Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Wednesday, October 15, 2014

Tika Hati Berbisik

Salam Khamis yang penuh magik!!

Pagi ini saya bangun dengan agak lemah pada awal nya,,seperti biasa solat subuh..termenung sejenak layan perasaan..(hukk sokmo) kemudian iron baju tuk suami..hari ni iron 2 pasang..hajat nak iron seluar sekali tapi stop dulu memandangkan suami dah nak gerak..pegi kerja. Tika ku layan meng iron baju suami ku,,dalam hati teringat akan diri sendiri yang tak mampu lagi memberi apa-apa buat mak dan ayah kandung ku..hehe..kena sebut kandung sebab sekarang kan ada mak ayah mertua..hehe. Tak tau kenapa ia relate juga dengan bisnes yang saya sedang buat sekarang iaitu bisnes Shaklee.. ok sebenarnya diri ini berhajat nak berikan satu produk Shaklee yang sangat power dan paling mahal lah kalau ikut suplemen tu iaitu si tonik ajaib VIVIX.  Ia Vivix..nak tau harganya berapa? kalau harga ahli RM380 sebotol. Sebotol tu boleh tahan selama sebulan! hehe..bagi saya harganya agak mahal tetapi sebenarnya amat berbaloi juga anda tahu akan khasiat nya. Ramai yang mengamalkan nya untuk kekalkan tahap kesihatan yang baik. Sangat bagus untuk mereka yang ada penyakit yang kronik dan terutama yang ada penyakit buah pinggang. Sebabnya produk ni tak perlukan anda minum air kosong yang banyak. Ada juga yang bebas kanser bila mengamalkan Vivix ni. Salah seorang Master Chinese dalam Shaklee telah berjaya bebas dari penyakit kanser yang dihidapi nya..Selain Vivix Master tu ada ambil Alfalfa Complex juga sangat elok untuk diamalkan..dan saya juga memang mengamalkannya selepas bersalin anak kedua tempoh hari hinggalah ke hari ini..

Kenapa nak bagi Vivix kat mak ayah? Kerana saya tahu umur mereka makin meningkat,,tahap kesihatan pun dah tak sama cam kita yang muda mudi ni..sementelah ayah pulak dah dikenal pasti ada kencing manis, darah tinggi pun ada gak. Asalnya ayah ada penyakit jantung. teringat 3 tahun lepas ayah kritikal di CCU..tak sedar sehari kot..tak ingat dah..camna boleh jadi camtu? dulu mak kata ayah selalu ngadu sakit dada dan selalu panas-panas badan dan satu lagi selalu rasa nak tidur aje. Satu hari tu mulut ayah jadi herot, sib baik abang ipar ada..terus bawak pegi hospital besar. Kami adik beradik risau giler..masing-masing menangis sebab benda ni mengejut. Time tu saya tengah pregnant kan anak sulong.

Saya sangat berharap agar apa yang dihajati ni tercapai jugak sebelum saya atau mereka pergi selamanya. Tapi terdetik juga adakah adik beradik ku yang lain bagi permission tuk mak dan ayah amal suplemen dari shaklee ni?bukan soal duit,,tapi soal akan keselamatan atau gerenti, adakah produk itu mampu menambah baik tahap kesihatan mereka? atau apa simptom-simptom yang bakal mak dan ayah lalui. Sebab kata testi-testi pengguna Vivix, mereka akan mengalami healing crisis...yang sabar dan faham is ok lah kan...huhu. Entahlah..daku ada juga mencadangkan produk-produk shaklee yang lain tapi semua adik beradik ku diam membisu tanpa sebarang komen. Tak tau la apa yang ada dalam hati mereka. Kita ni bukan lah nak bagi laku produk pun,,just nak share yang produk tu ok, why not cuba,,saya tahula shaklee produk USA tapi kalau ia membawa manfaat yang besar kepada kita jadi apa masalah nya?jauh di sudut hati saya,,,sangat sedih. dan saya tak berani nak cakap apa-apa dah. Sorang kakak saya tu mencadangkan ayah mengamalkan suplemen tradisional...takpelah buat lah mana yang terbaik tuk parents kita. Tiada siapa pun yang ingin mendengar buah fikiran malahan buah bicara ku. siapalah aku yang hanya suri rumah yang hari-hari mengadap anak-anak dan kelihatan kolot, tidak up to date..dan macam-macam lagi.
cukup sekadar itu sahaja coretan ku,,,

Salam Sayang

Asam Pedas


Asam Pedas Ikan Kembung Di Kahwinkan Dengan Sotong :)

Ok tak nama asam pedas ku ini? actually dah lama sangat tak buat asam pedas ni, yelah bukan myfeveret menu pun. Tapi ideal nak buat ni datang bila malam wekend hari tu kami anak beranak ada lah pegi makan kat luar, haa nak tau kat mana? tak tau apa nama tempat tu spesifik nye. Dekat Puchong Prima ada satu medan makan lah,,dekat situ ada burger bakar yang dulu-dulu femes lah N i think masuk jjcm maybee...last kami makan kat sini adalah tahun lepas kot. masa tu si adik tak ada lagi..(dalam perut kot) 
So kami order Burger Turkish ke hape name entah dalam rm12.50,, pastu saya plak order asam pedas ikan pari..dan nasi putih...haa sedap lah! dan budak pompuan tu cakap akak boleh kalau nak mix dengan sotong ke udang ke...maksudnya ikan pari dengan sotong tapi rege nye lain lah kan UP banyak kot..(taktau sebab tak tanya) eh lupa nak bagitau kat situ ade banyak stall so kita kena gi sendiri order dan bagitau nombor meja..Air pun sama juge. N myhubby lak order kueh tiew goreng..ok2 lah..saya makan nasik dulu sebab myhubby punye order lambat sampai..tapi before that kitaorg dah abis melantak burger tu,, saya tak snap pic pun,,humm malas kot!,,nak tau burger tu kurang sos,,harap daging aje besar,,sedaplah jugok. N saya tengok tak ramai sangat dah orang kat stall burger tu..kalau tahun sebelum ni, yang kami p tu..huumm beratuq kot. maybe masa tu diorang baru kua Tibih kan so femesla kejap. Tapi sayang tau,,,bagi saya harga nya tak setanding dengan rasa dan presentation nye..macam kedekut bahan..huiii menyampah tak suka lah..biarlah meniaga makan ni..apa-apa bagi lebih baru customer puas hati even mahal sikit.
Ok makan-makan saya bukan terhenti di situ..saya pegi jalan-jalan..saje usha2 tertengoklah rojak sengkuang..apa lagi terus beli,,RM2.50 sepotong..waahh sedap nyer...ranggup sangat..rasa nak beli lagi satu tau..susahlah nak jumpa orang jual rojak sengkuang ni...haiihh terbayang-bayang..kalau saya buat sendiri konfem tak habis sengkuang tu.. pelik juga camne yang orang jual ni rapuh nya lain macam.
oh yea...kueh tiew goreng tu saya dapatlah rasa sikit,,hubby makan sikit..N tak sangka pulak si abang pun nak jugak..berselera dia makan tauuu!!

Nak ke bagi resepi asam pedas ku yang sempoi ni? saya memang main hentam aje asam pedas ni,,bukan original cam orang Melaka punye lah..but okla tuk famili saya ni makan..maybe kalau orang lain makan pasti komen kau-kau punye...hehe..tak sedap!ni bukan asam pedas hokeyy..huhu

ni cara saya buat asam pedas..kenkadang arini begini,,,next2 lain pulak..tu nama nya hentam.

Cara Masak Asam Pedas ku

ikan kembung dan juga sotong dah siap bersih 
bawang merah beberapa ulas, bawang putih 1-2 ulas, sedikit lada hitam, lengkuas semuanya ditumbuk lumat-lumat
kemudian potong kacang bendi, tomato

Memula panaskan minyak, minyak kena banyak jangan coet2 tau..tumiskan cili boh ikut suka lah nak banyak mana, pastu letak gula sesudu atau lebih, kacau-kacau bagi garing sikit kemudian masukkan Bahan yang ditumbuk tadi.
Tumiskan,,,lepas tu amik air asam jawa, letak belacan sikit, dan kiub ayam sikit..
Air letak lah sikit tau...then letaklah ikan,bendi dan tomato,eh sotong pun..dan letak lah perasa apa yang anda gemar...saya letak gula garam N lada sulah sikit..
tutup jap periuk tu,,,rasalah..then tutup api..SIAP

Makan dengan Telur Dadar nasi putih itu je..
Tapi telur takde..Tapi tadi saya buat ayam goreng kunyit bersama kacang panjang..
Ini ajelah menu makan tengahari kami 3 beranak..yang pasti hari ini abang menambah jugak...semalam dia tambah 3x tau..! (daging masak lemak N ayam goreng)

Tamat ceritaku hari ini......................(=_+)'

Ibu Yang Panik

Assalamualaikum...

Entry kali ni bekenaan seorang ibu yang panik apabila melihat ibu jari anaknya berdarah,,huuhh,,skemanya ayat ku. well actualy semalam selepas makan tengahari ada satu incident yang tak sangka pula. Sebelum tu saya duk di dapur menyiapkan makan tengahari. dan dalam masa yang sama anak kedua seronok angku perkakas di dapur periuk, bekas etc..dia buat main-main di ruang tamu,, si abang pula syiok melayan youtube nyer lah..kemudian saya simpan perkakas tu semua, then kami makan nasi bersama-sama. Sepatutnya bebudak ni kena tidur tapi biasalah diorang tak kan terus tidur..main-main jap..waktu tu sekali lagi anak kedua ku itu pergi amik tudung periuk, ibu pulak pegang hanset.. sekejap je dia main terus kena..hadoii..luka ibu jari nya..MassyaAllah darah keluar menitik-nitik..panik sungguh ibu ni..cepat-cepat amik tisu, letak gamat..tak berhenti jugak darah tu, kemudian letak krim herbal blend shaklee tu,,hurmm tak jadi juga..lastly humm amik sikit cecair basic H tu saya letak dekat luka tu...memang perit sikit lah sebabnya anak teriak..tangan dia pun tak duk diam..agak sukar nak balut ibu jari nya itu. Saya panik dan geram juga sebab darah tak berhenti keluar dari tadi. But after letak basic H tu darah berhenti. Menyusu kan dia pun tak selesa..hehe di sebabkan habit dia..(rahsia) so saya masukkan dia dalam buai dan dodoi..akhirnya si anak ni tertidur..jari nya tanpa balutan lagi. Darah berhenti. 
Tapi sebenarnya perkara ni bukan setakat situ,,petang tu lepas mandi kan dia..adik..si abang ni dapat buat oren, jiran kasi. So saya kupas dan si adik dapatla sikit..adik makan sendiri, masa makan tu lah ibu jarinya berdarah kembali. Masa tu dah Magrib pun..Ya Allah sekali lagi si ibu ni tak keruan. Si anak pulak nak di sapunya darah dengan tisu pun tak bagi. Tak lama tu si Abi balik dari kerja..fuhh lega sikit.. so dia lah yang settlekan..harapkan saya ni..huurrmm...lemah semangat main dengan darah ni. Lepas lekat sementara dengan tisu, suami ku soletep kan je..(sebenarnya banyak kali tau soletep kan tisu tu..) asyik dia bukak aje..Kami ke kedai ..dalam hati elok beli first aid..memandangkan lagi bagus ada satu tuk kes-kes akan datang kan...tapi suami ku beli handy plus dan kapas aje.. hurmm tak pelah..alhamdulillah lepas lekatkan handy plus dan letak ubat gamat, si adik ni tak cabut lagi. Keesokannya, saya bukak balutan tu..ehh tengahari kot baru bukak..so far tengok ok lah tapi macam tak betul-betul kering lagi.
Apa perasaan saya? sedih dan tak keruan tengok jari anak berdarah,,padahal sikit aje tapi darahnya banyak dan sangat fresh gitu..hihi..lalu terus terbayang anak-anak di Palestin. Tak sanggup tengok gambar-gambar kanak-kanak yang dicederakan...Allahu...oklah,,bagaimana isu boikot anda dengan Produk-produk Israel? masih boikot atau sekadar hangat-hangat taik ayam?

Salam Sayang

Monday, October 13, 2014

3 Cara Terbaik Untuk Menyimpan Wang

Artikel ini saya jumpa dari web imoney...
so saya copy&paste sahaja...ini untuk rujukan saya dan sekeluarga
Antara berjuta soalan mengenai hal-hal kewangan, tanpa diragui soalan yang paling popular ialah “Bagaimana Untuk Menyimpan Wang Saya?”. 
Berikut adalah 3 cara yang biasa dilakukan yang boleh membantu anda menyimpan jumlah wang yang besar apabila sampai waktu persaraan.
1) Mencarum Kepada EPF, JANGAN Keluarkan
Untuk warga Malaysia, EPF, tanpa diragui, adalah cara yang paling mudah untuk menyimpan wang anda. Termasuk caruman peribadi 11% anda, caruman mandatori 13% majikan anda (bagi pekerja-pekerja dengan pandapatan kurang daripada RM5,000 sebulan) menjadikan 24% jumlah keseluruhan daripada gaji bulanan anda disimpan di bawah nama anda setiap bulan.
Tambahan lagi, purata pulangan 5% setahun EPF adalah lebih tinggi berbanding mana-mana faedah deposit tetap dalam pasaran sekarang.
Tips: Pertama sekali, dapatkan pekerjaan di syarikat yang mencarum kepada EPF. Cuba simpan wang anda dalam akaun EPF anda selama yang boleh kerana tiada deposit-deposit bank yang lain dengan kadar faedah tinggi dalam pasaran. Jika boleh, JANGAN guna mana-mana sub akaun EPF anda untuk membayar rumah anda atau membeli sebuah komputer, supaya anda boleh mengambil kesempatan penuh terhadap kadar faedah tinggi EPF untuk memaksimakan pulangan anda.
2) Simpan Sedikit Wang Anda Dengan Cara Lama Yang Berkesan
Menyimpan wang anda memerlukan keazaman dan disiplin. Jika anda belum berbuat demikian, cuba simpan peratusan yang kecil dari gaji anda setiap akhir bulan dan simpan dalam akaun bank yang berlainan, sebaiknya yang tidak mempunyai kemudahan pengeluaran (contoh ATM).
Bila anda mempunyai jumlah yang sederhana, pindahkan wang tersebut ke akaun deposit berfaedah tinggi supaya ia boleh menjana faedah-faedah yang lebih tinggi lagi, dan pada masa yang sama menghalang anda daripada mengakses dana setiap kali anda ingin mendapatkan telefon mudah alih atau sepasang kasut baru.
Untuk mencari deposit-deposit tetap yang terbaik dalam pasaran sekarang, sila lihat jadual perbandingan deposit tetap kami.
Tips: Seperti banyak perkara lain dalam hidup, menyimpan ialah satu usaha yang sukar bagi kebanyakan orang terutama pada permulaannya. Untuk memudahkan anda dalam perjalanan menyimpan wang anda, anda mungkin mahu bermula dengan jumlah sederhana (contohnya 5-10% dari gaji anda) supaya ia tidak mempengaruhi aliran tunai anda hingga ke tahap di mana anda berputus asa sama sekali. Selepas satu tempoh masa, anda boleh cuba meningkatkan jumlah itu setelah tabiat menyimpan menjadi kebiasaan. Dan juga, bila sampai ke topik menyimpan, ia membantu untuk bermula dari usia muda supaya anda boleh mengaut keuntungan faedah kompaun dalam jangka masa panjang.
3) Guna Wang Anda Untuk Melabur Dalam Sesuatu
Jika anda mempunyai toleransi yang sederhana terhadap risiko, masih jauh dari umur persaraan dan mempunyai jumlah wang yang banyak dalam simpanan atau akaun deposit tetap, anda mungkin mahu mempertimbangkan tentang menggunakan sebahagian daripada wang anda untuk tujuan-tujuan pelaburan.
Syer, emas atau hartanah; pelaburan adalah cara yang baik untuk menyimpan LEBIH BANYAK wang kerana pulangannya lebih berpotensi berbanding, contohnya, menyimpan wang anda ke dalam bank. Namun keburukannya ialah pelaburan melibatkan RISIKO – risiko tiada prestasi daripada pelaburan-pelaburan anda, atau dalam kes-kes tertentu, risiko peruapan nilai pelaburan-pelaburan anda disebabkan keadaan pasaran yang teruk.
Tips: Tidak semua kategori pelaburan adalah sama, jadi anda dinasihatkan untuk membuat kaji selidik sebelum anda melibatkan diri dengan mana-mana pelaburan. Sebagai contoh: hartanah dianggap sebagai pelaburan berisiko sederhana; biasanya menikmati pertumbuhan yang konsisten tetapi juga mempunyai kecairan yang rendah (iaitu tidak mudah ditukar kepada tunai). Tapi syer pula dianggap sebagai pelaburan berisiko tinggi; ia mudah terpengaruhi oleh naik turun nilai disebabkan oleh pasaran yang tidak tetap, yang bermakna anda berpotensi untuk UNTUNG banyak atau RUGI banyak. Apa-apapun bentuk pelaburan yang anda pilih, ia adalah lebih baik untuk anda berusaha untuk belajar mengenainya sebelum memberi komitmen.

Cara Didik Anak Solat


Assalamualaikum..

Saya sedang mencari bagaimana nak didik anak solat..

Google2 jumpa website siraplimau, dan bila saya baca..banyak yang saya dah praktiskan. dan di sini saya listkan mengikut ceritaku...hehe

Antaranya :-

1. Dekatkan anak dengan laungan azan.

Betul tu, teringat masa Abg Izz kecik lagi..masa baby, masa tu rumah kami ada TV so bila azan je dia memang suka lah.. bukan dalam TV je dalam radio kete pun dan saya pulak akan tadah tangan dan baca doa. Kita ni biasalah mesti akan baca dan abis terus amin kan..tapi Abang mesti marah...'Ibuuu...tak abis laggiii!!' hehee...dan satu lagi ni perkembangan dia sekaranglah..3 tahun sudah umornya...kalau dengar azan dari taman rumah kami ni mesti dia akan bagi tahu...' ibu dah azan dah...' Sebabnya saya selalu tanya ' abang dah azan ke? abang ada dengar tak?' yelah sebab kadang si Ibu tak perasaan azan...ni kes jam dinding kami (beberapa bulan lalu) takde bateri......hehe
Tapi Ibu-ibu Bapak-bapak sekalian alam...seeloknya ajarilah anak-anak anda untuk berdiam seketika ketika azan berkumandang. Yang ni kita lah kena tunjuk contoh. Paling senang nak bagi contoh terbaik adalah ketika kita berada di dalam kereta dan radio kereta tengah ON dan ada azan...so time tu takleh bercakap!  hehe..Yang ni saya sendiri tak titik beratkan dari awal..hummm..dusshhdusshhh!!

2. Ajarkan Anak Doa Selepas Azan.

Kita ingat macam anak takleh aje ikut..tapi sebaliknya boleh ajer. Buktinya abang boleh ikut sama bila doa di bacakan dari corong radio kereta. hehe..asyik kete aje. Yelah TV rumah kami dah rosak gara-gara abang lah jugak. Ok untuk bacaan doa selepas azan ni abang tak lah hafal tapi dia akan follow jugak bilamana doa dibacakan selepas azan. Kalau dulu dia akan tadah tangan je skunk dia dah pandai ikut. Tapi bukan selalu lah dia ikut sama. Kadang-kadang.

3. Didik Solat Sejak Kecil.

Betul tu, anak-anak ni akan tiru kita. Copy&Paste tau!! So tanya diri sendiri. Solat tak? Kalau diri sendir tak solat jangan lah pulak sebesar gunung kita mengharapkana anak-anak kita solat dan baik akhlaknya. Sebagai ibu, suri rumah sepenuhnya masa ku. Jadi saya memang 24 hours dengana anak-anak...anak pulak 2 orang..yang memang bergantung kepada kita. tak boleh tak tengok ibu. So bila saya nak buat sesuatu memang kena bagitau diorang ni..baik abang maupun yang adik..even adik tak pandai cakap lagi..'Ibu nak semayang jap yer' 'ibu nak jemur baju..' dan macam-macam lah..supaya diorang tahu apa yang si Ibu buat. Kadang tu diorang ikut sampai toilet..tanya ibu watpe tu..'Ibu amik air semayang,.' mesti si abang oooo...dan nak buat jugak..dan baru-baru ini saya perasan yang adik tu suka angkat kaki..hahaa...tiru ibu lah tu..ropernye..dan gerak geri kita dalam solat tu tak usah ceritalah..memang comel ajer kalau diorang turut buat. Yang tak menahannya (saya sangat stress) si adik suka sangat kacau ibu solat..kadang-kadang sampai terpaksa batalkan solat tu..macam-macam pengalaman dengan anak-anak ni. Oh ya..hari tu saya sempat rakam video si abang follow abi solat..ngeh3...ada dalam hp suami..kenangan tau..huhu

4. Belikan Kelengkapan Solat Untuk Anak.

Penting juga kelengkapan solat anak tau..kalau yang pompuan tu mestilah nak kena sediakan telekung...mesti yang kiut miut punya kaannn..Ok cam saya anak-anak lelaki, so kopiah aje lah. Paling seronok bila anak-anak ni pakai sendiri kopiah mereka! sangat comel! Dan satu lagi adalah sejadah. penting tau sejadah ni..khas untuk anak-anak, so diaorang akan rasa nak solat. Cam saya, kat rumah ada sejadah kecik..(saya punya waktu belajar kat U) masih ada. Tiap kali abang nak solat memang dia akan cari sejadah dia...'maanaa sejadah aabangg' kalula dia..selagi tak dapat yang dia punya dia akan rengek.

5. Rajin Bawa Anak ke Surau/Masjid.

Haa...anda pernah tak bawak anak-anak ke masjid? atau surau? rugi-rugi..hehe..sesekali bawalah anak-anak ke surau atau masjid agar mereka tau akan solat beramai-ramai yakni jemaah. maybe agak jarang-jarang anak dapat lihat solat berjemaah di rumah. Tapi kita as parents kena siap-siap pesan kat anak tak mau bising-bising dan berlari-lari kan marah jemaah yang lain. Abang selalu jugak ikut Abi nya ke surau. kadang elok perangai nya kadang tu Abi bagitau dia main-main juga. Kalau balik kampung sebelah Terengganu tu memang abang selalu ikut lah..hehe..

6. Ajar Anak Baca Doa.

Yang ni kita boleh ajar anak kita anytime tak kira time ajar diorang solat ke atau tak. hehe..maksudku biar anak kenal apa itu DOA. Saya kalau tengah drive akan bercakap dengan anak..itu kalau pikiran tengah ok2 tak messy,..selalunya perihal kereta lah..apa yang di lihat di atas jalan raya..ehh...dapat tengok dari dalam kereta. Kalau nampak sesuatu yang memang kita nak..so saya akan cakap..'abang kenalah doa...sekian sekian..' dan saya akan sebutkan doa itu...hehe..Ya Allah...yang abang pun akan ikut...tapi takleh panjang-panjang kan anak tu takmo ikut lak. Ok selalunya bila ajar anak solat ni..si Abi yang suka sangat tunjukkan cara dan biasanya 1 hingga 2 rakaat ajer..part bagi salam tu comel ajer...Abi dia akan pusingkan kepala..haha...baca doa plak camni je..tadah tangan then Aamiinn...Ni kes nak cepat..bukan apa..anak-anak cepat bosan kalaubuat sesuatu dengan lama.

Baik itu sahaja tips-tips untuk ajar anak solat, ini peringkat umor 4 tahun ke bawah bolehlah,,bila dah meningkat umur nya lain lah pula kan...so mak-mak bapak-bapak kena sentiasa tambah ilmu rumahtangga dan cara mendidik anak-anak agar mereka menjadi anak-anak yang menyejukkan mata&hati..hehe

Di sini saya link kan artikel tentang Bagaimana Wardina Saffiyah mendidik anak-anaknya solat


http://www.mamapeduli.info/2013/07/cara-wardina-safiyyah-didik-anak-solat.html

Salam Sayang.....

Thursday, October 9, 2014

Cerita Hari Ini..

Assalamualaikum,,,Sebenarnya bila berhadapan lappy ni ku jadi blur tak tahu nak update ape dalam belog yg aku buat sesaje lah untuk tatapan diriku dan anak-anak. Hari dapat buat cbox, Oh senang je buatnye untuk yg basic lah yang cangih-cangih tu lah.. ni tengah menyusukan Thafiq ku nulis jugak ni. Tadi dia tengah lena tidur ibu nye duk jamu mata kat www.lazada.com.my ..seriously aku takleh tengok!! seme nak..hehe..waah wahh cantik nye..hehe..beli nye tak lagi..tapi macam nak test 1-2 items dalam web tu. Ada yang COD.. so tuk festimer ni sy nak try beli below RM100 dulu. Yang menjadi sasaran ku mestilah baju..ngeeehhh...hehe..dan keduanya JAM!! habislah kalau myhubby tahu hal ni..heheh..ok bai..need to do something..sat lagi nak gi amik myfirst son! Abang!!

Wednesday, October 8, 2014

Ulang Tahun Kelahiran ku

Haii..bagaimana nak memulakan bicara tanpa suara di sini yer? erm,,just nak share yang bulan ini,, Oktober adalah bulan saya di lahirkan. Tanggal 3 Oktober 1985, so sekarang usia nya sudah 29 tahun. Wowweee cepatnya masa berlalu. dulu sewaktu kecik pernah fikir, camna ye saya ketika umur 25 tahun..huhu,,entah kenapa dengan angka itu? mungkin angka itu sesuai untuk menjadi isteri orang. Memang betul kot,,saya berkahwin dengan pasangan hidup dan inshaAllah hingga ke Jannah..pada tarikh 13 Februari 2010. Di ijabkabulkan pada waktu malamnya...dan jamuan makan nya keesokan hari. Dan yang istemewanya kenduri kendara diadakan di rumah kakak yang sulong, dan lagi istemewa diijabkabulkan selepas kakak ku yang ke-3. hehe..Sebenarnya banyak JIMAT majlis kami ni. Ehh..nak cerita pasal ulang tahun kelahiran ke-29 lahhh...:))  So apa yang special nya kali ni? sambutan nya biasa-biasa saja..kerna suami ku bukan kaki romantika di amor..hehe..tapi dia sangat menghargai diriku sebagai isterinya. OK pertama kali sambut befday sebagai isteri adalah pada 2hb Oktober 2010 di mana suami ambil cuti dan kami pergila bercuti di Holiday Villa Cherating...DAN kenangan 4 tahun lepas telah bertaut kembali bila mana suami sekali lagi membawa isterinya ini BERSAMA 2 orang anak soleh kami..hehe..dulu datang berdua sekarang berempat. Kami memang sengaja pilih chalet..sedikit ada privacy berbanding bilik-bilik. Kami bermalam satu malam, dan pagi 3hb (Jumaat) makan breakfast..Opss petang kami tu sesampai nya di chalet tu anak-anak dan suami bermandi manda di kolam kanak-kanak..seronok diorang!! Seperti biasa diri ku hanya memerhati dan tangkap gambar lah! Nanti saya belanja foto-foto nya ya! Best! sebabnya tak de orang pun awal-awal tu..kemudian tu adalah satu femeli dan sepasang pasangan yang agak muda..hurmm..suami ku tak sempat nak tunjuk skill nya berenang di dalam kolam renang yang bapok besaq tu dek kerana hari dah makin gelap. Lagi pun kami dah mula kelaparan. Yelah tak makan nasi tengahari pun Just makan nasi lemak yang I buat pagi tu..hehe..Rajhing kheennngg!!

Sebelum Mahgrib kami dah keluar cari makan..kami cari yang dekat-dekat aje sebab nya nak jimat masa,, yelah suami ku ada TT lah dengan orang-orang Kuantan..ececehhhcee...Apa ye nama restoren tu? SPS 7 rasanya..ingat-ingat lupa...Seri Pelabuhan Seafood..kedainya di tepi jalan..senang nampak dan satu lagi kawasannya pun luas. Anak nombor 2 tu kan so buas..lari sana sini..kami nak makan pun tak senang. Ok, kami makan ikan siakap stim, sotong celup tepung, telur dadar itu je la..kenyang! tapi tang rasa tu ok la..takde la sedap sangat. Sedap lagi yang restoren Rusdi Seafood dekat sini (Kota Perdana) sambil-sambil tu tengok somtam cam sedap je kan..kami order la satu..walhal dah habis makan-makan ni..di sebabkan tunggu teh o ais limau lambat sangat ni..so terOrder somtam. Rasanya ? ok la..hehe..balik dengan kekenyangan!! sempat lagi si abang poo poo...masa menunggu makanan kami siap..hehe..tq myhubby coz dia yang cuci..hihi..

Balik chalet,,kami rest la 3 beranak,,,suami ku dah keluar pegi jumpa orang-orang penting dia tu.,,hihi..kawan-kawan bisnes nye..biasala orang lelaki cara diorang nak kembang & share dengan cara TT..apa tu TT? Teh Tarik? Table Talk? Tuan Tanah? apa-apa jelah yer..

oh yer..sebelum tu suami ku sempat belikan kad untuk WIFI...tapi sayangnya tak boleh guna pun..rm5 untuk 1 jam dalam tempoh 24 jam..mulanya rasa rugi nyer.. so malam tu I just nonton Tv je lah...anak-anak elok aje perangainya dan si abang dengan mudahnya lena dalam selimut tebal!! suka lah dia tido otell!!! ada ekon kann..hehe..

lepas sarapan pagi..kami terus bersiap dan berangkat pulang ke kampungku...(I makan tak banyak sangat bcoz tak sedap sangat lah..menu pun sikit)...

Nak balik tu,,,,I pass my WIFI kad tu pada sorang mak cik yang jaga pintu utama Holiday Villa tu...hehe...kan ade pekdah nye jugak. Moga2 makcik pandai guna..hehe

ok itu sahaja ceritaku di petang Rabu ini...anak pun tengah makan tu,..makan sendiri dan main-main lah dia dengan nasik nye...yuhuuiii