Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Tuesday, December 30, 2014

Jom Turun Padang Bantu Mangsa Banjir


Selasa 30 Disember 2014, 

Hari ini saya dan anak-anak menghantar suami ke stesen Putrajaya Sentral,suami ditugaskan ke Hospital Kota Bharu untuk beberapa hari atas urusan kerjanya, pada awalnya suami kena pergi lebih awal iaitu hari Ahad lepas tetapi memandangkan berlaku bajir di Pantatai Timur, dan Hospital KB juga turut mengalami banjir, di mana air mula naik, tak silap paras peha kot..Saya ikuti juga kisah banjir ni, teramat teruk terjejas adalah Kuala Krai, seperti yang ramai sedia maklum, tengok gambar-gambar yang tersebar di media sosial..hrmm total lost!! ya Allah kalaulah saya atau keluarga terdekat yang melaluinya..bagaimanalah agaknya...semoga mangsa-mangsa banjir sabar, tabah,kental dalam melalui kehidupan seterusnya. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik bukan sahaja untuk mangsa banjir, tapi buat semua umat Islam khususnya di Malaysia ini. Mungkin ini suatu peringatan besar yang Allah berikan kepada kita semua.

Artikal ini saya ambil dari email yang saya dapati dari DAO, saya hanya copy dan paste sahaja..moga-moga beroleh manfaat.



Salam semua,

Insya Allah hari ini dan esok misi segera adalah mendapatkan barang dan makanan untuk diisi ke dalam 2 buah lori 3 tan untuk dihantar terus kepada mereka yang terlibat dengan bencana banjir di kawasan pendalaman di Kelantan. Masih banyak lagi barangan dan sumbangan yang belum sampai ke tangan mangsa banjir dan kami memerlukan segala jenis bantuan untuk membantu mereka.

Anda boleh bantu sumbang dengan hubungi Richwell di 012-2696492. Kepada yang memberi arahan dan cadangan kepada kami supaya ke situ dan ke sini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan saya secara rendah hati menawarkan kepada anda, apa kata,  jom turun bersama-sama mengharungi apa yang kami dan sukarelawan lain harungi.

Kalau tak boleh, jangan sumbang tengok dan sumbang kutuk, itu sumbangan yang agak sumbang. Sumbangan berserta doa amatlah diperlukan sekarang oleh banyak mangsa. Kita ajak ini bukan pasal kita bagus tetapi mengajak kepada kebaikan memang tuntutan agama. Baca dan faham maksud Surah Al-Asr.

Petang ini juga mesyuarat persediaan terakhir untuk sekretariat Malam Cinta Rasul 2015. Program yang bakal menjadi alternatif untuk anak-anak muda dan sekeluarga berkumpul bersama di Majlis Ilmu (Majlis Zikir) yang dikatakan taman taman syurga. Ia dibuat di Dataran Merdeka kerana di situ selama bertahun-tahun ini adalah tempat di mana acara konsert muzik berlangsung dan pihak DBKL selalu komplen tentang sarung kondom yang telah dipakai dibuang di banyak tempat di kawasan Dataran Merdeka selepas acara tahun baru.

Inisiatif beberapa NGO ini selain daripada menganjurkan program yang mengajak orang mendekati Allah swt dan Rasul saw adalah ia menjadi satu ruang yang diisi dengan pengisisan yang baik yang bukan sahaja boleh disertai secara live di Dataran Merdeka tetapi anda dapat tonton di TV Al-Hijrah sebagai program alternatif yang baik.

Fitnah iblis bila ada yang mengatakan program mengajak orang mendekati Allah swt dan Rasul saw adalah pembaziran. Tidak ada pembaziran di dalam usaha menyatukan ramai orang serta membawa orang mendekatkan diri kepada Tuhan dan Rasul saw. Ini yang patut dilakukan oleh mereka yang menjadi pemimpin tidak kisah dari parti mana atau jawatan mana. Atau yang pernah memegang mana-mana jawatan apatah lagi jika dalam bidang pendidikan.

Kejatuhan moral semakin dahsyat. Statistik yang pernah dibuat oleh para akademik sendiri beberapa tahun lepas menunjukkan percentage anak muda yang solat adalah tidak sampai 30% peratus. Kita tidak boleh tunggu mereka dapat hidayah untuk datang ke masjid tetapi kita perlu adakan pendekatan-pendekatan yang akan menarik mereka mendekati majlis ilmu dan mudah-mudahan bila mereka semakin suka dengan majlis ilmu, di mana-mana pun mereka akan mula mendekati masjid-masjid.

Program ini juga mengambil peluang dan ruang untuk mengadakan Solat Isya' dan Solat Hajat bersama di lapangan terbuka memohon bantuan Allah swt, keampunanNya serta memohon kurniaNya agar Malaysia dielakkan dari segala jenis musibah dan bala. Setiap satu bencana yang datang dariNya selain dari berpunca dari kelemahan kita, tetapi ia tetap dariNya, maka kepada Dialah kita memohon pertolongan.
Allah juga berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 152 maksudnya,

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)”.
Program ini juga akan menjadi medan untuk kita membuka lebih banyak kesedaran betapa pentingnya kita menyumbang bersama untuk membantu meringankan bebanan mangsa bencana banjir di pelbagai negeri. Satu kutipan kilat akan dibuat pada malam tersebut dan ianya akan dipastikan sampai 100% peratus kepada mangsa banjir samada dalam bentuk barangan, makanan ataupun bantuan wang.

Anda boleh pilih untuk solat bersendirian tetapi kan lebih baik solat berjemaah. Anda boleh pilih juga untuk berselawat bersendirian tetapi saya percaya bila kita berkumpul di satu majlis memuji Allah swt dan RasulNya, ia pasti disertai dengan doa para malaikat di langit dan di bumi. Saya percaya perkara tersebut kerana saya pernah terbaca tentang kisah Rasulullah saw Israk Mikraj mengenai malaikat mencari-cari tempat orang berkumpul memuji Allah swt dan Rasul saw. Kita boleh adakan acara ini di satu masjid tetapi beritahu saya masjid mana yang boleh menampung kapasiti lebih 50,000 orang Insya Allah.

Saya juga ingin ingatkan tentang kos penganjuran program ini tidaklah seperti yang difitnahkan melibatkan berjuta ringgit. Kosnya adalah sangat minimal kepada AV sistem dan kos tersebut ditanggung oleh beberapa orang serta pihak NGO yang mencintai Rasulullah saw dan mencintai majlis yang menyatukan ummat. Jika buat program TV seperti Maharaja Lawak ada kos, buat program muzik muzik pun ada kos, buat program Jom Heboh pun ada kos, buat program ceramah politik pun ada kos, buat program yang baik pun ada kosnya.

Bencana bila datang pun lebih banyak kos.
  • Apakah kos yang anda sanggup bayar untuk menyatukan ummat?
  • Apakah kos yang anda sanggup bayar untuk menyelamatkan Iman anak-anak anda?
  • Apakah kos yang anda sanggup bayar untuk mendekatkan lebih ramai kepada Allah swt dan Rasul saw?
Semua orang ada keutamaan masing-masing dan bila ada insan yang cuba berusaha mendekatkan lebih ramai orang kepada kebaikan, jangan kita pula menjadi seperti iblis yang membisikkan keraguan atau menghalang kebaikan. Dalam masa yang sama, ia takbur dengan diri sendiri merasakan dia yang terbaik, sedangkan dia juga adalah makhluk kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Insya Allah guru yang diundang nanti adalah Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang akan berkongsi ilmu serta kehadiran Habib Syech Assegaff serta kumpulan qasidahnya yang langsung tidak pernah menuntut sebarang bayaran sebagaimana ramai ustaz yang mengajar di masjid atau ceramah agama. Tidak ramai yang meletakkan bayaran, ada beberapa orang sahaja yang set bayarannya berapa.

Kita memang undang Imam berdekatan untuk menjadi Imam Solat Isya' dan Solat Hajat. Kita juga minta Imam bawakan selawat serta qasidah-qasidah dan nasyid-nasyid mengenai kisah Rasul saw serta zikir-zikir memuji Allah swt tetapi tidak ada Imam yang sanggup. Jika ada mana-mana Imam yang bagus yang bila dia berqasidah, orang ramai akan stay berqasidah bersama, tolonglah rekomen kepada kami.

By the way, saya ingin juga mengajak mana-mana kumpulan yang bakal berkumpul untuk demonstrasi di Dataran Merdeka yang saya percaya kebanyakannya Muslim untuk join Solat Isyak berjemaah serta Solat Hajat sama-sama untuk berdoa kepada Allah swt agar dengan kekuasaanNya, Dia turunkan lagi harga minyak dan gerakkan hati pihak yang berwajib untuk turunkan lagi harga minyak, jika itu hajatnya. Yang penting, pakai  pakaian bersih untuk solat. Anda boleh ambil wudhu' dari rumah atau di Dataran nanti akan diadakan tempat wudhu' Insya Allah.

Sesiapa yang ada apa sahaja hajat, marilah turut serta kita doa Solat Hajat bersama, mudah-mudahan berkat saf-saf yang tersusun dan banyaknya yang berkumpul serta keikhlasan hati-hati di kalangan anda nanti, mudah-mudahan Allah swt terima doa kita semua.

Jom turun dan turut hadir Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bermula pukul 8 malam - 12 malam Insya Allah. Jangan lupa bawa sejadah sendiri serta air minum. Air tidak diberikan kerana jimatkan kos.

Bagi anda yang masih ingin menyumbang wang atau barangan keperluan kepada mangsa banjir, anda boleh menyumbang dengan menghubungi Richwell di 012-2696492.

Bencana demi bencana, musibah demi musibah Allah swt datangkan. Masa untuk kita bersatu, bersama dan bermunajat kepadaNya dengan berkat Rasulullah saw kekasihNya, mudah-mudahan doa kita semua diterima.
p/s: Daripada berkongsi perkara-perkara yang boleh menimbulkan murka Allah, marilah kita perbanyakkan Istighfar, kerana dengan Istighfar akan menolak azab dan bala Allah. Firman Allah, “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)”. [Al-Anfaal:33]

Dr Hj Azizan Osman
Mentor Kekayaan & Kejayaan

No comments:

Post a Comment