pekena laksa penang di warong tepi jalan berhampiran rumah kami. Sedap laksa tu, tempat pun ok, strategi dan tak kotor sangat seperti sesetengah warong di tepi jalan. tapi sayang, takde pelayan, lepastu menu hanya satu itu aje, dan ada cendol mahupun ABC, opss ada satu gerai lagi tu coconut shake dan juga jagung manis. ok lah yang tu kan.. sebenarnya kami nak makan rojak, ini kali kedua kami ke sini, teringat masa kali pertama tu ada menu rojak tu pasal kami pergi lagi.hehe.. Ok lokasi nya berdekatan Caltex Kota Perdana, Bandar Putra Permai. 

Berbalik kepada foto di atas..ececehh..hahaa...cantik tak saya ambil gambar Cok Kembong tu?? Sebenarnya malam tadi ada perlawanan bola sepak Piala Malaysia, JDT vs Pahang..
Pahang Menang yer..dengan penalti 5-3..hihii...sebenarnya saya tak tengok pun pada awal perlawanan tu, tapi di sebabkan suami pesan tolong tengok, dia dah mengantuk sangattt...okla kita pun tengokla jugak..hehe..ehh,,malam tadi makan apa? kata tak makan nasi kan..aahh laa..huhuu..anak-anak makan laksa yang kami tapai kat warong tadi..senang ibu dia tak yah masak, sambil suami layan bola tu...(tengok kot laptop..Tv takde kan..) isteri nya ni pun ke dapur buat cok kembong ni..sebenarnya saya tengok kat fb friendlist, Kak Juliati Homemade Bake House dan juga Blogger Kak Azlita Masam Manis...Kalau ikut kak ju, caranya camni yer

+ 3 cawan tepung gandum
+ 3 cawan air panas didih
+ 1/2 tin susu pekat
+ sedikit garam

Mudah bukan? Saya just buat 1 cawan tepung gandum dan susu pekat tu saya letak dalam 3 sudu, nak bagi ada khasiat sikit saya letak 1 sudu Meal Shakes Shaklee..memang sedap lah cucur ni..

Anda juga boleh letak ikan bilis, jagung dan lain-lain lagi..

Selamat Mencuba!!

Thursday, October 30, 2014

Menjana Pendapatan Dengan Shaklee


Carian Google Jer ..=)


Haii,,Untuk entri kali ini, saya ingin ceritakan tentang Shaklee..mungkin masih ramai lagi rakyat Malaysia yang belum kenal lagi Shaklee, mungkin ada yang pernah dengar tapi tak tahu apa yang benda Shaklee ni? hehe..Ok secara umumnya Shaklee adalah sebuah syarikat MLM antarabangsa dari USA yang mengeluarkan produk-produk pemakanan sihat, penjagaan berat badan,penjagaan diri dan kecantikan dan juga penjagaan rumah. Mungkin sebelum ini ramai yang ingat Shaklee hanya mengeluarkan suplemen semata-mata, tapi sebenarnya ada juga produk untuk penjagaan rumah dan juga untuk kecantikan kulit. Kalau anda nak tengok lebih detail produk-produk yang di tawarkan boleh layari http://www.shaklee.com.my/ms/products/ semua produknya best-best. 

Bagaimana nak menjana pendapatan dengan Shaklee?

Haaa...yang ni bahagian paling best, apabila anda mendaftar sebagai ahli, anda akan ketahui bagaimana Shaklee membuka ruang dan peluang kepada kita bagaimana ingin tingkatkan taraf kewangan kita. Boleh cari mana-mana pengedar Shaklee yang berdaftar dan aktif, supaya anda di beri tunjuk ajar yang betul. Nak berada bersama-sama saya pun boleh. Di bawah Group Permata Jutawan, di terajui oleh Master Ummu Ainan @ Tuan Nurul Ain. Hebat orangnya..muda lagi tau..sebaya ku..huahuaa...

Bagaimana nak mula bisnes ni sebenarnya anda sendiri mestilah pengguna produk Shaklee, bila anda dah merasai kehebatan produk-produk nya jadi tiada masalah untuk anda berkongsi kebaikannya kepada orang lain, sama ada kepada ahli keluarga, teman-teman, jiran tetangga dan seluruh rakyat jelata..hehe..

Ada banyak ganjaran yang Shaklee tawarkan selain daripada hasil bonus jualan bulanan yang diberi setiap pertengahan bulan. Di mana Shaklee menawarkan peluang untuk memperoleh ganjaran daripada beberapa aktiviti pembangunan perniagaan. Peratusan ganjaran adalah berdasarkan jualan produk dan juga kejayaan anda melahirkan pemimpin perniagaan yang akan mengemudi pasukannya untuk menduplikasikan usaha anda. Lebih besar kumpulan anda, maka lebih banyak ganjaran yang anda peroleh! Peluang ini ternyata tiada hadnya.

Antaranya Program Kereta...begini...
Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif tajaan Shaklee untuk semua Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Pemimpin Jualan yang layak akan memperoleh kredit kereta setiap bulan apabila mereka memenuhi syarat prestasi minimum untuk Program Subsidi Kereta.

Dan satu lagi adalah Program Insentif...Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda boleh mula memperoleh mata ganjaran dalam Program Insentif, yang memberikan pelbagai keistimewaan termasuk pelancongan eksklusif yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.
Ermm banyak kan? Jadi sekiranya ada yang berminat untuk menjadi pengedar bebas Shaklee atau pun nak mendapatkan produk Shaklee bolehlah hubungi mana-mana pengedar pilihan anda, Ingin menyebarkan kebaikan sambil menambah sumber kewangan ? ayuh mulakan dari sekarang!


Pendaftaran hanya RM65 dan Caj RM10 untuk kos pos member kit dan tiada yuran bulanan atau tahunan dikenakan...anda bakal menikmati kelebihan seperti mendapat produk pada harga ahli yang jauh lebih murah dari harga runcit, anda akan mendapat tawaran-tawaran promosi bulanan dari Shaklee dan mungkin anda bakal mendapat ganjaran bonus bulanan pula..

Nurjannah Nordin
Pengedar Sah Shaklee
Id: 886788
019-2604595
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan


Tentang Shaklee


Carian Google yer
Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa SelamatSentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.