Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Monday, December 22, 2014

Umur 3 Tahun Masuk Tadika



Assalamualaikum wrt.......sempat juga menulis untuk entri kali ini, nak cerita dah lama tapi tak ter buat nya. ok, memandangkan cuti sekolah bakal berakhir tidak lama lagi, maka saya kira dan mungkin masih ada lagi para ibu bapa belum pun lagi shopping keperluan anak-anak kembali ke sekolah. Bagi yang belum lagi buat persiapan tu takpe barang keperluan baaanyyaaakk lagi tu..tak habis..huhuu mungkin faktor masa ATAU faktor kewangan? betol zaman sekarang ni segalanya perlukan duit. Kita sebagai ibu bapa kenalah bijak menguruskan segala bajet untuk keperluan anak-anak. Ni nak cerita yuran sekolah anak saya tu,,tahun lepas kira(2014) kami daftarkan abang ke Tadika Merak Gemilang yang terletak berdekatan kawasan perumahan kami ini. Seingat dalam RM550 ke atas lah tapi tak sampai 600, sebab saya ambil tengahari maksudnya bukan full day. Jadi yurannya RM130 untuk tadika sahaja, sekiranya full day RM220 rasanya rate ini masih dikira murah kalau tak biasanya RM270 dan ke atas lah. Hantar abang ke sekolah ni sekadar untuk ajar dia berkawan-kawan dan tak nak bagi dia bosan sangat duk di rumah ni..lagi satu adalah jugak masa untuk ibu nya buat kerja dengan aman sikit..keh keh kehh..
Untuk tahun hadapan,saya mula pertimbangkan nak hantar ke sekolah(tadika) atau tak memandangkan ekonomi tahun 2015 dijangka merundum. Lagi pun hanya seorang sahaja yang bekerja saya pula suri rumah sepenuhnya,dan masih tak mampu lagi nak menampung kewangan keluarga kecil kami ini. Bila saya congak, sekiranya abang tak di hantar ke tadika maka nya kami dapat saving sekitar RM2000 untuk 12 bulan. Dannn saya pun dah berniat ni nak mula menyimpan...yer, Nak isytihar tahun 2015 adalah tahun menyimpan...SAVING SAVING SAVING. Saya nak lunaskan hutang dengan mak, kasi habis semua dan kemudian yang lain-lain pula..insyaAllah..
Pasal sekolah abang tu, abang ok lah boleh cakap pandai,,tapi menulis camtu lah..menconteng ajer dia...kita cakap 'abang conteng ape ni...' dia balas tau... 'taakkk abang tulis lah..' tepuk dahi!
Lagi satu dia pun agak culas nak ke sekolah..huhu..nak tengok youtube ajer nye.

well buat semua, ibu bapa jom saving untuk pendidikan anak-anak..untuk masa depan anak-anak..kalau anak ramai tu mesti perlukan kos yang banyak kan..ermm...dan jangan lupa untuk tambah pendapatan dengan berbisnes! hehe..
ok saya tayang satu pic anak bersama-sama kawannya

Tangan nak buat pis la tu..bersama cikgu baru tu,,taktau nama apa..=)

No comments:

Post a Comment