Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, November 14, 2014

Dah Cuba Minyak Ikan?






Huuurrmm...tajuk bukan main..minyak ikan tu apa? minyak yang ada ikan yer? hihii...sebenarnya hari ni saya ada iklankan produk minyak ikan terbaik dari Shaklee. Saya iklankan di dua tempat iklan free, saja je nak test macam mana kan.. dan saya ada update info baru di sini http://kedaisuplemen.com.my/minyak-ikan-terbaik-dunia/ klik lah untuk ketahui lanjut.

Minyak ikan ni bagus jika kita sentiasa ambil, dan jadikan sebagai suplemen harian kita. Orang dewasa ambil 3 biji sehari, manakala kanak-kanak 1 biji sehari pun dah cukup. Tapi yang umur 1 tahun hingga 3 tahun pun boleh juga ambil, 1 biji selang sehari..pandai-pandai lah mak-mak bagi anak makan, ada yang picit kapsul dan di letakkan di dalam susu, dan ada juga di letakkan di dalam makanan. Satu botol minyak ikan ni boleh share untuk satu keluarga. Jadi sangat jimat dan berbaloi membelinya. Mengikut apa yang saya baca-baca kan..

Wanita hamil, sangat bagus mengambil minyak ikan bagi membantu perkembangan otak si manja,dan mencegah alahan kulit si bayi,  

Ibu yang Menyusu pula mengambilnya boleh membantu sel-sel otak si manja berhubung, perkembangan anak menjadi lebih cepat berbanding si ibu tidak mengambil apa-apa suplemen. (ni pada pandangan saya lah).

Suami yang mengambil Minyak Ikan mampu mengawal kolesterol dan darah tinggi, Isteri pula
boleh jaga kulit..moist2 gitu, nak bakar lemak..hurmmm..bestt wooo.
Para pelajar pula bila ambil minyak ikan ni untuk cergaskan minda, stabil emosi insyaAllah pencapaian tidak lah mengecewakan..hehehe...

Atok ambil Minyak ikan nak cegah bengkak sendi akibat gout, ehh,,,bukan atok pun dah ada jugak yang kena  sakit gout ni...seriau kan
Nenek ambil minyak ikan untuk bantu melicinkan sendi tulang

Kanak-kanak hyperaktif dan autisme yang ambil Minyak ikan untuk tumpuan ,fokus dan kestabilan emosi

Yang gatal kulit, alergi, ekzema ambil Minyak ikan nak dapatkan kulit yang sihat..anti radang 
Yang batuk, asthma, lelah ,bronkitis ambil MInyak ikan untuk kuatkan paru paru....eh banyaknya...ermm kan dah kata banyak manfaat Minyak ikan ni..seisi keluarga boleh ambil dan amalkan.. jadi tak rugi pun
That is why i'm taking fish oil...and i choose brand from Shaklee..sebab satu saya SID, satu lagi banyak yang review kata bagus.. nak kata mahal tu..tak lah MAK ai MAHAL nya..lagi pun produknya berkualiti. hurmm....terpulang nak pilih yang mana..pilihan di tangan anda. 
ok..bai baii...^_^

Thursday, November 13, 2014

Roti Bersalut Sosej dan Cheese, Mudah dan Sedap

Roti Sosej

Haii Selamat Petang!!

Beberapa hari lepas saya ada buat roti sosej ni, memandangkan dah lama sosej duk terperap dalam fridge, cheese pun ada bape keping lagi. Actually dah lama nak buat bendalah ni, cuma tahap kerajinan tu belum sampai lagi.

Senang jer ni, bolehlah buat snek minum petang untuk anak-anak kan..

Bahan-bahan:
 Roti Gardenia 
 Sosej
 Telur 1 biji
 Serbuk roti
 Cheese ( saya guna cheesedale)

 Cara-cara:
 Memula potong sosej kepada 3 bahagian, kemudian potong roti kepada 2 bahagian, cheese pun potong juga terpulang nak letak banyak ke sikit..pukul telur dalam 1 bekas, Dah siap potong semua kemudian bolehlah gulungkan roti dan di dalam nya jangan lupa letak sosej bersama cheese..pelekat dengan telur tadi..roti tu kita golek-golek dalam telur lepastu golek dengan serbuk roti pula.. seperti gambar. Goreng dengan minyak yang dah panas.











Ok boleh makan bersama sos cili....haaa..anak-anak suka..enciksomi pun suka...
* serbuk roti boleh beli di kedai bakery ya!

Tuesday, November 11, 2014

Sweet Baju Muslimah

Jubah Qirani


Cantik tak jubah tu?? Hurmm bagi saya yang suka simple dan selesa dah cukup cantik! Lagi-lagi jubah tu boleh nursing, iaitu menyusu. Saya memang pakai jubah yang boleh menyusu kan anak. Sekarang anak pun dah 20 bulan pun. Syukurlah sekarang dah makin banyak jubah yang ada di pasaran untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Sama ada jubah yang berbutang mahupun berzip. Senang mak nak selak-selak..hehe.

Bagi yang nak beli jubah ni boleh klik link ini http://www.sweetmuslimah.com/ekedai/baju-muslimah-qirani-q96-dongker  

Cepat-cepat beli sebab ada promosi kan habis stok gigit jari aje lah yer...

Ohh yer, kalau nak tengok lebih banyak lagi koleksi baju-baju muslimah bolehlah klik link ini
Koleksi Ukhti


Happy Shopping!!!

Monday, November 10, 2014

Sotong Plastik



Assalamualaikum And Morning!!

PAgi ni saya nak cerita pasal menu tenghari kami, tapi semalam punya..hari ni saya tak plan lagi nak masak apa, mungkin nasi goreng aje kot..haha..
Anda pernah makan sotong plastik ni? pernah beli dan masak sendiri tak? Ini adalah pertama kali dalam hidup saya, beli dan masak sendiri sotong plastik. eh betol ke nama nya ni? saya hentam aje ni..sebenarnya saya tak makan pun sotong ni, tapi saya tengok suami kadang-kadang dia makan sotong ni (kedai) terutama bila makan nasi lemak. Satu hari saya tanya dia ..'sedap ke?' erkk...saya pun cubalah ambil rasa sedikit..boleehh la tapi tak kena sangat dengan selera tekak saya ni. Kenapa beli ni? hehe..satu hari tu saya ada tertengok status kak Rose Hanim, rakan fb, kakak ni ada masak sambal,katanya nak masak sotong tipu ni lah.. terus teringin nak buat. 
Ok sotong yang seperti dalam gambar harga nya cuma RM2, dan kata peniaga tu, ini buatan orang Islam, yang ni orang biasa..(hahaa...nasib la saya tanya, apa beza) ada 2 jenis sotong..yang satu lagi tu memang nampak sangat kePlastikaaN nyer,,,yang itu bukan Islam yang buat..(maybe prosesnya) sebab saya pun tak faham dan tak arif sangat pasal sotong ni..yerla firstime..!

Saya buat sambal ajer, memang orang duk buat sambal je sedap menatang ni..hehe..
Potong panjang-panjang gitu, then potong 2 pulak..kasi kecik sikit..
Cara buat sambal nya pula, senang ajer,,,,kali ni saya hanya tumiskan bawang putih dan cili boh sahaja, bawang merah saya tak letak..kata Kak Rose Hanim kalau letak nanti warna merah nya tak berapa cantik. Oh yer hasil nya saya tak snap pic yer, hehe..kita gu dengan masak lemak putih sayur bayam bersama carrot..dan juga ayam goreng untuk heroes ibu..!


Potong Panjang Macam ni deh


Sayur Bayam Hijau


Untuk makan malam kami sekeluarga makan laksa penang..hurmm seronok tengok 3 beranak tu makan, sungguh-sungguh..alhamdullah..suami kata ok..sikit lagi..sedap lah tu kan..haha..yer la kali ke2 buat sepanjang jadi bini orang ni..stay tuned...ada lagi entri lain..saya nak berdhuha pula..;)

Kursus Dobi November 2014 Di Seri Kembangan

Hiii..
Mencuri masa sekejap ni, saya nak kongsikan dengan anda semua apa yang dah saya buat pada sabtu lepas. hurmm..dalam enam jam saya tinggalkan anak-anak dekat sang suami.. kesian yang adik tak dapat susu ibu 6 jam! Alhamdullah saya telah pergi berkursus DOBI setelah sekian lama teringin nak pergi tapi tak dapat nak join. Dari hamil anak kedua hari tu lagi nak pergi kursus dobi, tapi saya hold dulu, kemudian dalam beberapa minggu sebelum ni suami ada nyata kan pandangan..'cubalah search pasal perniagaan dobi' so dari situ saya mulalah pencarian di google berkenaan perniagaan dobi ini. Saya terjumpa website ZnZ Network, dan kebetulan tarikh kursus dalam masa terdekat tambahan pula tempat training nya berdekatan dengan rumah kami ni. Rupa nya saya selalu aje lalu di hapan bangunan tu cumanya tak perasan. Kursus nya berharga RM150 bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang. Ada bisnes plan, ada praktikal juga dan di sediakan makan minum berserta sijil penyertaan.
Semasa kursus yang saya hadiri tu ada seramai 9 orang peserta, ada yang datang berpasangan. Masing-masing belum mulakan bisnes dobi lagi. Ada seorang kakak tu, dia merupakan kontraktar binaan dan baru nak mencuba bisnes dobi..katanya dia ada mohon tender dobi di salah sebuah kolej baru di TATI Kemaman, Terengganu. Oklah tu kan,,
gambar di atas adalah owner ZnZ Network tuan Zamri Razak. Kata beliau, mempunyai 4 buah kedai dobi dan beberapa dobi layan diri (coin) di pusat pengajian sekitar KL ni..

Di bawah adalah beberapa gambar semasa praktikal dijalankan oleh Tuan Zamri di kedai dobi nya yang terletak di LP 7, Bandar Putra Permai










Di kedainya tak menyediakan perkhidmatan dry cleaning, jadi kami semua tak dapat tengok bagaimana proses dry cleaning tu..mesin nya agak mahal tau.

Bercerita pasal bisnes dobi ni, kalau anda dah ada modal ada kawasan yang strategik, jangan lengah-lengah terus kan sebab apa bisnes dobi ni dah menjadi satu keperluan terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Jangan sempitkan fikiran, dobi hanya pakaian harian aje, walhal sekarang kasut sekolah pun orang dah hantar dobi..huhu..orang katering, butik pengantin, badan beruniform pun pergi hantar kedai dobi.  

Tolong doakan saya juga boleh buka kedai dobi saya sendiri suatu hari nanti ye..para pembaca yang budiman. Hurmm...Makbulkan lah ya Allah..Ameen

Resepi Kuah Laksa Penang yang Sedap Lagi Mudah

Kuah Laksa TerSedap Abad Ini
Helloo..Assalamualaikum para pembaca budiman,
Baru ada kesempatan masuk entri kat sini..hurmm myson tu kalau tak marah tak kata apa 24hours dia akan menghadap lappy ibu dia ni..geram lah kan? setuju tak kita sebagai ibu kena marah dan naikkan pitching? muaahaahaa..ok saya nak kongsikan cam mana buat kuah laksa yang sebenarnya senang ajer tau..yang sebelum ni saya fikir..macam susah ajer buat laksa ni.. bukan susah pun nak kena ada RAJIN ajer, semua pasti akan menjadi..

Kuah laksa ni saya guna ikan sardin atau pun orang Terengganu panggil ikan layang..(sebut biar ada sabdu sikit deh)

Saya tak tahu nak anggaran berapa orang boleh makan dengan kuah ni, 

Bahan-bahan:
Ikan sardin 7 ekor saiz sedan
Bunga kantan 
Daun kesung
Belacan
Cili boh
3-4 ulas Bawang Merah yang sederhana besar
2 batang serai
3 keping asam keping
Nenas masak
beberapa ketul ikan sardin jenama Adabi
Air asam jawa

Cara-cara:

Memula kita rebus ikan sardin bersama garam dan asam keping, kemudian perisi kan ikan dan kisar. Tulang nya jangan di buang dahulu, kita kisar berasingan dan jangan lupa tapis tau!
Kemudian bakar belacan, anggaran belacan ikut suka..kemudian kisarkan bawang merah, belacan, beberapa potongan nenas, sedikit bunga kantan, sedikit daun kesung. Kisar semuanya. Satukan di dalam satu bekas bersama cili boh( cili boh saya buat sendiri, anggaran tu terpulanglah nak pedas ke tak) Gaul rata semua bahan yang dikisar tadi.
Masukkan ke dalam periuk, kacau biar mendidih seketika kemudian masukkan ikan yang dah siap di kisar tadi, (yang ni saya kisar halus dan kasar sikit).. kemudian masukkan air tulang-tulang yang dikisar tadi tapi ingat TAPIS tau..jangan pulak bawak masuk sekali dengan habuk tulang tu..hehe..
Masukkan segala macam serai, bunga kantan, daun kesung dan asam keping tu..air asam jawa jangan lupa yer..
Sebelum terlupa..last sekalai saya letak ikan sardin yang dah siap dibasuh, dibuang tulang dan dah kisar sekejap je...ofkos lah masuk air juga yer..kang kering kuah laksa uollss!!
Perasakan dengan garam gula,,kalau nak rasa sedap lagi tu aci lah letak cik aji sikiiitt ajer, kalau ada otak udang lagi sedap kot dan tak perlu dah letak cik aji rasanya.


Dah siap untuk di makan atau peram dulu makan esok..sebab kuah laksa ni makin lama makin sedap tau..

Bahan yang dikisar




Ini Bunga Kantan yer...mana yang tak pernah tengok tu..hihi..


Oh yer,,,laksa yang saya guna adalah laksa keluaran EKA.. tak pernah beli lagi laksa plastik ni,, selalu beli kat Terengganu laksa orang kampung buat sendiri. Yang ni kita kena rebus dulu tau bagi dia lembut..Laksa yang saya buat ni ikut stail mak mertua lah jugak ni..saya perati ajer bila mak mertua buat..hihiii..


Selamat Mencuba!!





Friday, November 7, 2014

Resepi Masak Kurma Tanpa Santan Yang Sangat Senang




Konflik juga sebenarnya nak masak apa yer arini? tema nya Ayam. Ok Ayam Masak Kicap lah..hurmmm hurmm....Ayam Masak Kurma lah...oK!! ayam kurma..atau pun orang Terengganu panggil ayam masok KEMOK.. hehee...senang ajer tau buat ni..saya pun main buat aje ni..jenis yang suka main letak jer.. tapi saya tengok juga lah resepi google ajer.. di sebabkan rempah kurma ADABI tak de, jadi saya guna rempah cap bunga ros (ini produk Terengganu) ada dua rempah iaitu rempah gulai dan rempah masak..rempah gulai warnanya kuning sikit, manakala rempah masak gelap.

Ini cara saya..

ayam dibersihkan dan digaul bersama rempah masak dan rempah gulai (ini pandai-pandai anggarkan) mengikut ayam yang kita buat okey
kemudian tumbuk bawang putih, halia, bawang merah
tumbuk bawang goreng (saya buat sendiri bawang goreng lagi sedap)
tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, tumis juga bawang yang ditumbuk tadi,
kemudian masukkan ayamyang digaul bersama rempah, ubi kentang yang dipotong kecil, carrot,
masukkan sedikit air, masukkan air asam jawa, terpulang banyak mana(agak-agak yer)
masukkan nisan(gula merah) sedikit, masukkan susu cair..TAPI saya takde susu cair..jadi saya guna Meal Shakes bersama sedikit air..biar kan mendidih..hias lah dengan tomato, cili..perasakan dengan garam gula, dan saya letak sedikit perahan lemon.

Nampak tak apa yang putih tu?
Haa..itu telur rebus tau..saya letak telur, sedap tau..hehe..
ehh..memang sedap lah..cubalah buat...
tak muak tau...kalau guna susu cair, ooh ye saya sarankan guna susu cap saji ok..dan perahan lemon buatkan ada rasa masakan anda lain dari yang lain...masakan kurma ni sedap di makan dengan nasi minyak..so kalau ada lebihan lauk ni bolehla buat nasi minyak,kena pulak dengan sambal belacan..waawaaahh...selera habihh reng!! ^_^v

selamat mencuba