Peneraju Pasaran Baju Muslimah Terbesar di Malaysia

SweetMuslimah.com Baju Muslimah Kanak-kanak

Friday, September 5, 2014

New Bisnes

Bismillah.............

tajuk entry kali ni is new bisnes... yuppppyyy!!! bisnes apa tu? just nak share yang sekarang sy ada buat bisnes kereta sewa. hurmmm....bisnes servis lah pulak kan. why not? so far so good. bulan ni adalah bulan ke-3 dah. nak tau saya ada berapa kereta? dan kereta apa? hurmmm..kereta Myvi ada 3 biji saja. well tu pun sy rasa cukup bagus dah kan. kali ni marketing nya just bantin dan juga iklan kan di mudah.com. so far alhamdulillah, setiap minggu ada pelanggan. ermm masa memula start tu sy duk pikir juga ada ke orang nak sewa ni?? orang nak sewa nak wat ape ekkkk?? hahahaa...
bermula 1 september 2014 lepas. sebijik Myvi sy dah di sewa untuk tempoh setahun. Allah Allah...rezeki siapa sangka kan....yang ni sy tak share pun lagi dgn ahli keluarga. Allah datangkan rezeki dari seorang suami yang tak pernah jemu berusaha untuk tingkatkan ekonomi rumahtangga kami. Bisnes ni suami mintak sy yang uruskan. walhal pengerak pencetus pemodal adalah dia lah..hehee.....beruntunglah. so that i always keep pray for the best for him.
So kepada sesiapa yang inginkan perkhidmatan kereta sewa area Taman Equine, Puncak Jalil, Pinggiran Putra dan kawasan-kawasan yang berdekatan Lestari Putra boleh kontek saya Puan Nurjannah 019-2604595. sehari rm130 sahaja, boleh nego lagi kalau anda sudi sewa untuk lebih dari sehari. terima kasih daun keladi gajah!!! muaaahahaha

Suatu Permulaan....

ASSALAMUALAIKUM WBT...

hari ni 6 Sept 2014, ku godek-godek balik blog yang dah berkurun ku tak jenguk. ilmu blogging ni sangatlah ciput. tapi saje nak ada juga blog untuk suka-suka,,,untuk layan perasaan sensorang..
insyaAllah nak mula berblog sikit-sikit..ok..
first entry untuk hari ni, kali ini,,tahun ini...is RESEPI...heheee....takkan lari dari makan-makan.kalau dah nama nya pompuan.

ini resepi kek marble amik dari blog kak http://mas-dapurmas.blogspot.com/2014/09/kek-marble-yang-gebu.html?

one day i'll try do it !!!


Kek Marble Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz / 227gm mentega
6 oz / 170gm tepung gandum
6 oz / 170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko - diayak (guna coklat emulco)

Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 


selamat mencuba!!!

Tuesday, February 22, 2011

KRIM PENAWAR NURSYIFA

Krim Pelbagai Guna Yang Di perkaya Dengan Khasiat Habbatus Sauda', Minyak
Zaiton, Serai Wangi, Kayu Putih dan Pudiana. Ia Tidak Berminyak dan Tidak Melikat.


KEGUNAAN
1. menghapuskan lemak
2. sakit perut
3. lepas bersalin
4. senggugut
5. lumpuh
6. sakit sendi
7. migrain
8. buang angin/kembung
10. sembelit
11. buasir
12. kencing tidak lawas
13. menguatkan tenaga batin
14. mengurangkan ketagihan merokok
15. sakit lutu
16. bisul
17. sakit tumit
18. sakit kulit& gatal-gatal
19. batu karang
20. kebas-kebas kaki & tangan
21. patah & retak tulang
22. batuk
23. sakit gigi
24. gigitan/sengatan binatang berbisa
25. beguk
26. kanak-kanak suka kencing malam
27. darah tinggi
28. kencing manis
29. sakit jantung
30. hidung tersumbat/ selsema
31. lelah/asma
32. resdung
33. bengkak
34. gout

"Selamat Mencuba"

Tuesday, January 18, 2011

Bingkisan Doa

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI

ORANG YANG KITA CINTAI,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI

ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.



NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.

YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Mutiara Kata

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

++++ Cukupla 3 mutiara kata yg dpt saya share di sini....